Ahad, 25 Ogos 2013

Aku@Kembara Mahkota Johor ke 16 Paloh Kluang


1.Alhamdulilah hari ni sempat ke Majlis sambutan ketibaan rombongan Kembara Mahkota Johor yang diketuai sendiri Oleh DYMM Sultan Johor.Kali ni kembara Mahkota Johor yang kali ke 16 diadakan di Padang MPK Paloh Kluang..



2.Macam biasala aku diarah ke sana hehehe..kat sana jumpa sahabat2 dan ketua-ketua jabatan lain yang turut diundang sama untuk menyambut ketiabaan rombongan Kembara Mahkota Johor (KMJ)...sempat jugak berborak2 dengan ketua2 jabatan lain sebelum ketibaan rombongan..cuaca agak baik..cerah dan agak panas..sempat jugak berjumpa idola saya tuan Kadi daearah Kluang..sempat berbual dengannya..seorang kadi yang cukup mesra..tidak lokek senyuman!!!blog beliau wajib saya baca setiap hari!!! yang kat tengah tu Tuan Kadi kluang hehehe...yang berkaca mata tu pengarah SPRM Kluang...baju batik tu aku le tu wakakakaka..



3.Dalam jam 3.30 petang rasanya rombangan kembara mahkota johor tiba...pehhh diserbu rakyat2 paloh untuk bersalam dan melihat dari dekat ketibaan rombongan KMJ..er er time ni manala aku sempat nak ambik gambar lagi kekekeke..ramai bebenor depa ni ehhh..nak ambik gambar2 motor besar pun tak sempat ehh hehehe..rugi rugi :)



4.Macam biasala  DYMM sultan akan berjumpa rakyat jelata dan menikmati persembahan dari rakyat...setiap kali KMJ dilakukan disetiap daerah bermacam persembahan dan acara disediakan..hari ni kat paloh depa buat pertandingan kukur kelapa hehehe...de jugak cabutan bertuah untuk 3 kaum..ada 3 pemenang..setiap pemenang dapat ke India,Cina dan Umrah beb pehhhh bertuah rakyat Paloh kali ni..rugi aku tak dapat masuk cabutan bertuah tu hehehe



5.Ohhh ya macam biasala sepanjang majlis ni berlangsung aku ditempatkan di meja khas ketua2 jabatan...sepertimana majlis2 yang biasa aku hadiri..hehehe makan ok beb..meja pula betul2 didepan pentas diraja hehehe..hehehe makan ubi keledek,ubi kayu,mihun goreng pehhhh betul2 sedap!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan