Sabtu, 16 November 2013

Hilang pendengaran disebabkan kerja boleh buat tuntutan penyakit khidmat dengan perkeso!!!


1.Berkerja di tempat kerja yang mempunyai mesin dan jentera yang besar sudah pasti akan mengeluarkan bunyi bising yang melampau tahkala kalian bekerja..sepanjang pengalaman aku la..biasanya kilang sawit dan kuari amat berpotensi mengeluarkan busing yang teramat bising..tahu kah kalian jika bekerja disuasana yang amat bising melangkau lebih 100 disebel menyebabkan tahap pendengaran kalian sedikit demi sedikit akan hilang???ada kes yang aku jumpa sampai hilang terus pendengarannya...

2.Biasanya hilang pendengaran disebabkan kerja ini mengambil masa yang agak lama...adakala jika kalian bekerja 20 tahun sampai 30 tahun baru hilang pendengaran..ada kala 15 tahun pun kalau dah bising sangat kurang pendengaran..jangkamasa kerja itu memain peranan penting untuk menyebabkan kalian mendapat bahana hilang pendengaran ini..kalau sehari 8 jam kerja di tempat yang bising sudah pasti la lama kelamaan akan pekak badakla kalian hahahaha..



3.Untuk kes kehilangan pendengaran di sebabkan kerja ..tak kirala pekak belah telinga kanan atau kiri atau kedua sekali..hangpa boleh lah membuat tuntutan dengan pihak perkeso dengan mengambil borang tuntutan penyakit khidmat!!!yang aku habaq ni pekerja swasta aje...pekak badak disebabkan hangpa join tentera unit alteleri tak dilayan kakakakakaka..asyik dok dengar bom dan meriam kereta kebal hahahaha boleh jadi pekak gak tu kakakakaka..kena leter kat isteri juga kes berbeza wakakakakakaka..tak leh nak claim geng..

4.Cara nak buat tuntutan sudah pasti isi borangla dulu..borang tuntutan penyakit khidmat..lepas itu dalam tu ada laporan perubatan yang perlu diisi pihak doktor..kemukakan sekai dengan hearing test kalian dan pihak majikan juga perlu kemukakan mapping noise tempat hangpa kerja tu..lepas semua ada hanarla ke pejabat perkeso terdekat..jangan dok gi hantar kat pejabat kadi plak..tu dah lain citer nya hahahaha

5.APA YANG MENGECEWAKAN TERDAPAT MAJIKAN YANG TIDAK MENITIK BERATKAN KEBAJIKAN PEKERJA YANG LANGSUNG TIDAK MEMBUAT HEARING TEST KEPADA PEKERJA DAN LANGSUNG TIADA ADA UJIAN TAHAP KEBISINGAN DI TEMPAT KERJA SEDANGKAN BELIAU SENDIRI MENGENTAHUI KILANGNYA AMAT BISING SEKALI TERUTAMA KUARI..ADEHHHH JANGANLA BEGITU..TAKKAN NAK TUNGGU TAUKEH SENDIRI PEKAK BADAK BARU NAK BUAT..JAGA LA KEBAJIKAN PEKERJA KALIAN..TAK MAHAL PUN BUAT BENDA TU..BUATLA NOISE MAPPING TU!!!!!JAGALAH PEKERJA KITA..JANGAN NAK LETAK KESEMUA ITU ATAS BAHU KERAJAAN UNTUK KUATKUASAKAN UNDANG2..LAU KENA SAMAN MARAH PULAK HAHAHAHA...pi la jumpa dan runding dengan konsultan buatla hearing test tak mahal..yang penting kebajikan pekerja terjaga..

1 ulasan:

  1. Assalam...

    Saya baru menjalani pembedahan Carpal Tunnel Syndrome di sebelah kanan. Saya bekerja sebagai Juru Ukur Bahan hampir 20 tahun di 3 syarikat yang berbeza. Pekerjaan saya memerlukan saya memasukkan data BQ ke dalam komputer dan menulis harga ke dalam setiap helaian BQ. Kadang-kadang mencapai sehingga 700-1000 mukasurat bagi setiap tender yang pihak syarikat saya masuk.

    Soalan saya;

    1. Adakah saya layak untuk membuat tuntutan penyakit khidmat?
    2. Sekiranya ya, apa yang perlu saya lakukan dan berapakah tempohmasa yang pihak perkeso ambil untuk menyiasat perkara ini.

    Sekian. Thanks in advance.

    BalasPadam