Isnin, 1 Jun 2015

jatuh dalam rumah@tak boleh Claim socso/perkeso

1.Hari ni aku siasat kes tuntutan kemalangan perkeso melibatkan pekerja sebuah syarikat penghantaran...kes ini pada mulanya dikatakan beliau jatuh semasa dalam perjalanan nak ke tempat kerja..macam biasala kes kemlangan perlu disiasat dengan sebaiknya..
 
 
2.Walau bagaimana pun hasil siasatan menunjukkan sebaliknya..untuk makluman geng2 semua..sebenarnya amat mudah untuk kita mengentahui sama ada kes itu adalah kes betul2 kemalangan semasa hendak ke tempat kerja atau sebaliknya..dalam kes ini setalah melalui sesi siasatan dengan mengambik dan merekod pernyataan pekerja,pihak doctor dan juga majikan maka didapati jelas pekerja ini sebenarnya jatuh di bilik mandi/bilik air di rumahnya..jatuh di dalam bilik air di rumah bukannya kemalangan yang boleh dibuat tuntutan dengan pihak perkeso..namun perbuatan cubaan untuk membuat tuntutan dan mengatakan jatuh ketika hendak ke tempat kerja adalah satu perbuatan yang salah dan dikategorikan sebagai cubaan membuat tuntutan palsu yang boleh diambil tindakan mahkamah yang mana memperuntukkan denda RM10,000 dan 2 tahun penjara atau kedua-duanya.
 
 
3.Hari ni aku telah beri amaran keras agar perkara sebegini tidak diulangi lagi kerana perbuatan sebegitu akan memudaratkan pekerja itu sendiri...seperti mana yang kerap kali aku nyatakan bahawa teradapat beberapa situasi untuk membolehkan tuntutan kemalangan perkeso dilakukan iaitu kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, kemalangan semasa perjalanan dari tempat kerja hendak balik ke rumah setelah habis bekerja, kemalangan semasa dalam perjalanan hendak makan dalam waktu rehat di benarkan , kemalangan semasa bekerja dan kemalangan berkaitan dengan kerja yang dilakukan...itu adalah sebahagian situasi yang membolehkan tuntutan kemalangan perkeso dilakukan..bukannya jatuh di dalam rumah!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan