Isnin, 29 Jun 2015

Pesakit diabetes bekerja dan kemalangan di tempat kerja@claim perkeso/socso

 
1.Hari ni aku siasat kes kemalangan di tempat kerja..sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit..kes ini agak rumit juga melibatkan pesakit diabetes/kencing manis yang ditimpa kemalangan di tempat kerja..umum mengentahui pesakit kencing manis agak sentisif pada luka..luka sikit aje terus jadi besar merebak jadinya...itu diabetes tahap kronik la tu...kerana luka kecil boleh menyebabkan anggota badan kena potong beb..banyak dah kes sebegini aku jumpa..
 
 
2.Dalam kes yang aku siasat ini cukup simple...pekerja tengah dok lakukan kerja pembersihan/housekeeping di dalam kawasan kilang sawit tup2 kaki terpijak dawai besi..pakai kasut pun leh tembus plak.. tu la silap juga tak pakai safety bot...serpihan dawai besi tadi masuk ke dalam kaki..patah didalam kaki serpihannya..lalu terpaksa buat pembedahan untuk keluarkan serpihan itu...dah la pekerja ni dah ada kencing manis..kesannya cukup bahaya geng..luka merebak pergelangan kaki terpaksa dipotong...haru haru..apakah kes sebegini kes perkeso? ya jika adanya kejadian sebegini di tempat kerja ianya sudah pasti kes perkeso dan boleh dibuat tuntutan dengan pihak perkeso...itulah untungnya kalian mencarum dengan perkeso..tak susah untuk menuntut hak kita yang benar2 hak!!!yang bukan hak kita tuntut macam mana pun tak kan dapat time tu jangan nak salahkan sape2 hahahaha..itu bukan hak kita kan kan..
 
 
3.Er er yang tak best hari ni nyaris kena gigit anjing celaka betul...dah tau orang nak pi rumah tambat jauh2 anjing tu..dah la anjing garang adowwla..ini rumah kedua yang aku pi hari ni..dua ekor anjung sambut aku depan pintu adowla..ni la antara cabaran..kalau yang pompuan kompem tak mau masuk rumah aku ngasa..garang beb..kalau terlepas tali alamak aku pulak la yang claim dengan socso.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan