Rabu, 1 Julai 2015

soal jarak tidak timbul asalkan benar dan logik@claim perkeso/socso


1.Pernah ada pekerja yang bertanyakan soalan kepada aku..”jika sekiranya beliau tinggal di negeri lain dan bekerja di negeri lain dan sering berulag alik pada setiap hari untuk ke tempat kerja..jika dalam perjalanan ke tempat kerja dan terlibat dalam kemalangan adakah pihak perkeso melindunginya?”jawabnya cukup mudah sudah pasti pihak perkeso melindunginya seandainya betul beliau sering ulang alik pada setiap hari untuk ke tempat kerjanya dan kemalangan pada laluan/jalan yang betul. Untuk makluman Seksyen 24 Akta keselamatan soasial pekerja 1969 (AKSP 1969) tiada halangan untuk pekerja dan tiada jarak di tetapkan. Rujuk keratan pernyataan Akhbar my Big BOSS bagi ni hahahahaha...

2.Sebagai contohhhh.jika pekerja tersebut tinggal di Negeri Sembilan dan tiap2 pagi berulang alik ke tempat kerjanya di Kuala Lumpur/sepang dan sebagainya jika terlibat dalam kemalangan sudah pasti ianya di lindungi perkeso tidak kirala dengan kenderaan apa yang beliau gunakan untuk ke tempat kerja,contoh lain jika pekerja tinggal di ipoh ke tempat kerja di KL,tinggal di Sg petani kerja di p.pinang,tinggal di Melaka kerja di Muar johor hahahaha banyak contoh lah!!!tak jadi masalah..boleh claim perkeso jika kemlangan dalam perjalanan pergi atau balik kerja..pastikan kediaman yang kita tinggal itu kediaman tetap kita la..tak kirala rumah sewa ke kuarters ke janji tiap2 malam kita tidur kat situ..

3.La ni jarak perjalanan tak heran sangat..tambah2 adanya LRT,ketetapi laju bas lagila senang ulang alik ke tempat kerja walau jaraknya jauh..perjalanan Ipoh–KL pun ambil masa dah sejam kan kan..sempat ehhh nak ulang alik ke tempat kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan