Rabu, 8 Julai 2015

Sebelum raya@Aku harap dapat selesaikan semua kes tuntutan socso/perkeso kalian::


1.Salam geng dekat2 nak raya ni busy sikit geng tak sempat nak update blog dah ni hehehe..time dekat nak raya jugaklah banyak kes2 yang nak kena selesaikan secepat yang boleh dengan harapakan jika kes2 yang disiasat itu kes betul2 melibatkan tuntutan socso/perkeso dan disahkan bencana kerja maka bolehlah bayaran dibuat secepat mungkin sebelum menjelang hari raya..sekurang kurangnya dapat jugaklah pekerja yang kemalangan ini menyambut hari raya dengan duit socso/perkeso..harapan begitulah sebab tu penat ke tak larat ke kena siasat jugak kes kemalangan paling tidak 3 kes dalam sehari..itu aje yang mampu nak tolong.

2.Banyak majikan apabila berlakunya kejadian kemalangan jalan raya melibatkan perjalanan pekerja mereka dalam situasi pergi dan balik kerja yang melibatkan pekerja yang kemalangan tadi mendapat cuti sakit (MC) depa tak kan bayaq gaji pekerja kerana melepaskan tanggungjawab itu 100% pada pihak perkeso…jika begitulah hangpa buat kat pekerja, hangpa kena la hantar awal laporan kemalangan (BORANG 21) tu jangan la sampai berbulan2..nanti pekerja nak makan apa???tang ni aku tak setuju ni..(er er er pening sikit ayat aku ni wakakakakaka..) dengan kata lain jika pekerja terlibat dalam kemalangan jangan duk tanguh tanguh lagi hantar secepat mungkin laporan kemalangan pada pihak perkeso/socso..kerja tak payah pun ehhhh dan banyak kali aku dok ajar..carilah sendiri kat blog aku ni hahaha

3.Pasal tu setiap kes kemalangan yang dirujuk pada aku..seboleh-bolehnya aku nak siasat dan selesaikan dengan cepat..setidak tidaknya boleh membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung pekerja yang terlibat dengan kemalangan ni..er er itu pun jika kemalangan betul2 dalam kerja la..lau tak aku tolak juga.Namun dalam bulan2 puasa ni kadang2 faktor kepenatan juga menguasai diri..hehehe maklumlah aku yang soal siasat dok tanya macam2 aku tulis repot aku juga dok bawa keta pusing sana pusing sini penat wooo..macam tu la penyisat socso hahaha penat beb,mana2 kerja memang penat tapi kita mencintainya kerja lama2 biasa la tu Cuma bulan puasa ni cabaran sikit hahaha..time nak menulis dan time soal siasat tu kalau kena dengan pekerja yang cakap banyak pot pet pot pet jenuh nak melayan hahahaha dan masa yang sama nak buat karangan tulis hasil siasat ni mana nak layan borak lagi mana nak fikir ayat nak tulis lagi mana nak susun soalan nak tanya lagi hahahaha dugaan..kena pulak kalau menulis kat rumah pekerja yang tiada meja hm hm penat dan payah sikit…nak tulis terbongkok bongkok jadinya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan