1.Semalam sempat ke Pusat Rehabilitasi perkeso kat Melaka sempena lawatan YB Menteri Sumber Manusia ke pusat Rehabilitasi terkemuka itu..tentang pusat rehabilitasi perkeso sudah aku ceritakan dalam post yang lepas lau tak silap 3 tahun yang lalu hahaha semasa itu pun semasa aku ke majlis pecah tanah pusat rehabilitasi ini..memang canggih dan perkhidmatan yang disediakan juga cukup2 terbaik untuk memulihkan pekerja yang kemalangan dan kembali bekerja dengan pelbagai kemahiran yang telah disediakan..kos pusat rehabilitasi ini sekitar 230 juta..tapi amat berbaloi..
2.Sempena lawatan YB Menteri Sumber Manusia ke Pusat Rehabilitasi ini maka pelbagai program disusun atur termasuk juga jamuan raya hahahaha sempena kita masih dalam bulan syawal..hahaha makan geng..macam2 makan ada..bab makan kita join sesekali tak kan nak keje je memanjang hahaha.
3.Dalam majlis ini juga pihak perkeso ada memberi sumbangan kepada naak-anak OB yang kurang berkemampuan.
4.Berita penuh berkenaan lawatan Menteri sumber Manusia ke Pusat Rehabilitasi perkeso kat bawah ni hah hehehe
MELAKA, 30 Julai (Bernama) -- Sebanyak 11,457 individu yang terbabit dalam kemalangan dan hilang upaya kekal dapat kembali bekerja menerusi program 'Return To Work' sejak ia dilancarkan pada 2007 hingga Jun tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Richard Riot Jaem.
Beliau berkata, jumlah itu merupakan antara 15,447 pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang mendapatkan rawatan pemulihan di pusat rawatan Perkeso termasuk di hospital kerajaan dan swasta di seluruh negara menerusi program berkenaan.
Katanya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, seramai 823 individu kembali ke alam pekerjaan, mencari pekerjaan (138), peringkat pemulihan (555) dan masih menjalankan rawatan perubatan (302).
"Daripada jumlah itu, kira-kira 74 peratus daripada mereka bekerja semula dengan majikan yang sama dan jumlah ini menunjukkan pencapaian yang amat baik melalui pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan," katanya kepda pemberita selepas lawatan ke Pusat Rehabilitasi di Ayer Keroh di sini, Khamis.
Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib dan Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Riot juga berkata pembukaan Pusat Rehabilitasi di Ayer Keroh pada 1 Okt tahun lepas merupakan yang pertama di Asia Tenggara dan merupakan usaha kerajaan untuk membela nasib dan membantu pencarum Perkeso yang mengalami kecederaan atau hilang upaya kekal mendapatkan rawatan pemulihan.
Beliau berkata objektif penubuhan pusat berkenaan di tanah seluas 22.3 hektar bertujuan menyediakan perkhidmatan pemulihan yang berkualiti secara fizikal dan vokasional kepada pesakit dengan bantuan 110 tenaga kerja.
Katanya pusat ini mampu menampung 1,448 pesakit setahun selain kemudahan wad dan asrama disediakan kepada mereka yang memerlukan rawatan pemulihan secara intensif.
"Pusat ini dilengkapi pelbagai peralatan dan kemudahan canggih dan bertaraf dunia untuk memastikan mereka yang menjalani rawatan di sini dapat sembuh dan kembali bekerja," katanya.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan