1.Dua hari lepas aku ke Mersing untuk selesaikan kes tuntutan kemalangan 2 pekerja PERODUA(Ejen)cawangan Mersing..2 pekerja ni bekerja sebagai Juru Jual kereta di syarikat tersebut..hehehe kerja kat kedai kereta tak kan nak jadi Juru Jual kuih plak kan kekeke..Alhamdulilah mendapat kerjasama cukup baik dari pihak majikan dan pihak2 yang terlibat..sempat melawat mereka di rumah masing2..
2.Kes bermula bila 2 pekerja ini ke rumah pelanggan mereka untuk menghantar kereta yang dibeli..selesai penghantaran depa berdua bertolak balik untuk pulang ke pejabat semula(tempat kerja depa lah)..dalam perjalanan tu sebuah kereta dari arah yang sama datang dari arah belakang terus melanggar kereta yang mereka naiki menyebabkan kereta yang depa naiki terbalik 2-3 kali dan masuklah ke dalam parit di kiri jalan..kedua-dua pekerja ini akhirnya tersepit dalam kereta tersebut..keluar dengan bantuan orang ramai dan pasukan BOMBA..teruk kecederaan yang mereka alami..sian jugak aku tengok depa ni..mudah mudahan cepat sembuh bro..
3.Kes ini merupakan kes bencana kerja dan sememangnya mereka boleh membuat tuntutan dengan pihak PERKESO..kerana kedua-dua pekerja ni kemalangan dalam perjalanan melibatkan kerja mereka..hehe bukan berjalan suka2 tau hehehe bukan merayau-rayau woo..depa kerja..so bila berlaku kemalangan mereka berdua dilindungi oleh pihak perkeso..mcm biasalah apabila berlaku sahaja kemalangan jalan raya sudah pasti laporan polis kena buatla, kena juga dapatkan rawatan dulu dan pastu pastikan hangpa dapat cuti sakit..dan selebihnya biaq majikan yang mengisi borang 21 untuk membuat tuntutan dengan pihak perkeso..bab2 tuntutan kemalangan berkaitan perkeso dah banyak kali aku dok citer hangpa carila kat sini ada la..dan langsung tidak susah dan tidak menyusahkan kalian sebagai pencarum..yang kena isi borang 21(Borang Laporan Kemalangan/Borang tuntutan) pihak Majikan hangpa hehehe bukan hangpa yang isi borang tuntutan kepada pihak PERKESO..hangpa duk diam2 je lah..rehat secukupnya.Hehehe..nak tulis panjang2 tak larat dah ni hehehe..cukup la tu..tulis panjang2 nanti hangpa mesti Tanya jugak nanti wakkakakaka
Salam,Tuan.
BalasPadamSaya kemalangan Motosikal langgar Kerbau semasa hendak pergi kerja.
Saya dimasukan ke Hospital dan kena pasang besi pada kaki kanan dan skru pada 2 jari tangan kiri saya. Saya dapat MC 4 helai 106 Hari 03/11/2015 sehingga 15/2/2016.
Soalan 1. Adakah bayaran MC saya di bayar semua sekali atau asing2. Untuk makluman Tuan,Mc saya telah dihantar serentak oleh Pihak Majikan saya ke Pejabat Perkeso.
Soalan 2.Berapakah anggaran saya dapat bayaran Harian (HUS).Gaji kasar saya dari Bulan May hingga October ialah rm15000.Apakah formula pengiraan HUS.
Soalan 3. Berapa lama kah dapat cek HUS. Adakah dihantar ke alamat saya atau di panggil oleh oleh Pihak Perkeso.
Untuk pengehtahuan Tuan,Saya telah ditemuduga oleh Pihak Perkeso di Pejabat Perkeso pada 20/1/2016. Semua borang2 lengkap telah diisi termasuk laporan Polis dan lakaran Peta kemalangan. Harap bantuan Tuan
Terima Kasih.