Rabu, 13 April 2016

Operasi Perkeso keatas majikan gagal mendaftar perusahaan di Air Hitam/Simpang Renggam


1.Dua hari lepas aku sempat sertai Operasi ke atas majikan/syarikat/premis perniagaan yang masih gagal mendaftar perusahaan/perniagaan mereka dengan pihak perkeso.Operasi yang di sertai 20 anggota dari pejabat perkeso kluang Johor telah di kerah melakukan Operasi di kawasan Air Hitam dan Simpang Renggam di mana kawasan ni telah di kenal pasti melalui hasil risikan mendapati masih banyak majikan yang belum mendaftar dengan pihak perkeso,walaupun telah banyak kali hebahan dan seruan mendaftar perusahaan mereka dengan pihak perkeso tidak di endahkan..senang cakap depa buat dek aje ...

2.Dalam Operasi hampir 5 jam tersebut sebanyak 80 premis perniagaan di periksa dan didapati 9 majikan gagal mendaftar perusahaan mereka dengan pihak perkeso,serentak dengan itu sebanyak 9 kompaun telah di keluarkan berjumlah RM4500…tak bayar kompaun dalam tempoh 14 hari tindakan Mahkamah bakal menyusul..kompaun pun bukan tak boleh rayu..boleh rayu plak tu..biasa dapat la dalam 75%..kebanyakan semua merayu dan di luluskan..

3.Alasan yang biasa di beri majikan adalah TIDAK TAHU dan tidak sempat mendaftar perusahaan dengan perkeso…hahaha alasan tidak tahu alasan yang biasa untuk mengelak dari di kompaun..alasan tidak tahu dah tak laku geng..perkeso wujud dari tahun 1969 dan dari tahun tu sampai la ni pelbagai publisiti,hebahan,nasihat dari premis ke premis untuk mempastikan majikan mendaftar perusahaan dengan perkeso dok ulang jugak kesalahan dok bagi juga alas an tidak tahu hahaha..sebelum Operasi risalah2 meminta majikan mendaftar dengan perkeso di edar ke kawasan sasaran dan diberi 1 bulan tempoh pemutihan daftar secara sukarela hahaha masih jugak bagi alas an tidak tahu hmmm memang cari penyakitla..

4.Majikan harus sedar kepentingan membuat caruman kepada pekerja agar pekerja di lindungi..jagalah kebajikan pekerja..bayaran perkeso bukan banyak pun..dari serendah 30 sen sehinggalah paling maksima pun RM66.40 sebulan..tengok pada gaji pekerja la..tak banyak pun..daftarlah pekerja dengan perkeso demi menjaga kebajikan pekerja..

5.Cara2 nak daftar perusahaan dengan perkeso ada aku tulis kat blog ni hehehe kena cari la kompem ada kikiki..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan