Sabtu, 9 April 2016

Slip disc/hilang pendengaran di sebabkan kerja sila claim dengan perkeso


1.Alhamdulilah..dah seminggu demam baru nak nampak pulihnya hahaha..teruk jugak demam tahun ni geng..apa pun kerja macam biasa diteruskan dalam keadaan demam pun sempat siasat 2 kes tuntutan penyakit khidmat perkeso, yang mana tuntutan itu berkaitan tuntutan kurang pendengaran dan juga masalah slip disc..sejak akhir2 ni memang banyak betul tuntutan penyakit khidmat perkeso berkaitan penyakit kurang pendengaran di sebabkan kerja dan juga slip disc yang disebabkan kerja.


2.Macam post2 aku yang terdahululah..sebut sahaja tuntutan penyakit khidmat perkeso sudah pasti apa yang hangpa kena ingat adalah PENYAKIT/SAKIT yang hangpa alami itu MESTI ADALAH DISEBABKAN/BERKAITAN kerna/PUNCA ADALAH dari KERJA!!!hehehe senangkan tak susah pun!hilang pendengaran disebabkan kerja contohnya bekerja di tempat/suasana yang bising contohnya hangpa kena jaga mesin yang sentiasa keluarkan bunyi bising lebih 90 disebel lama2 kerja contohnya 10 tahun telinga kurang pendengaran makanya boleh lah buat tuntutan penyakit khidmat dengan pihak perkeso..Slip disc pun sama juga lah..kerja di tempat yang sentiasa kena angkat barang berat...kerja yang sentiasa menyebabkan kedudukan kita tidak ergonomic bengkok sana tunduk sini tunduk sana lama2 kena slip disc maka boleh juga buat tuntutan dengan pihak perkeso...hahaha benda ni dah banyak kali aku dok post kat blog aku ni,banyak kali dah dok bagi tahu tapi aku yakin banyak yang hangpa semua tetap tak tahu wakakakaka pasai tu aku x kan jemu dok ulang siar benda yang sama hahahaha..


3.Nak buat tuntutan macam biasala pi pejabat perkeso terdekat..ambik borang tuntutan penyakit khidmat...borang ni hangpa boleh ambik sendiri x payah tunggu majikan..dalam set borang tuntutan penyakit khidmat ini ada set borang khas LAPORAN PERUBATAN (LP/Medical report)nah borang LP/Medical report ni suruh/minta/(kena bayar kat hospital) yang mana hospital yang merawat hangpa isikan hehehe siap medical report/laporan perubatan maka hantarlah ke pejabat perkeso terdekat...lepas itu tunggulah pihak perkeso akan buat siasatan macam yang aku dok siasat la ni lah hahahaha...kalau lepas siasatan maka hangpa akan dirujuk ke JEMAAH DOKTOR KHAS(JDK) untuk pemeriksaan pakar perubatan hehehe..senangkan! Kalau tak paham apa yang aku tulis ni lantak hangpa lah wakakakakaka..(sila rujuk post2 aku yang terdahulu lengkap geng..siap ada borang lagi..pi carilah kat blog ni kompem ada)


6 ulasan:

  1. Salam encik..saya nk bertanya mengenai tuntutan khidmat..saya telah mgambil borg perkeso untuk diisi..saya telah mengalami slip disc dr tahun 2008..pada tahun 2012 saya telah dinasihatkan oleh doktor untuk melakukan epidural injection sbb saya xtahan sakit..kerja saya memerlukan saya sentiasa duduk dalam keadaan yg tidak ergonomic dan mgunakan laptop.. 15.12.15 saya telah melakukan pembedahan belkang untuk mbetulkn tulang dah disc2 yg dh compress (l3-l6) dan sy mdpt mc selama 2bulan. Selain daripada slip disc, sy mengalami koyakan di bahu kanan, hips kiri dan slip disc di leher..cuma sy xigt slip disc leher bahagian mana...bolehkah saya mbuat tuntutan?terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam puan,semoga puan sentiasa dalam keadaan sihat.

      1.BOLEH PUAN tak jadi masalah tiada siapa pun yang berhak menolak permohonan puan..hantar la ke pejabat perekso terdekat..hehehe sebelum tu patikan puan ada membuat carumand engan perkeso la..hehehe jangan marah puan :)

      2.Hantarla permohonan tuntutan puan inshallah siasatan akan di lakukan dan puan biasanya akan di rujuk ke JEmaah doctor khas (JDK) untuk mempastikan puan mengidap penyakit khidmat disebabkan kerja atau sebaliknya

      wasalam

      Padam
  2. Assalamualaikum tuan, saya pn nur tlh mngadap JD bln lps dan bkl mendpt HUK xlama lg akibat kemalangan kereta bln 6/15...alhamdulillah dpt jga sikit pampasan stlh majikan arahkn saya berenti dgn sdiri slps 2.5 mc tp saya tidak berenti atas nasihat pegawai perkeso. Hujung 1/16 saya tlh koma dan disahkn menghidap penyakit lupus semasa masih dlm HUS dan skrg berulang alik mendptkn rwtn di hospital. Masalah saya bleh ke saya mendptkn pampasan utk penyakit kritikal itu walaupn saya tidak lg bekerja dgn sykt terbabit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam puan..saya berpendapat jika sakit puan kritikal puan wajar memohon dibawah skim pencen Ilat...mohon la puan..itu hak puan

      2.saya mendoakan puan cepat sembuh dan tabah melawan penyakit yang puan alami.

      wasalam

      Padam
  3. salam..kes saya hilang pendegaran. saya dari muar. ada kah kes akan di rujuk jemaah dr. di jb?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam aaa bro biasanya memang di HSA JB

      Padam