Isnin, 1 Ogos 2016

Majlis penyampaian cek perkeso dan jamuan raya 2016@perkeso Kluang


1.Alhamdulilah masih lagi dalam bulan syawal hehehe..masih raya geng..oooh ya semalam pejabat aku buat majlis sambutan raya kecil-kecilan nak buat besaq2 tak boleh la bajet mana nak ada kah kah kah...buat majlis sambutan raya ni sekali dengan majlis penyampaian cek perkeso kepada penerima2 faedah perkeso di Kluang lah..majlis diserikan dengan kehadiran Exco Sumber Manusia Negeri Johor YB Vidyanathan..terima aksih la YB sudi hadir majlis kami..
2.Kebanyakan kes yang aku siasat alhamdulilah dapat payment dalam majlis ni, ini termasuklah 2 kes kemalangan maut, 1 kes kemalangan maut semasa dalam perjalanan ba lik  dari tempat kerja dan satu lagi kes kemalangan maut semasa dalam perjalanan ke tempat kerja..Alhamdulilah semuanya telah selesai dan selesai sesuatu kes membuatkan hati aku puasss..betul2 puas bila dapat membantu selesaikan sesuatu kes dengan cepat!lebih2 lagi jika kes maut sebegini..alhamdulilah sedikit sebanyak dapat membantu waris arwah yang telah meninggal dunia..
3.Tuan2 puan2 geng2 yang disayangi..tak susah dan tidak mengambil masa yang lama untuk membuat tuntutan degan pihak perkeso percayalah..jangan dok dengan adu domba dan fitnah yang bukan2 geng...tanyalah pada perkeso sendiri jangan dok tanya orang yang tak berkenaan..kalau tanya yang tak berkenaan maka jahanamlah macam2 lah fitnah depa dok lontar hahaha lambat la bla bla susah la bla bla hahaha benda2 ni dah jadi sejarah..percayalah perkeso la ni pantas dalam menyelesaikan tuntutan geng...yang jadi lambat biasanya sebab majikan lewat hantar laporan kemalangan hahaha bukan aku tuduh tau ni yang biasa aku dok jumpa kah kah kah 3 bulan kemalangan masuk bulan ke 4 baru depa hantar nahhh mana nak cepat dapat kalau macam ni hahaha...kalau tak caya tanyalah bila majikan hantar laporan kemalangan kat perkeso hahaha...disitu ada jawabannya kakaka..opsss jangan marah geng ni pengalaman aku aje ni..tapi la ni majikan dah baik2 belaka dah..banyak majikan dah cepat hantar tuntutan kemalangan dah..depa pun dah banyak tahu dah bab2 tuntutan perkeso ni..
3.Selain tu macam aku dok selalu cerita pastikan sebelum hantar dokumen tuntutan pastikan semua dokumen yang di perlukan lengkap...cukup dokumenya hehehe nak tahu lebih semak semula post2 aku bab2 tuntutan perkeso kat blog ni ada geng...cukup senang dan mudah geng..so pastikanla majikan kita mencarum dengan perkeso..banyak kebaiknya geng..kita tak tahu apa bakal berlaku kemudian hari..majikan dan pekerja kena ingat caruman perkeso adalah wajib!x dak tempoh tempoh percubaan untuk pekerja ingat tuuuu..masuk kerja aje pekerja perlu dilindungi perkeso!
4.Hahahahahaha aku sebenarnya nak citer bab jamuan raya kat pejabat aku entah macam mana melalut bab perkeso plak dah wakakakakakakakaka adeiiii jamuan raya meriah walau pun kami buat dalam kesederhanaan hahaha makan tak banyak janji kenyang dah la kan..ada lemang,ada bihun goring cukupla..tak elok membazir bukan2 kan kan

10 ulasan:

  1. salam tuan KD, apa khabar abg KD ? saya terpanggil nak tanya berkaitan penyakit abg saya...beliau telah mendapat pencen ilat disebabkan oleh penyakit jantung beliau..sekarang beliau dikejutkan pula mempunyai masalah slip disc , yg mana penyakit ini beliau mula terasa apabila sudah berhenti kerja...abg saya ni dulu kerja kat warehouse angkat simen,nak tanya boleh ke mohon penyakit khidmat? sebab beliau dah dapat pencen ilat kerana masalah jantung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam dindaku hehehe..
      1.Boleh buat tuntutan penyakit khidmat dengan mengambil boring tuntutan penyakit khidmat di pejabat perkeso terdekat...peh kalau dok angkat simen memang akan dapat slip dics tu...berat wooooo

      selamat hari raya geng

      Padam
  2. Salam tuan,sy dah dpat keputusan dari JD dan mereka memberikan sy 9% utk huk. Boleh sy tahu berapa lama tempoh utk pihak perkeso akan menyerahkan cek tersebut ye. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam geng..
      1.Inshallah tak lama perkeso akan buat bayaran..hehehe tahniah la dapat HUK er maksud saya persen 9% tu dah tinggi tu geng..kalau setuju dengan persen yang diberi maka cepat2 hantar borang sepuluh dan persetujuan bayaran secara pukal,selepas hantar dokumen tu tunggula dalams eminggu InshaAllah bayaran biasanya akan dibuat

      Selamat Hari Raya geng..

      Padam
  3. Askm tuan
    Saya nak tanya kadar bayaran hus ni ditetapkan faktor apa?adakah faktor caruman ke camana..mintak dijelaskan..



    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam puan ianya ditentukan factor gaji dan dibayar berdasarkan kepada bilangan cuti sakit/mc yang diterima puan...

      Padam
  4. Aslm boss...nk tnye tntg cek utk huk biasa nye dihntr ke tmpt krj atau ke alamat rmh...atau pn byaran trus di kredit ke akaun penerima..trm ksh boss.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam bro hehehe cek akan dihantar mengikut alamat/address yang bro isi dalam borang 10..hehehe bayaran guna cek bro depa kredit dalam akuan hehehe

      Padam
  5. Aslm saudara..sy dh hntr borang utk tuntutan huk...brpe lama jangkaan akan dipanggil utk brtemu dktor pkar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam bro bagus2...cepat bertindak hehehe jangan risau geng tak lama..biasanya dalam satu bulan hehehe..sebabnya tarikh2 untuk di panggil ke sesi Jemaah Doktor adalah di beri oleh pihak Jemaah Doktor hehehe..tak lama lahhh bro..sebulan aje :)

      Padam