Sabtu, 11 Mac 2017

Terkejut Menerima Tunggakkan Pencen Penakat Perkeso Berjumlah RM76 Ribu!

1.Seorang Ibu tunggal yang kematian suami sejak februari 1996 langsung tidak menyangka rupa-rupanya arwah suaminya pernah mencarum dengan pihak Perkeso tanpa beliau mengentahuinya dan beliau hanya mengentahui selepas 20 tahun kematian suaminya itu.Apa yang lebih menarik rupa-rupanya bilangan/jumlah bulan caruman perkeso arwah suaminya layak serta memenuhi syarat kelayakan Pencen Penakat Perkeso sekaligus ibu tunggal yang menetap di Felda Ulu Belitong ini telah memperoleh tunggakkan Pencen Penakat sejak kematian suaminya kira2 20 tahun lalu di mana tunggakan itu berjumlah RM76 ribu..dan seterusnya akan menerima pencen bulanan sehingga akhir hayatnya..
2.Bertemu buat kali pertama ketika berkunjung ke rumah beliau pada kira2 3 hari yang lalu..dapat dibayangkan betapa susahnya beliau ketika 20 tahun yang lalu apatah lagi dengan pada ketika itu penempatan felda tersebut baru sahaja dibuka..dapat bayangkan betapa susahnya untuk membesarkan anak2nya pada masa itu..hari ini beliau alhamdulilah berjaya membesar anak2 dengan jaya..memiliki rumah cantik dan anak2 yang berjaya itu nikmat yang tak terkata disamping kesihatan yang baik..nahhh tak disangka sangka pada hari kunjungan kami ke rumahnya,kami bawakan bersama cek bayaran terus ke rumahnya hehehe..beliau memperoleh RM76 ribu dari pihak Perkeso melalui Pencen Penakat tersebut...tiada siapa yang menduga langsung!!!bahkan bukan sahaja tunggakkan Pencen yang dibayar secara pukal/sekaligus itu beliau juga akan terima pencen penakat perkeso secara bulanan..Alhamdulilah pada ketika menerima kunjungan kami itu,beliau nampaknya  begitu terharu dan cukup gembira sekali!tak lekang dari bibirnya terima kasih Perkeso :)
3.Bagaimana beliau mengentahui tentang pencen Penakat Perkeso ini??selama kira2 20 tahun selepas kemtian suaminya?hehehe sudah pasti melalui maklumat maklumat serta informasi yang di war war kan oleh pihak Perkeso melalui media cetak dan juga elektronik telah sampai ke pengentahuan anak2nya Alhamdulilah tercapat hasrat kami...thanks buat rakan2 media..yang sentiasa melaporkan gerak kerja kami sehingga banyak maklumat2 telah Berjaya disampaikan kepada sasaran alhamdulilah telah banyak kejayaan mengesan pencarum-pencarum perkeso yang layak menerima Pencen Penakat berjaya dikesan!
4.Aku seperti biasa melalui blog ini sedaya upaya menyebarkan apa yang termampu untuk sama2 menyedarkan para pekerja khususnya pencarum Perkeso akan hak2 mereka,apa yang boleh dituntut pada pihak perkeso jika berlaku apa2 yang tidak diingini kepada kita sebagai pekerja yang di carum dengan perkeso..Ok la geng senang cakap kalau berlaku kematian atas keluarga terdekat atau jiran tetangga kita..maka nasihatlah waris2 depa ni pergi ke pejabat Perkeso terdekat dan buats emakan kelayakan untuk menentukan sama ada kes itu layak mendapat Pencen Penakat Perkeso atau sebaliknya..Pesan aku usah takutttt usahhh malu..usah segan..pi lah ke Perkeso.pihak perkeso TIDAK MENGENAKAN APA-APA CAJ UNTUK SEMUA URUSAN DARI PERKHIDMATAN MEREKA! SEMUANYA PERCUMA!!!Jika sekiranya kalian didatangi mereka2 yang mengatakan perlu membayar sejumlah wang untuk tujuan tersebut maka janganlah sesekali kalian berurusan dengan mereka ini... 'KETAHUI LAH BAHAWASANYA MEREKA ITULAH DARI KUMPULAN-KUMPULAN BABI HUTAN YANG CUBA MENGAMBIL KESEMPATAN DARI KEDAIFAN MAKLUMAT ORANG-ORANG TANGGUNGAN (OT), WARIS-WARIS/PENCARUM  DAN MENGAMBIL KESEMPATAN DARI KESEMPITAN SERTA KESENGSARAAN ORANG LAIN UNTUK DEPA KAYA DENGAN JALAN TIDAK BETUL!!!

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan