Selasa, 16 Mei 2017

bagitahu pasangan masing-masing saya adalah pencarum Perkeso!

1.Sejak akhir-akhir ini banyak kes tuntutan Pencen Penakat Perkeso melibatkan kematian pasangan sama ada suami atau isteri yang melibatkan jangkamasa belasan tahun barulah pasangan masing2 membuat tuntutan dengan pihak Perkeso..sebab apa perkara ini boleh terjadi geng?lama tu belasan tahun geng..pencen sepatutnya dapat hangpa tak pergi tuntut?hangpa tahu tak salah satu sebab tuntutan ini lambat dibuat oleh pasangan yang meninggal dunia adalah disebabkan pasangan masing2 tidak tahu yang pasangan mereka sama ada suami atau isteri bekerja dan pernah mencarum dengan pihak Perkeso!!!..senang cakap masing2 tak ambil tahu hal kerja pasangan masing2 hahaha nahhhh kesannya macam ni lahhh....bila dapat tahu dahh berbelas-belas tahun..rugi geng..walaupun bayaran pencen itu dibayar dari tarikh kematian namun bertahun tahun hangpa mengharungi kesusahan dan kepayahan untuk menyara anak2 dan tanggungan tanpa bantuan pencen ini yang sepatutnya dari awal-awal lagi hangpa dah dapat seandainya hangpa tahu pasangan kalian ada membuat potongan/carum dengan pihak Perkeso/Socso hehehe..panjang sikit intro malam ni :)
2.Jadinya apabila pasangan tidak tahu dan tidak pernah diberi tahu atau bila pasangan tanya sikit hangpa jerkah marah padanya maka benda ini seolah olah terkubur bersama sama kalian yang meninggal!!!maka ayuh kawan-kawan kita UBAH..JOM UBAH dan hentikan scenario ini..tanyalah pasangan masing2 jika sekiranya mereka bekerja apakah mereka membuat caruman dengan pihak Perkeso atau sebaliknya.. kerana ia cukup cukup cukup penting geng...seandainya berlaku apa2 kematian sebelum mencapai umur 60 tahun dan layak dari segi kelayakan jumlah caruman maka Perkeso/Socso ada menyediakan skim dibawah Pencen Penakat..maka kalian tuntutlah dengan pihak Perkeso Pencen Penakat tersebut!!!!jangan dok tunggu berbelas belas tahun kematian baru nak tuntut..bukan apa sengsara susah payah kita nak besarkan dan nak menyara tanggunggan beb..makan minum anak2 semua nak kena jaga..dengan adanya pencen Penakat ini Inshallah sikit sebanyak mampu meringankan beban..pecayalah!Pencen Penakat Perkeso ini besar gunanya geng..bab2 Pencen Penakat ni dah banyak kali aku huraikan dalam blog ni hangpa cari sendiri lahhh..
3.Dalam satu kes yang aku pergi 2 minggu lepas begitulah kisahnya si isteri tidak tahu langsung dan tidak mengentahui yang Arwah suaminya yang bekerja pernah mencarum dengan Perkeso/Socso dengan kata mudahnya ada potong Perkeso lahhh..so suaminya meninggal sejak tahun 2007 lagi???lama kan kan..dek kerana tak tahu yang suaminya pernah carum dengan pihak Perkeso maka si isteri tidak pernah membuat tuntutan sehinggalah beliau mendapat maklumat tentang pencen Penakat Perkeso ini dari jiran tetangga dan dari laporan akhbar  yang kami sentiasa war war kan maka beliau membuat langkah bijak dengan membuat semakan di pejabat Perkeso maka nahhhhhhh rupa rupanya sang suami pernah membuat caruman dengan pihak Perkeso dan hasil semakan mendapati caruman si suami layak untuk mendapat Pencen Penakat dari Perkeso...geng pencen itu bermula dari tarikh kematian suaminya tahun 2007 jumlah terkumpul pencen itu berjumlah RM94 ribu geng...dan Pencen bulan semasa berjalan seperti biasa..bulan2 masuk dalam akaun geng..itu salah satu contoh yang cukup jelas berlaku depan mata..tak buat tuntutan sebab tak tahu suami ada membuat caruman dengan Perkeso sepanjang suami bekerja!Maklumat Pencen Penakat depa tahu tapi tak tahu yang suami pernah membuat caruman dengan Perkeso..lain bunyi nya kan kan :) tahu bab2 Perkeso dan faedahnya tapi tak tahu pasangan kita sama ada carum atau tidak dengan Perkeso..maka jom bertanyalah kalian satu sama lain kikikikiki ehhh abang2..abang ada carum perkeso ka bahahahaha :)
4.Rasanya bab-bab caruman Perkeso ni baik hangpa habaq la kat pasangan masing2 kadang kala isteri tak tahu kita bekerja ni ada potong socso/perkeso..depa dok kat dapur urus rumahtangga mana la nak tahu kalau kita tak habaq..maka habaqla kat pasangan masing2..kalau kalau berlaku kematian elok-elok pi cepat buat semakan kat pejabat perkeso terdekat..mana tahu layak mendapat Pencen Penakat dari Perkeso..pencen ni seumur hidup pasangan tauuuuu..pas tu nak kahwin baru pun pencen tetap jalan tauuuuu hahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan