Selasa, 23 Mei 2017

Terkejut menerima tunggakkan pencen Penakat arwah suami..Mak cik tak tahu nak buat apa dengan duit pencen penakat Perkeso ni

1.Salam geng..hari ni aku ke sebuah rumah di Felda Ulu Penggeli..sebelum ke rumahnya aku terlebih dahulu menelefonnya ia la nak memaklumkan akan kehadiran aku dan bos aku ke rumahnya..hahaha terkejut bukan kepalang..banyak dok soal aku untuk apa ke rumahnya ada masalah ke?nak tanya apa kepadanya..dalam dok cakap2 tu aku tak habaq kat dia pasai apa aku dengan bos aku nak pi ke rumahnya hahaha biaq dia saspen sikit baru seronok orang kata hahaha..di hujung talian dia habaq alang2 dah nak mai umah mak cik ni mai makan terus kat sini lah kah kah kah..orang kata rezeki jangan dok tolak ada calon lain kita kahwin lagi kakakaka aiii bukan ke situ maksud aku geng hahaha..hangpa jangan buat aku tidoq luar nooo..baikkk sangat mak cik ni aduhhh aiii..penuh sifat keibuan :)
2.Sampai masa di janjikan aku pi lah ke rumah mak cik ni dengan bos aku kikiki..tak jauh dari opis kami pun cuma makan masa dekat setengah jam aje..kira dekat la tu..so setiba di perkarangan rumahnya mak cik ni setia menunggu depan halaman dengan penuh debaran hahaha sebenaqnya dia tak tahu tujuan aku dengan bos aku mai rumah dia hahahaha biaq dia tertanya tanya dulu kikiki..nak kata nak masuk minang anak dia tak leh jugak sebab ke semua 5 anaknya lelaki wakakaka tapi kalau jadi ibu mertua untungla baik orangnya ni..so bila sampai rumahnya dipelawa lah kami masuk kikiki..maka masukla kami..macam biasala bab cakap aku no hal borak dan borakla dengan mak cik tu hahaha tanya pasal keluarga tanya pasal kehidupanya macam2 lahhh aku dok tanya kikiki..mak cik tu usah cakap lah mcm berpeluh pun ada aku tengok kah kah kah risau pasal apa pegawai Perkeso datang rumah..mak cik buka cerita apakah permohonan beliau dengan Perekso di tolak?aku tanya mak cik mohon apa?mak cik jawab dia mohon faedah pengkebumian arwah suaminya tu aje tu pun kalau2 nak dapat katanya oooooo mak cik mohon duit pengkebumian..aku pun tanya la dari mana mak cik tahu tentang Perkeso ni dan faedah tu?dia habaq pada satu hari dia baca paper Harian Metro dok citer ada balu yang dapat Pencen dari Perkeso..so dia cuba la kot2 dapat..sekali pi buat semakan Perekso Kluang kata layak hehehe layak dapat la katanya dapat apa mak cik tak tahu hahahaha..
3.Aku malas nak cakap banyak sian plak buat mak cik saspen lalu ku habaq tujuan kami mai ni nak bagi cek bayaran Pengurusan Mayat RM1500 buat mak cik..belum lagi habiq nak cakap.. Allahuakbar betapa gembiranya dia...woo wooo wooo tunggu dulu bukan tu sahaja mak cik..suami mak cik meninggal tahun 2009 kan kan?mak cik tahu tak tunggakkan pencen suami mak cik yang Perkeso nak bayaq hari ni berapa?terpingga pingga mak cik kikiki dia kata dia nak bayaran kebumi sahaja dan ingat dapat bayaran tu sahaja lahhh ai ai ai mak cik hari ni kami bawa cek RM56 ribu buat mak cik tauuuu ni tunggakkan tahun 2009 sampai ke hari ni makanya dua cek mak cik dapat hari ni..wahhhh terus menangis mak cik tu..tak jangka langsung dapat 56 ribu geng..nangis dia terharu sungguh...aduhhh terkedu aku!!!
4.Di pengang 2 keping cek puluhan ribu tu lantas dia tanya aku dan my bos lahh..kata mak cik itu..mak cik nak buat apa dengan duit iniiiiii..katanya belanja lah untuk kehidupan dan keperluan mak cik..jawabnya mak cik tak tahu nak buat apa dengan duit ini!!!aku yakin beliau masih terkejut!!!kami yang hadir cuba tenangkan beliau..dan nasihatkan gunakan untuk kehidupannya..dan mak cik juga akan menerima pencen dari Perkeso sampai akhir hayatnya!INI lah dinamakan PENCEN PENAKAT PERKESO jika itu hak anda ia tetap HAK ANDA!
5.Sebelum balik opis seperti dijanjikan seawall masa aku menelefonnya tadi mak cik itu jamu makan nasi ayam kat rumahnya hahahaha..nak tolak tak boleh nanti kecik hati ada berkunjung ke rumah orang kita penuhi ajakan tuan rumah..terima kasih mak cik nasi ayam mak cik sedap!!!Alhamdulilah kenyangg aduhhhh..
6.Aku nak habaq mai masih ramai lagi insan2 sebegini yang kematian Isteri yang kematian suami yang kematian anak yang bekerja dan mencarum dengan perekso sila lah ke pejabat perkeso terdekat untuk membuats emakan kelayakan caruman untuk tuntutan Pencen Penakat..semaklah tak rugi dan tak susah tuntut lah HAK ANDA!!!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan