Rabu, 5 Julai 2017

Apa yang perlu ada dalam laporan polis untuk claim Perkeso

1.Salam geng..Hari ni aku nak sentuh sikit berkenaan pentingnya laporan polis yang lengkap tepat dan padat untuk mempercepatkan tuntutan kalian dengan pihak Perkeso khususnya melibatkan kemalangan jalan raya hehe hangpa nak ikut ka tak nak ikut ka lantak hangpa lah kakakaka..hangpa tahu dak salah satu sebab yang sentiasa melewatkan proses tuntutan adalah benda2 yang di dilihat nampak kecil isunya tapi besar impaknya kalau benda ini tidak diambil perhatian yang serius..geng laporan polis adalah salah satu dokumen wajib dilantar bersama borang tuntutan kemalangan(borang 34) jika ianya melibatkan tuntutan kemalangan jalan raya khususnya dalam claim dengan pihak Perkeso..apa ciri-ciri penting laporan polis yang perlu ada untuk claim Perkeso??hangpa tahu dak ni..sejujurnyabanyak lagi laporan2 polis yang hangpa dok buat lintang pukang bahkan tak pelik jika terpaksa buat pembetulan demi pembetulan laporan polis sebabnya laporan polis kali pertama dibuat tentang kemalangan yang berlaku langsung tidak lengkap!!! banyak sebab tidak lengkap laporan polis yang kalian buat nanti aku habaq satu satu :)
2.Pertamanya kesalahan seringkali yang diulang ulang oleh kebanyakan pencarum Perkeso ketika membuat laporan polis ketika berlakunya kemalangan jalan raya adalah tidak menyatakan  dengan jelas "tujuan perjalanan " dari mana hendak kemana semasa kemalangan jalan raya itu berlaku..senang cakap hangpa main bedal aje buat laporan polis...contohnya ada yang membuat laporan polis seperti ini" ketika berada di jalan dollah tiba2  jatuh motorsikal" oiiit geng lengkap ka laporan polis macam tu?bahahaha...mana yang tak lengkapnya?mai nak habaq geng..setiap laporan polis mesti ada tujuan perjalanan dari mana hendak kemana INI AMAT penting dalam laporan polis khususnya untuk claim dengan pihak Perkeso..hangpa kena sejelas jelasnya nyatakan dalam laporan polis tersebut tujuan perjalanan itu..contohnya "saya dari rumah hendak ke tempat kerja bla bla bla..." ataupun "saya dari tempat kerja hendak balik ke rumah bla bla bla " senang kan kan...
 
3.Perlu juga dinyatakan dengan jelas hangpa naik motorsikal ke naik kereta ka atau naik lori ka atau apa sahaja jenis kenderaan? ini tidak...banyak yang tak nyatakan naik kenderaan apa.. jilake betul hahahaha..sepatutnya nyatakan sama ada naik motorsikal atau sebarang jenis kenderaan dan PERLU ada dimasukkan nombor plat pendaftaran  kenderaan itu..ini banyak yang dok buat laporan polis menunggang motorsikal langsung tak dimasukkan nombor pendaftaran motorsikal tersebut..itu tidak betul geng!tak pasal pasal nanti kena buat penambahan masukkan nombor plat pendaftaran motorsikal dalam lopran polis baru kiki ini semua buang masa dan melambatkan proses tuntutan dok pi balai dan pi balai kakakakakaka..hangpa pi banyak kali silap2 kena tazkirah kat abam2 polis padam muka kah kah kah..
4.Dan jangan lupa juga tarikh kemalangan dalam loporan polis itu adalah tarikh kemalangan yang betul hahahaha..sila bertenang dan ambil masa untuk semak dan baca semula laporan polis yang dibuat sebelum menandatanganinya kikiki...banyak kes laporan polis dibuat dengan tarikh kemalangan yang silap!!!ada yang silap tarikh kemalangan ada yang silap tahun dan ada yang silap masa/time kemalangan itu berlaku hampeh tul lahhh hahahaha..baca dulu geng laporan polis tu sebelum kalian meninggalkan balai polis terbabit..baca berulang kali bagi puas hati hahahaha..
 
5.Hangpa jugak kena ceritalah dalam laporan polis tu dengan jelas jangan dok pusing sana pusing sini asyik langgar anjing je memanjang hahahaha aku yang hari hari dok baca laporan polis pun naik bosan asyik baca cerita langgar anjing kakakaka modal sama aje hangpa ni..oiit geng kalau jatuh sendiri hangpa cakap ajelah dalam laporan polis tu jatuh sendiri tak dak apa ehhhh Perkeso terima asalkan ia benar benar berlaku...contohnya "ketika saya sedang menunggang motorsikal jenis kriss modenas bernombor hazri 5453 dari tempat kerja hendak balik ke rumah sebaik tiba di jalan najib 1 tiba-tiba babi melintas jalan dan melanggar motorsikal saya lalu saya jatuh keatas jalan raya" bahahahahahhaha salah babi yang langgar motorsikalnya kikikiki ..kalau langgar babi kena habaq dilanggar babi kah kah kah tok sah dok malu malu habaq benda yang betuii kah kah kah..
6.Akhirnya jika semua telah dimasukkkan dalam lopran polis jangan lupa juga dalam laporan polis tu masukkan jugaklah anggota mana yang cedera..hehe kalau patah tangan kanan maka nyatakanlah dalam laporan itu patah tangan kanan dan begitulah selanjutnya..senang kan kan jadi lepas ni jangan la lagi dok buat pening buat laporan polis hentam sesuka hati kikiki..ini nombor motor pun tak masuk dalam laporan polis adeiiii ..senang benor hangpa buat laporan polis kah kah kah..pasai tu lah kena ambil masa pi buat la pembetulan dan pindaan rugi masa geng!
7.Hahaha suka aku nak habaq kat hangpa juga..bahawa setiap laporan polis yang dibuat ianya mestilah dibuat oleh individu yang terlibat dalam kemalangan tersebut!!hangpa yang kemalangan maka hangpalah yang kena buat laporan polis dan BUKANNYA ORANG LAIN sepeti ayah atau abag itu pihak Perkeso tak terima kecuali melibatkan kes mati ok la..dah hangpa mati mestilah waris yang buat laporan polis hehehe tak kan hangpa nak bangkit dari kubur semata mata nak buat laporan polis plak kikiki saja..melawak ja geng ehhhh..tapi ingat tu laporan polis kena kita sendiri yang buat bukannya dari individu lain!!!
 
Ok lah geng cukup dah tu banyak2 tulis bukan hangpa dok baca pun kah kah kah kah

2 ulasan:

  1. Salam, sy mengalami kemalangan motorsikal bulan march 2017, sy belum membuat laporan polis kerana sy mengalami patah kaki dan menyukarkan untuk sy bergerak menggunakan tongkat sbb sy duk rumah flat tingkat 4 takda lif..sy nk tanya untuk laporan polis ni sy perlu buat dekat balai polis biasa atau polis trafik. Laporan polis ni untuk tuntutan socso.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh buat laporan setelah boleh berjalan. buat laporan di balai polis trafik

      Padam