Rabu, 19 Julai 2017

PERKESO tanda tangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) 2017

1.Salam geng..aku baru saja balik dari program konvensyen Integriti Perkeso 2017 yang diadakan di Hotel Pearl International..tak lama dalam 3 hari aje programnya..pelbagai pengisian diberikan termasuklah menampilkan penceramah-penceramah yang berkaliber dari pelbagai agensi antaranya PDRM,SPRM,IIM,LHDN..kiranya dok dengar ceramah aje dalam 3 hari tu hehehe..hebat2 depa ni best berkongsi pengalaman dengan depa ni..
2.Dalam sesi ceramah ni pelbagai pendedahan diberi kiranya bertuah jugala dapat hadir majlis sebegini..banyak ilmu yang kami dapat..tak kirala dari pihak SPRM atau PDRM semuanya memberi pelbagai ilmu yang berguna..inshallah akan digunakan dengan sebaik mungkin!Dalam konvensyen Integriti ni apa yang lebih penting hari terakhir tu kami akan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah dan BIG BOSS akan tanda tangani IBR tersebut..huhhh besaq maknanya tu geng..
3.Hari terakhir kami berikrar untuk bebas dari RASUAH..hehehe BIG BOSS mengepalai bacaan Ikrar..Ybg Dato' Dr Mohammed Azman bin Dato' Aziz Mohammed..sambil tu beliau jugaklah yang menandatangani Ikrar Bebas Rasuh (IBR) pada hari ni hehehe alhamdulilah..memang selama ni pun tak dak ruang untuk kami sentuh benda2 tu..minta selisih Allahuakbar!!!Dulu tahun 2014 kami dah tandatangani Ikrar jugak dengan pihak SPRM ni masa tu Ikrar untuk kategori Koporat..hehehe la ni depa dok buat IBR plak..takpa la janji azamnya satu aje tolak rasuah!!
4.Hehehe Cuma satu aje nak habaq hahaha makan kat Hotel tu tak sedap kah kah kah.. 2 jenis lauk dok pusing hang tu je 3 hari kah kah kah..baguih lagi makan kat restoran biasa lagi sedap kikikikiki..
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan