Isnin, 29 Januari 2018

Ceramah Perkeso di Koperasi Peneroka Felcra Paloh Berhad

1.Salam geng..sabtu lalu aku dijemput pihak Koperasi Peneroka Felcra Paloh Berhad untuk menyampaikan ceramah berkaitan faedah-faedah yang disediakan oleh pihak Perkeso, hehehe memang kegemaran aku bab2 ceramah ni ialah kita boleh kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang kita ada hehe time 'memburu' pahala beb..terima kasih Pengerusi ,Ahli lembaga Pengarah Koperasi Felcra Paloh berhad dan Ahli2 yang sudi menjemput dan beramai-ramai hadir..ramai juga yang hadir dalam 50 orang!Namun masa 1 jam yang diberi pada aku untuk sampaikan ceramah adalah betul2 tidak mencukupi!1 jam yang diberi hanya sempat aku ulas dan sampaikan ceramah berkenaan kemalangan pergi balik kerja aje hahaha..adeiii banyak lagi yang nak disampaikan tak tercapai geng..hope depa jemput aku lagi!
2.Sebenarnya geng kalau hangpa tak faham bab2 faedah yang disediakan pihak Perkeso hangpa boleh saja jemput pegawai2 Perkeso memberi ceramah!!!hangpa jemput depa mesti datang punyalahhhh..itu lah tujuan dan matlamat kami nak sebarkan maklumat pada kesemua pencarum kami..mana yang masih samar2 kami cuba untuk terangkan..yang tak faham kami cuba bagi fahamkan hehehe..mana yang kata susah dan payah sangat nak claim tu biaq kami ajaq kan menjadi senang hehehehe..kumpul lah seberapa ramai rakan sekerja/kakitangan/staf yang boleh..buat dalam satu bilik mesyurat supaya senang kita beramah mesra hahahaha..kita bagi faham sefaham fahamnya!
3.Seronok sebenarnya memberi ceramah dan berkongsi info dengan pencarum perkeso, Apatah lagi kita diundang oleh pencarum kita..Namun adalah lebih seronok lagi kalau dalam ceramah itu hangpa bertanya macam2 soalan yang terbuku di hati yang hangpa tak faham..jangan malu2 jangan hadir dok diam aje..ambil peluang dan berkomunikasilah dengan pegawai Perkeso tersebut..supaya ceramah yang disampaikan kelak berguna untuk hangpa di kemudian hari..tapi tu lahhhh kalau jemput ceramah Perkeso mohon bagi masa ceramah panjang la sikit kikiki 2 jam tu ok la...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan