Ahad, 28 Januari 2018

meninggal dunia dibawa arus banjir ketika dalam perjalanan balik kerja Perkeso bertindak segera!

1.Pelbagai kes dan kesibukan di awal tahun salah satu sebab mengapa lamaaa sangat aku tak masuk kat blog ni..terasa rinduuu plak nak update pelbagai cerita dan info yang terpendam dan tak dapat di catatkan dek kesibukan dan kekangan masa..apa nak buat geng awal2 tahun beginilah..belum lagi sentuh bab2 pertanyaan kawan2 kat blog ni dah beratus pertanyaan tak sempat lagi nak jawab!Geng seawal tahun 2018 yang lalu iaitu dekat lebih tepatnya pada 1 Januari yang lalu telah berlaku satu kes pekerja sebuah resort di Penyabong Endau Mersing telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan balik kerja ekoran di hayutkan arus deras banjir yang melanda kawasan tersebut baru2 ini.Pekerja ini seorang wanita..menunggang motorsikal dalam hujan yang cukup2 lebat untuk pulang ke rumah setelah selesai bekerja di resort tersebut..arwah tinggal di felda Endau..dalam perjalanan ketika mengharungi air yang melimpahi jalan beliau telah dihayutkan arus deras...hilang dan dijumpai 4 hari kemudian telah meninggal dunia..Allahukabar!
3.Geng seperti yang aku sentiasa maklumkan pada hangpa semua bahawa jika berlaku kemalangan ketika dalam perjalanan balik kerja dalam apa jua kemalangan ia adalah bencana kerja!!!tak kiranya dia dihanyutkan arus banjir sekalipun!!!jika ia dalam perjalanan balik kerja dan tiada lencongan maka ia adalah bencana kerja dan kematian pekerja ini adalah disahkan sebagai bencana kerja dan sudah pasti warisnya iaitu suami dan anak2 akan mendapat faedah daripada pihak Perkeso!!!Alhamdulilah majikan arwah berdaftar dengan pihak PERKESO!
4.Setelah mendapat maklumat kejadian malang ini melalui pelbagai medium berita seperti media sosial, media massa pada hari ke lima kematian iaitu setelah selesai jenazah dikebumikan pada esok harinya aku segera ke rumah mangsa..berjumpa suami dan anak2 serta keluarganya..hari yang sama aku selesaikan semua urusan untuk membantu suami arwah membuat tuntutan Pence Faedah Orang Tanggungan (FOT)segala dokumen yang perlu aku lengkapkan pada hari itu juga..begitu juga dengan pihak majikan arwah aku segera ambik tindakan membantu melengkapkan dokumen tuntutan!!!!INI ADALAH TUGAS SKUAD PRIHATIN PERKESO!dapat maklumat kami terus bertindak!
5.Alhamdulilah pada hari yang sama iaitu hari kelima kemtian arwah pihak kami/perkeso telah selesaikan tuntutan faedah orang tanggungan (FOT) ini..selesai dalam sehari!!!FOT adalah faedah 90% dari gaji purata angggapan tinggi tuuuu ia melibatkan kematian semasa kemalangan ketika kerja,balik kerja atau pergi kerja!Suami akan dapat pencen seumur hiudp!!!anak2 sehingga umur 21 tahun!
 
6.Aku sentiasa harapkan majikan tak kira apa jenis perniagaan sekalipun ayuhhh para majikan mencarumkan pekerja kalian dengan pihak PERKESO..kasihanilah pekerja kalian!!!

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan. saya kemalangan semasa hendak pergi kursus atas arahan majikan dan patah tulang bahu.setakat ini saya mendapat 2 minggu mc dan dr akan tambah lagi mc slps checkup seterusnya.soalan saya:

    1)adakah saya layak claim kerana saya dalam perjalanan pergi kursus?
    2)bolehkah saya claim mc yang saya dapat walaupun saya langsung xadmid wad?(dr hanya bagi mc dan ubt tahan sakit memandangkan patah bahu tidak boleh disimen)
    3)bolehkah saya claim under kecatatan kekal selepas claim mc memandangkan saya juga membuat kerja wayering dibawah majikan yang sama?
    4)berapa anggaran tuntutan yang akan saya dapat jika mendapat mc selama 6 minggu (42hari)?

    terima kasih tuan. - faieez.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam tuan Faizz haha dah macam novel soalan tuan hahaha,
      1.TUan layak untuk claim dengan pihak Perkeso kerana meghadiri kursus adalah atas ARAHAN MAJIKAN.Minta majikan tuan laporkan kemalangan ini pada pihak Perkeso dengan mengisi borang 34,jangan bertangguh2 lapor segera!

      2.hahaha MC/Cuti sakit sudah tentu boleh claim tuan jangan risau jika kes ini disahkan bencana kerja sudah pasti MC tuan itu akan dibayar oleh pihak Perkeso..bukan MC sahaja tuan bil2 perubatan dan bil masuk wad pun tuan boleh claim dengan pihak perkeso...percayalah perkeso itu prihatin!!!

      3.Cacat kekal biar dulu tuan...tuan setelkan bab MC dulu hahahahaha...bila dah selesai bab MC dan tuan dah boleh kembali bekerja barulah tuan buat tuntutan cacat kekal (HUK)JIKA SEKIRANYA DIRASAI ADA MENGALAMI CACAT KEKAL.

      hehehe wasalam tuan

      Padam