Jumaat, 2 Februari 2018

penumpang forklif 'saja-saja tumpang' jika kemalangan tidak dilindungi perkeso

1.Amat jarang sekali pihak Perkeso menolak kes-kes tuntutan kemalangan di tempat kerja dengan kata mudahnya betul2 kemalangan tersebut berlaku di tempat kerja/semasa bekerja, contohnya banyakla geng apa sahaja kemalangan yang berlaku di tempat kerja kerana kerja/sedang bekerja..contohnya terpotong jari ke,dihempap besi ka dan banyak la contoh lain..cukup semua dokumen pihak Perkeso akan membuat bayaran segera Inshallah tanpa melalui sebarang siasatan jika ianya tidak menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah..prosesnya cukup mudah macam yang pernah aku ceritakan sebelum ini..kalau dulunya pihak majikan perlu melapor/membuat tuntutan kemalangan dengan mengisi borang 21 namun kini perlu mengisi borang 34 perkeso..cukup mudah di isi borangnya!
2.Namun begitu geng harus ingat 'ada' juga kemalangan di tempat kerja yang bukan kerana 'kerja' haha yang ini Perkeso tolak dengan alasan yang kukuh dan disokong pihak majikan hehehe..kes terpencil sebegini adalah kes melibatkan Forklift..mai aku nak habaq sikit..untuk kes Pemandu Forklif jika mereka kemalangan ketika bekerja memang boleh claim dengan pihak Perkeso..itu sudah kompem dapat..Namun bagi pekerja2 lain selain dari pemandu forklift jika ada pekerja lain yang menaiki forklift yang di pandu pemandu forklift hanya suka suka naik sebab malas nak jalan dan jika jatuh dari forklift maka penumpang forklift itu tidak dilindungi Perkeso hahaha sebabnya forklift bukan kenderaan untuk ditumpang tumpang ia kenderaan untuk angkat barang dan hanya satu pemandu sahaja, pemandu itu dilindungi dan penumpang yang saja2 main2 nak tumpang itu tidak dilindungi perkeso jika terjatuh masa main2 tadi hahaha...bunyi pelik tapi ramai yang nakal main2 dengan forklift ni dan akibatnya sendiri cari pasal maka sendirilah tangung azabnya hahaha..jangan cakap aku tak bagitahu awal2...ini khas pada mereka2 yang nakal yang suka2 main2 dengan forklift kikiki..
3.Namun jika kemalangan disebabkan dilanggar forlkif semasa bekerja tak menjadi masalah geng.. ia lain kes geng, sudah sememangnya boleh claim perkeso,yang aku citer tadi kes yang terpencil kes nakal saja2 naik jadi' penumpang 'forklif dan jatuh itu kecuaian hangpa dan forklif bukan kenderaan tumpangan dan makanya kes itu tidak dilindungi perkeso!Bagi pemandu forklift ia sudah pasti dilindungi sepenuhnya hahaha itu tak dak sapa nafi itu hak anda,yang aku cakap tadi penumpang forklift saja saja tumpang!!!haha faham betul2 kikiki..ini kes nakal!
 
wasalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan