1.Skuad Perkeso Prihatin betul-betul 'prihatin', mereka bertindak pantas dalam membantu saya menguruskan tuntutan Pencen Penakat anak saya, yang baru sahaja meninggal dunia pada 13 Februari yang lalu..itulah luahan bapa Allahyarham Faiz bin Razak yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Felda Ulu Belitong Kluang,Johor Darul Takzim. Kata-kata tersebut diluahkan oleh Razak bin Puteh tahkala menerima kunjungan YB Vidyanathan a/l Ramanadhan Exco Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri Johor di kediamanya di perumahan pekerja Ladang Sindora disini hari ini.
2.Menurut beliau pada malam 13 Februari lalu anaknya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di mana motorsikal yang ditunggangi anaknya telah bertembung dengan sebuah motorsikal yang lain dari arah bertentangan menyebabkan anaknya meninggal dunia di tempat kejadian.Anak ketiga dari empat adik beradik itu masih bujang dan banyak membantu keluarganya..kehilangannya amat dirasai kami sekeluarga katanya..mengulas lanjut katanya pada hari pengkebumian arwah anaknya pihak Perkeso turut hadir dan menyampaikan rasa simpati organisasi itu terhadap apa yang menimpa keluarga kami, saya telah dimaklumkan yang arwah anak saya adalah pencarum Perkeso dan Perkeso memaklumkan yang arwah anak saya layak Pencen Penakat memandangkan caruman beliau memenuhi syarat kelayakan tuntutan pencen tersebut,lalu mereka meminta saya menyediakan dokumen-dokumen tuntutan dan berjanji esok harinya akan membantu saya melengkapkan segala dokumen tuntutan tersebut.
3.Alhamdulilah janji Skuad Perkeso Prihatin ini betul-betul ditepati. bukan janji kosong. terbukti esoknya pegawai Perkeso berkunjung ke rumah saya di Ladang Sindora dan merekalah yang melengkapkan segala dokumen tuntutan tersebut..merekalah yang mengisi borang tuntutan untuk saya Alhamdulilah semuanya berjalanan lancar. Hari ni mereka datang lagi bersama anggota Exco Perpaduan dan Sumber Manusia Johor dan menyampaikan cek Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2000 kepada saya. Alhamdulilah,sekurang kurangnya arwah anak kami meninggalkan 'sesuatu' kepada kami.
4.Ibu dan Bapa Allahyarham bukan sahaja menerima faedah pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2000 bahkan mereka turut akan menerima bayaran Pencen Penakat sepanjang hayatnya..Pencen bulanan ini akan terus dimasukkan ke akaun Ibu Bapanya sepanjang hayat mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan