Khamis, 25 Julai 2019

Kami Prihatin Tak kira Apa Status Pencarum dan Orang Tanggungannya

1.Semalam saya masuk ke Kampung Gaal Hilir sebuah kampung dalam Daerah Pasir Puteh Kelantan Darul Naim. Dek kerana tak  biasa masuk ke kampung ini macam biasala ‘rutin’ saya akan sesat sedikit, sesat sikit lalu cuba nak kembali ke pangkal jalan tapi tak jumpa-jumpa juga rumah yang hendak dituju, guna google maps pun dah tak jalan..berputar-putar di tempat sama haha ia satu situasi boleh dikatakan wajib/lumrah untuk Penyiasat seperti saya bilamana masuk ke kampung-kampung, kalau rumah terletak  di kawasan taman senang kita nak cari..mahu tak mahu terpaksa hubungi Ibu isteri OB supaya keluar memberi pedoman dan cahaya pada saya agar kembali ke jalan yang benar haha dengan kata lain jadi penunjuk arah laaa..maafla makcik, saya dah tahu tahu nak ke mana. Dah berpusing berkali-kali dah..maka keluarlah makcik  Ibu kepada Isteri OB yang saya perlu jumpa hari ni..nasib baik jumpa dan saya follow motorsikalnya dari bekalang hehe..Akhirnya jumpa rumah yang nak di tuju Kikiki Alhamdulilah.
2.Waris yang saya nak jumpa ini adalah Orang kelainan Upaya (OKU)(pendengaran dan bisu)beliau adalah Isteri kepada OB (Orang Berinsurans) kami yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU)(pendengaran dan bisu) yang telah terkorban ekoran terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan balik kerja, di kuala Lumpur! Status OKU ini langsung tak menghalang kami untuk segera menguruskan HAK pencarum yang sepatutnya mereka perolehi!Tiada beza pencarum kami semuanya dilayan bagai menatang minyak yang penuh!Lalu apa pun cabaran masalah komunikasi ia bukan alas an bahkan kes ini wajib diselesaikan pada kadar segera dan atas sebab itu saya segera berkunjung ke rumah Isteri OB ini sebaik mendapat kes ini!
3.Setelah mengekori Mak cik (Ibu kepada Isteri OB) tadi akhirnya saya jumpa juga rumah Isteri OB..kalau lah Mak cik tadi tak keluar tunggu saya dan tak jumpa saya dan tak jadi penunjuk arah pada saya rasanya kompem saya tak jumpa rumah Isteri OB saya hari ini. Rumahnya memang terselindung di sebalik pokok..nun masuk ke dalam..memang tak jumpa saya rasa..nak hubungi Isteri OB beliau OKU pendengaran dan bisu..Alhamdulilah nasib baikla Ibunya  ada..
4.Isteri OB ini mempunyai dua orang anak hasil perkongsian hidup dengan OB saya tadi..kedua-dua anaknya masih bersekolah rendah. Walaupun Isteri OB ini Orang Kelainan Upaya (OKU) namun beliau seorang terpelajar..lepasan politeknik beb!!!beliau juga pandai mengunakan aplikasi whatsaap jadi tak berapa sukar untuk berkomunikasi denganya Cuma nak bercakap tak boleh dan pekak, bila berdepan dengannya cara lebih afdal untuk berkomunikasi dengan Isteri OB yang OKU ini saya mengunakan Ibunya yang pandai bahasa isyarat sebagai pengantaranya hehe Allahamdulilah ia amat memudahkan kerja saya..
5.Saya kumpul dokumen yang patut saya ambil pernyataan beliau dan esoknya Faedah Pengurusan Mayat (FPM) telah kami BAYAR!!!! Pencen Faedah Orang Tanggungan (FOT)bakal menyusul Inshallah, Pencen ini akan masuk ke akaunya pada setiap bulan tanpa GAGAL. Pencen FOT akan diterima seumur hidupnya serta anak-anaknya sehingga mencapai umur 21 tahun dan sekira anak-anaknya berjaya memasuki IPT Inshallah pencen ini untuk syer anak-anaknya akan berlanjutan hingga anak ankanya memperolehi Ijazah Sarjana Muda pertama, So sapa kata PERKESO tak Prihatin? cuba habaq mai sat! Dan saya percaya pencen ini amat besar maknyanya apatah lagi beliau adalah suri rumah sepenuh masa,Inshallah dengan adanya pencen FOT dari PERKESO ini ia sudah tentu akan meringankan beban beliau dalam menangung perbelanjaan dirinya bersama anak-anak tercinta.Inshallah!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan