Sabtu, 9 Mei 2020

Program Subsidi Upah Kita Tahu Kita Rasa!

1.Jujurnya ramai dikalangan majikan yang memuji keberkesanan pihak PERKESO dalam memproses tuntutan Program Subsidi Upah (PSU) namun sayang seribu kali sayang yang memuji ini segan-segan pula dan tidak ke depan ia la nak buat apa bising-bising kita dah dapan kan kan, mereka ini lebih senang terus memberi ucapan penghargaan dan terima kasih pada pihak PERKESO itu sendiri dari war-war kan ke media sosial yang lain..yang nampak di media sosial hanya makian, kutukan dan luahan ketidak puasan hati segelintir majikan kononnya tuntutan/permohonan mereka lewat di proses..kononya la..tanpa mereka sedar dipihak mereka ada kesilapan tertentu yang menyebabkan permohonan mereka ini lambat di diluluskan BUKAN lambat diproses!!!ia dua perkara yang cukup berbeda.
2.Jujurnya saya antara yang pernah merasai penat lelah dalam menyemak tuntutan yang dilakukan pihak majikan untuk program subsidi upah ini..seperti jabatan lain kami juga terkesan dengan pelaksanaan Program kawalan pergerakan (PKP) kami ke tempat kerja kena lalu laluan awam juga semasa sekatan polis hehe tak jadi masalah ramai antara kami bergilir-gilir hadir ke pejabat mengikut shif yang telah ditentukan maklumlah kehadiran ke pejabat perlu pada tahap minima ekoran pandemik Covid 19..dan selebihnya akan bekerja dari rumah..yang bekerja di pejabat apa bila pulang pejabat akan sambung lagi kerjanya dirumah..yang dirumah tiada masa bersama keluarga terus berkurung dibilik bekerja dari pagi sampai ke tengah malam..dari tengah malam bawa ke sahur semata-mata untuk menyelesaikan tugasan menyemak permohonan subsidi upah tuan/puan..makian/tuduhan liar tuan/puan sikit pun tidak merobek hati dan sanubari kami..kami diam dan bekerja sekuatnya dan tak mengharapkan pujian tuan/puan, kami ikhlas dalam menyelesaikan amanah yang diletakkan atas bahu kami dan kami pikul secara berpasukan!bak kata orang diam bukan erti mengalah!Kalau nak layan kemarahan orang ia tidak akan membawa kita kemana-mana..
3.Kadang-kadang tak dinafikan stress macam nak gila pun ada..dah macam orang tak betul dek telefon tak henti-henti berbunyi dan bila telefon berbunyi walaupun bekerja dari rumah ia WAJIB dijawab dan dilayan..ya kita layan..kita sambut tetap dengan mesra..mulut bercakap mata tetap perhatikan pada monitor laktop..haha buka assist buka enfis semak portal PSU semata-mata nak pastikan permohonan tuan/puan segera disemak ya disemak bukan sekadar dibuka sahaja kami kena baca satu persatu dan semak setiap tulisan tuan/puan salah satu nombor sekalipun kesanya amat besar tuan/puan perincian inilah memerlukan ketekunan yang tinggi masa ini kalau anak bini bising diluar sana mahu kena maki kami!!!..dua tiga kerja dilakukan pada satu masa tuan/puan..hehe mata ada dua sahaja..aaahh itu semua bukan penghalang kami..kami buat kami semak kami selesaikan!kalau tuan/puan perhatikan email kami kepada tuan/puan khususnya kes yang di kuiri cuba tengok masa email iitu dihantar..ada pagi ada petang ada malam ada jam 2 hingga 3 pagi ada jam 3 hingga 5 pagi..Allah jua saksinya nanti!
4.Saya cukup faham ramai antara kita tertekan ekoran PKP Pandemik Covid 19 ini..majikan tertekan untuk membayar gaji pekerja, dalam keghairahan membuat permohonan program subsidi upah (PSU) mungkin tergopoh atau sedikit alpa dalam mengisi maklumat pada Portal PSU maka terdapat banyak kesilapan yang dilakukan pihak majikan menyebabkan permohonan terpaksa di perbetulkan semula oleh pihak majikan setelah dihubungi oleh kami..ya kami hubungi melalui telefon..kami hubungi melalui email..kami hubungi HR kalian!Kami bekerja setiap masa bahkan untuk menyenangkan kerja kami mohonmajikan email pada email kami sendiri!Banyak kesalahan sepanjang saya menyemak tuntutan Program subsidi Upah tuan/puan..ya kita rasa kita isi dah betul tapi rupanya nombor kod majikan puan silap! semak lagi aduhhh nombor BRN puan silap!semak lagi aduhhh akaun bank nombor belakang silap!semak lagi aduhhhh 10 pekerja dituntut 5 darinya tidak layak kerana tidak pernah didaftar dan dicarum dengan PERKESO!!!!!Allahuakbar!Bagaimana kelulusan segera hendak diberi jika begini..setelah kesemua kesalahan dibetulkan barulah permohonan diluluskan!bukan senang nak semak permohonan dari perkataan ke perkataan disemak..meluah kemarahan cukup mudah tak memerlukan apa-apa modal dan fikiran pun..
5.Sepanjang terlibat dalam menyemak Program subsidi upah ini Alhamdulilah banyak maklum balas yang cukup membahagiakan apabila kita bekerja bersungguh sungguh..yang membahagiakan ini kita simpan sebagai kenangan manis..ungkapan terima kasih cukup memadai dan dijadikan azimat cukup mujarab untuk merawat luka tanpa darah ini..terima kasih majikan yang cukup memahami..setelah permohonan lulus mereka email ucap terima kasih..ahhhhhhhh terima kasih itu cukup mengbahagiakan haha seolah olah mendapat nyawa baru haha.Hobi saya menulis apa yang nak saya tulis..saya tak menulis untuk sesiapa dan tulisan saya TAK mewakili jabatan di mana saya bekerja!Akhir kalam selamat hari raya maaf zahir batin dari saya dan keluarga..ada masa terluang kita jumpa lagi!!!1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan