Jumaat, 4 November 2011

Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Lumpuh

KULAIJAYA: Siapa sangka eksekutif komunikasi korporat Kumpulan Media Prima Berhad yang dulunya cergas dan ceria kini terlantar di rumah keluarganya di Jalan Merak, Bandar Putra di sini, tanpa mampu melakukan sebarang pekerjaan.

Menceritakan kembali tragedi menimpa Eddy Sulaiman, 43, abangnya, Saleem, 47, berkata, Eddy tergelincir di tangga pejabatnya di Sri Pentas, Petaling Jaya, akhir Julai lalu sebelum lumpuh dua minggu kemudian.


“Doktor merawat adik memaklumkan penyakit dihidap Eddy sebenarnya lambat dikesan dan dirawat. Eddy yang menyangka kejadian dia jatuh tangga hanya kemalangan kecil sempat pulang ke sini tanpa mendapatkan rawatan.

“Kini, Eddy lumpuh di sebelah kanan badan memerlukan penjagaan rapi dan perhatian khas kerana dia tidak mampu melakukannya secara bersendirian,” katanya selepas menerima kunjungan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Johor, Ismail Abi Hashim, di sini, kelmarin.


Hadir sama Penolong Akauntan Majlis Agama Islam Johor (Maij) Daerah Kulaijaya, Kasyfullah Abdullah, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Kulaijaya, Mohd Fadhil Misnan dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kulai, Haspalela Mohamed Hassan.


Perkeso turut menyampaikan bantuan kerusi roda, alat bantuan pemulihan serta lampin pakai buang manakala Maij dan Jasa menyumbang barangan keperluan asas juga wang tunai.

3 ulasan:

  1. sungguh sedih. saya kenalan arwah, dan sama-sama melanjutkan pengajian di Uitm shah alam. sayang tidak dapat grad bersama arwah, sedangkan itulah yang diimpikan selama ini. arwah seorang sahabat yang banyak memberikan inspirasi dan sokongan kepada kawan2... he such a great mean. RIP untuk Allahyarham Eddy Sulaiman. semoga dalam keredhaan Allah..

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah.semoga rohnya dicucuri rahmat

    BalasPadam
  3. semoga rohnya dicucuri rahmat..arwah adalah pakcik saya.. Terima kasih pada yang mendoakan arwah.

    BalasPadam