1.Hari ni aku ke Kilang memproses baja Kompos di Ladang Tereh Selatan, kilang baja kompos ini terletak di dalam ladang kelapa sawit milik Kumpulan Kulim Berhad (Ladang Tereh Selatan), macam biasalah tugas aku menyiasat dan menyelesaikan kes kamalangan yang berkaitan kerja..aku ke sana untuk menyelesaikan satu tuntutan kemalangan PERKESO, kes kemalangan maut melibatkan pekerja kilang baja kompos tersebut. .hahaha berbelit-belit ayat maklumlah dah penat zzzz kejap lagi..
2.Kes kemalangan maut ini melibatkan situasi perjalanan dari rumah untuk ke tempat kerja, Pekerja malang ini baru sahaja bekerja di kilang baja kompos tersebut tidak sampai pun satu bulan, Namun malang tidak berbau lantaran perjalanan beliau untuk ke tempat kerja telah terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan motorsikalnya merempuh sebuah lori yang membelok secara tiba2..akibat pelanggaran tersebut pekerja ini meninggal dunia di tempat kejadian.
3.Walaupun pekerja ini baru sahaja bekerja namun beliau telah dilindungi PERKESO sepenuhnya, ini kerana majikan tersebut telah mendaftar beliau dengan PERKESO walaupun caruman belum sempat dibuat kepada beliau namun beliau telah dilindungi mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP 1969) dan beliau/warisnya layak menerima faedah yang disediakan perkeso, dalam kes ini perjalanan beliau ke tempat kerja adalah perjalanan yang dilindungi PERKESO, dan kemalangan maut yang menimpa pekerja ini menyebabkan waris beliau iaitu kedua Ibu dan Bapanya akan mendapat Pencen Faedah Orang Tanggungan (FOT) di mana bayaran pencen ini akan diberi sehingga kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia, dalam kes ini pekerja ini masih lagi bujang dan waris beliau sudah pasti kedua Ibu dan Bapanya..
4.Seperti biasa jika melibatkan kemalangan jalan raya sama ada situasi dari rumah hendak ke tempat kerja atau dari tempat kerja hendak balik ke rumah atau dari tempat kerja hendak keluar rehat dalam masa rehat yang dibenarkan maka jika berlaku kemalangan jalan raya pertamanya perlu buat laporan polis, selepas itu sertakan cuti sakit asal, peta lakaran arah perjalanan pada hari kemalangan, butiran enam bulan gaji sebelum kemalangan, dan majikan perlu mengisi borang laporan kemalangan kepada pihak perkeso dengan mengisi Borang 21 hehehe selepas semuanya siap maka hantarlah ke pejabat perkeso dengan segera.
5.Kes yang aku siasat hari ni diklasifikasikan sebagai bencana kerja mengikut seksyen 24(1)(A) AKSP 1969. Kes aku anggap selesai pada hari ini..CEPAT dan MUDAH..tidak susah dan tiada birokrasi untuk membuat tuntutan perkeso...cuma kebanyakan majikan dan pekerja sahaja yang tidak memahami hak2 mereka..dan kurang arif dalam membuat tuntutan dengan pihak perkeso itu sahaja..er er cukup setakat tu la untuk kali ni....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan