Isnin, 18 Mei 2015

Selesai siasat kes kemalangan maut pekerja telekomunikasi Mersing@Skuad Pantas @ Kg Air papan tengah

 
1.Hari ni aku ke Mersing lagi, kalau tak silap aku, ni kali ketiga dalam bulan ni aku ke Mersing hehehe takpe tugas untuk rakyat, kali ini untuk menyiasat satu kes kemalangan maut yang melibatkan seorang pekerja syarikat telekomunikasi di bandar Mersing, berita kemalangan maut ini mendapat liputan meluas media cetak seperti Harian Metro dan juga Kosmo, laporan awal mengatakan arwah dalam perjalanan ke tempat kerjanya di jalan Abu Bakar Mersing, dan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya bertembung motorsikal dengan sebuah motorsikal yang lain di jalan persisir pantai Kampung Seri Lalang Laut hm hm dalam perjalanan nak pi kerja la tu...
 
 
2.Bertindak atas maklumat dari laporan media cetak tersebut aku segera ke Mersing dengan tekad untuk membantu segera menyelesaikan kes tuntutan kemalangan pekerja ini Arwah namanya Aishah binti Sabri 23 tahun, khususnya dalam membuat siasatan segera dengan harapan dapat meringankan beban waris arwah dan usaha ini berbaloi apabila dengan mudah aku berjaya mengesan majikan kepada pekerja yang terlibat dalam kemalangan maut tersebut, Alhamdulilah pihak majikan memberi kerjasama yang amat baik pada pihak perkeso, Alhamdulilah juga majikan sememangnya mencarum pekerja ini dengan perkeso, dan dengan segera menyediakan pelbagai dokumen tuntutan kemalangan perkeso dan ini memudahkan lagi kerja aku..aku membantu apa yang patut sahaja seperti menunjuk ajar cara pengisian Laporan Kemalangan dengan mengunakan borang 21..selepas itu seperti biasala setiap kes kemalangan jalan raya sudah pasti pernyataan pihak majikan akan direkodkan, selesai merekod pernyataan majikan aku ke lokasi kejadian kemalangan maut tersebut.Ambil masa beb..bukan senang nak selesaikan siasat kes dalam masa 1 hari penat woooo..tapi takpe ia dah menjadi tanggungjawab kami.
 
 
3.Selesai  bahagian majikan aku bergegas pula ke kampung Air Papan Tengah untuk membantu waris si mati yakni kedua ibu dan bapanya untuk mengisi borang tuntutan Faedah Orang Tanggungan (FOT),hehehe kerna aku yakin kes ini adalah kes bencana kerja. Sebelum ke rumah waris si mati aku telah hubungi mereka melalui telefon namun tidak berjawab berbelas kali tuu hm hm payah jugak nak mencari rumah di kampong Air Papan Tengah ni hehehe pening beb semua alamat tak dak nombor rumah..last sekali terpaksa bertanya kat orang2 kampong juga hahaha..Alhamdulilah akhirnya jumpa
 
 
4.Masuk ke rumah dan berjumpa ibu dan bapa arwah aku segera mengumpul segala dokumen yang diperlukan untuk mebuat tuntutan Faedah Orang Tanggungan, selain itu pernyataan ibu dan bapa arwah juga selesai aku rekodkan..Alhamdulilah selesai juga walaupun hari telah menunjukkan hampir jam 5.00 petang...pehhhh nak berkejar balik ke Kluang plak tu..tapi walaupun penat macam mana sekali pun aku puas dapat membantu keluarga ini menguruskan tuntutan perkeso arwah anaknya...keluarga ini bukan orang senang..rumah mereka juga sumbangan kerajaan melalui skim PPRT kalau tak silap aku la..bergantung harap mereka kepada pihak perekeso..Alhamdulilah semuanya selesai pada hari yang sama...hati aku puas!!!Kes selesaiiiii hehehehe.InshaAllah waris akan menerima pencen FOT secara bulanan sehingga waris yakni kedua ibu dan bapanya meninggal dunia.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan