Isnin, 17 Ogos 2015

Mangkuk tandas@penyakit khidmat perkeso

 
1.Minggu lepas banyak sangat majlis rasmi termasuklah program Kembara Mahkota Johor(KMJ 2015) so tak sempat la geng nak update apa yang patut..naik kerja hari ni baru kelam kabut nak selesaikan kes..hahaha dah mula bertimbun kes yang perlu disiasat adehhhh..mau tak mahu nak kena selesaikan segera..kebajikan pekerja harus dijaga itu aku pegang sejak dulu sampai kini..
 
 
2.Untuk hari ni Alhamdulilah aku selesai siasat 3 kes kemalangan jalan raya dan 1 kes melibatkan tuntutan penyakit khidmat perkeso..3 kes kemalangan jalan raya yang aku siasat hari ni tak da la menarik sangat untuk dikongsikan..lagi pun aku percaya hangpa semua dah hebat dan luas ilmu pengentahuan bab2 tuntutan kemalangan jalan raya melibatkan tuntutan dengan pihak perkeso..hehehe rasanya kalau asyik dok jenguk blog aku ni kompem tak de masalah kot..leh faham kot..tak pun hangpa kompem bosan sebab aku dok citer pasai kes kemalangan aje kat sini kan..hahahaha tak menarik untuk dibaca..
 
 
3.Kes penyakit khidmat yang aku siasat hari ni melibatkan seorang pekerja kilang yang bekerja sebagai operator di bahagian pembuatan mangkuk tandas...hehehe jangan dok gelak kerja ni ok beb gaji leh tahan dan yang pasti halal..cukup untuk menyara keluarga...kerja la apa sekalipun janji halal alhamdulilah itu rezeki kita kan..buat mangkuk tandas best jugak hehehe..sekali masuk kilang ni penuh dengan magkuk tandas..baru ku tahu bagaimana ianya dibina hahahaha...mangkuk tandas.
 
 
4.Dikatakan pekerja ni sentiasa bekerja dalam keadaan berdiri dan lama kelamaan lutut beliau mula sakit..lama-lama bertambah sakitnya..pekerja ni dah lama bekerja sejak tahun 1988 lagi..lama juga tu..mangkuk tandas yang dihasilkan juga adalah seberat 10kg setiap satu..beliau mengadu masalah utamanya sakit lutut disebabkan berdiri lama..lalu siasatan dibuat macam kebiasaannya...dan hasilnya akan dikemukakan kepada pihak cawangan perubatan dan pemulihan perkeso sebelum di rujuk kepada Jemaah doctor untuk menentukan sakit yang dihidapi oleh pekerja ini ada bersangkutan dengan kerja yang dilakukanya atau sebaliknya.
 
 
5.Namun untuk hari ni penyakit kencing manis yang beliau hidapi juga boleh jadi punca juga beliau sakit lutut disamping faktor usia dan juga faktor berat badan beliau yang agak tidak ideal dengan ketinggian yang beliau miliki juga mempengaruhi sakit lutut tersebut....hehehe berat badan beliau kompem tak dapat ditanggung lututnya aku rasa..berat badan 91kg dengan ketinggian 150cm agak tidak ideal rasanya..mungkin dapat mungkin tidak bergantung pada Jemaah Doktor...hasil siasatan aku tak leh la nak kongsikan kat sini hehehe...SULIT wooooo nanti aku kena woooo..cukup untuk berkongsi ilmu dan pengentahuan aje boleh la..sakit2 disebabkan kerja boleh tuntut penyakit khidmat perkeso.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan