1.Hohoho
hari ini tiada sesi siasatan dijalankan sebab aku hadir ke seminar
Kelestarian Keselamatan Negara “Cabaran Dalam Menangani Isu ISIS di
Malaysia” hehehe berat jugak tajuk seminar hari ni..cukup aku tak
suka benda-benda yang serius ni hahaha..Seminar Kelestarian
Keselamatan Negara ini diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN) Kampus Wilayah Selatan di Kluang Johor...tak jauh pun hari2
aku duk pusing tang tu jugak ehhh
2.Ohhh
ya..untuk makluman peserta seminarnya terdiri dari kalangan
kakitangan agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang selebihnya aku
tak tahulah..rasanya semua kaki tangan awam kot hehehe segak bergaya
nampaknya..2 ahli panel yang terlibat dalam seminar pada hari ini
adalah YBhg Dato'Prof Hj. Mahamad Naser bin Disa iaitu Ketua Pengarah
Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) sebelum ni aku pun tak tahu
menatang apa itu IKSIM hahahaha hari ni baru tahu adehhh banyak yang
aku tertinggal rupenye.. dan panel kedua ialah YDH Dato' Ayob Khan
bin Mydin Pitchay iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter
Terrorism Polis Diraja Malaysia.Hohoho bahagian yang sentiasa
bergerak aktif mencegah apa yang dikatakan 'pengganas'...aku pun
masih keliru hahaha yang berjihad itu tak semuanya penganas...yang
melaungkan negara mereka negara keamanan dan polis dunia juga
sebenarnya menaja penganas juga seperti israel hahahaha..tapi betulll
jihad bukan sahaja dengan senjata..bukan dengan perbuatan
kejam...banyak lagi boleh berjihad..jihad dalam ekonomi,jihad dalam
ilmu dan banyak lagi lah..
3.Ucaptama
seminar pada hari ni disampaikan oleh YB Mejar Jeneral Dato Seri
Jamil Khir bin Baharom iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Seminar yang berlangsung jam 9.00 pagi ini telah berlarutan sehingga
jam 1.30 tengahari.Apa yang menarik walaupun aku tak berapa nak
setuju bab 1MDB yang diceramahnya namun bab2 agama aku suka Menteri
ni ceramah hahaha.. tak berubah masih seperti cara beliau sebelum
masuk politik seketika waktu dahulu..ceramahnya jelas..berfakta dan
tidak mengantuk untuk didengar...tapi bila masuk bab politik mual nak
muntah aku jadinya hahahaha..bab tanah tabung haji aku tak nak
komenla..mereka2 yang terlibat lebih mengentahuinya..kita terlepas
didunia..di akhirat belum tentu selamat hehehe..lagi pun bukan bidang
aku nak letakkan value tanah sekian sekian hahahaha..
4.Banyak
isu hal2 keselamatan Negara telah diulas dalam seminar pada hari
ni... terutamanya dari YDH SAC Dato Ayob Khan Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman..menurut beliau banyak jugaklah
tangkapan2 yang geng2 Counter Terrorism Bukit Aman
lakukan..kebanyakkan yang ditangkap dikatakan hendak ke syria untuk
sertai ISIS..menurut Dato Ayob ni lagi kebanyakan dari mereka adalah
terdiri dari golongan bijak pandai..ada lelaki dan ada
perempuan..mungkin mereka terpengaruh dengan jihad..seperti aku
katakan tadi banyak yang keliru tentang jihad..depa nak
berjihad..mungkin caranya salah..aku pun tak tahu niat mereka..hanya
mereka dan Allah maha mengentahuinya..rasanya jabatan agamalah yang
perlu memainkan peranan cukup penting untuk memperjelaskan,
memperbetulkan dan memberi penerangan dengan sejelas-jelasnya bab2
berkenaan jihad ini...
5.Hehehe
sebenarnya banyak yang disampaikan tapi bab2 keselamatan Negera ni
tak berani la aku nak nyatakan kat sini hahahaha..lagi pun seminar
tadi terlalu ringkas nak kejar masa katanya hahaha jadi bukan semua
dapat djelaskan dan diterangkan..1MDB kakakakakaka biarkan si luncai menjaga labu dan labinya muhahahaha..semua orang tahuuu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan