1.Salam
geng..harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Hari Khamis di Negeri Johor
kami kerja sampai jam 3.30 petang sahaja (Ikut jadual kerja kerajaan Negeri
hehehe), Setiap pagi Khamis juga macam
biasa kami kat pejabat perkeso Kluang akan adakan program bacaan Al Quran,
Program ini sebenarnya telah bertahun di jalankan namun atas beberapa sebab ia
terhenti buat seketika namun kini bersambung
semula bermula Ramadhan yang lalu. Program ini tidak mengambil masa yang lama
sekadar setengam jam sahaja termasuk bacaan Al Quran dan juga huraian
terjemahan nya sekali.Alhamdulilah dengan adanya aktiviti ini secara tidak
langsung setiap Khamis dapat juga kami membaca Al-Quran.
2.Alhamdulilah
program yang baik ini telah mendapat sambutan dari kalangan staff di sini..jadi
setiap pagi Khamis kami akan berkumpul dan membaca Al-Quran yang di pimpin oleh
seorang dari kami..dengan cara begini kita dapat membaca Al Quran dengan cara yang
betul tajwidnya dan selain itu dapat juga mendengar huraian terjemahan beserta
khidmat nasihat berkaitan ayat yang dibaca pada hari tersebut.
3.Selepas
program selesai adalah sedikit makan2 yang di taja oleh kakitangan kami sendiri
hehehe..kongsi makan apa yang ada, pakai duit poket sendiri je setakat ni
Alhamdulilah masing2 berebut2 nak bagi makanan hahaha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan