1.Wohaaa..salam geng, hehe masih dalam mood raya lagi ni hehehe..tak kira la raya ke tak raya nak jugak sentuh pasal perkeso yang aku dok habaq selalu hehehe bukan apa cuma di kesempatan ni aku nak bagitahu la sikit bab2 cuti sakit/mc ni hehehe kerap benar dah dok habaq tapi masih ada juga yang sentiasa hantar mc/cuti sakit yang tidak diiktiraf...makanya bila hantar cuti sakit/mc yang tidak diiktiraf maka pihak perkeso tak akan buat apa2 bayaran hehehe..
2.Sebab apa mc/cuti sakit tak diiktiraf???sebabnya cuti sakit yang tidak dikeluarkan oleh pihak perubatan yang diiktiraf dengan kata lain bukan dari doktor2 atau dari pegawai2 perubatan dan seumpama dengan nya...hangpa tahu tak sejak akhir2 ini tabib tradisional dan bomoh juga keluarkan mc/cuti sakit????hahahaha untuk maklumat cuti sakit yang dikeluarkan oleh pihak bomoh2 dan juga pihak tabib2 tradisional tidak boleh dan tidak diterima dalam sebarang urusan tuntutan dengan pihak perkeso..
3.Nasihat saya jika sakit kerana kemalangan di tempat kerja/kemalangan jalan raya semasa hendak ke tempat kerja atau balik dari kerja hangpa pertama sekali pergilah dapatkan rawatan di mana mana hospital kerajaan atau swasta atau mana mana Klinik kesihatan kerajaan atau swasta hehehe lepas tu hangpa nak pi tabib pi lahhhh tak dak sapa marah hehehe...pastikan cuti sakit dan MC yang diterima dan dikemukakan pada pihak perkeso adalah cuti sakit dan mc dari sumber yang aku dok nyatakan tadi ingat tuuu mc/cuti sakit dari tabib dan bomoh tradisional tidak boleh diguna pakai.Untuk dapatkan perkhidmatan tabib dan bomoh tak jadi masalah cuma mc dan cuti sakit yang depa keluarkan sahaja yang tidak boleh diguna pakai untuk tujuan yang aku nyatakan tadi hahaha jangan salah faham plak tu...kan tak pasal2 aku kena marah kat persatuan bomoh2 tradisonal dan tabib plak..
Askum admin
BalasPadamwasalam puan :)
PadamHehe...saya nak tanya saya baru je dpt hus pada kadar 72.8889/sehari..soalan saya kenapa pada slip gaji company saya carum max pd kadar 51.65 dan saya sendiri pada kadar 14.75..kalau tgk pada jadual caruman itu adalh nilai max utk gaji melebihi 3k..bknkah saya layak memdapat pada kadar 78.66??
BalasPadam