Isnin, 16 Januari 2017

balu terharu dan bersyukur terima Pencen Penakat Perkeso

1.Hari ni bersama rakan2 pimpinan masyarakat setempat ke sebuah kediaman di bandar tenggara untuk menyerahkan cek pembayaran Pencen Penakat Perkeso Alhamdulilah ramai jiran tetangga dan juga masyarakat setempat yang hadir, boleh sama sama memberi sokongan kepada balu Allahyarham yang baru meninggal dunia disebabkan sakit jantung, seperti yang aku terangkan sebelum ni, jika kematian berlaku dibawah umur 60 tahun dan mempunyai kelayakan caruman yang cukup maka balu/duda layak untuk menerima Pencen Penakat dari Perkeso Alhamdulilah percayalah ia sangat membantu untuk meneruskan kehidupan..
2.Dengan adanya kunjungan2 sebegini aku yakin sedikit sebanyak masyarakat sekeliling akan sedar dan maklum akan perihal wujudnya Pencen Penakat Perkeso ini..rugi kalau tak tahu..itu hak kita selalu dok tanya saya carum perkeso untuk apa kalau saya tak kemalangan hahaha ini lah salah satunya..bila kita mati belum capai 60 tahun inshallah anak bini kita ada pendapatannya :) Hehehe ringkas malam ni penat geng kikiki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan