Ahad, 8 Januari 2017

petugas kaunter sakit belakang/slip disc claim tuntutan penyakit khidmat dengan perkeso

1.Hari ni ke Opis Syarikat Air Johor (SAJ) hehehe bukan nak bayar bil air,bukan juga nak tengok awek2 cun kat sana kikiki..tapi siasat satu kes tuntutan penyakit khidmat prolapse lumbar disc/slip disc bla bla bla seangkatan dengannya sakit belakang senang cakap hahahaha..bla bla bla banyak cakap pun tak guna kalau tak paham kakakakaka bagi sakit belakang baru paham hahaha..sakit belakang ni banyak yang kena la ni ada disebabkan factor kerja dan ada yang bukan..pehh 3 jam jugak la dok kat opis SAJ ni kikiki
2.Sakit belakang/slip disc disebabkan kerja ada banyak sebab antaranya factor ergonomic bla bla bla duduk di kerusi tak betul,buat kerja yang berulang ulang bla bla bla pusing sana pusing sini berulang ulang lama2 sakit belakang kikiki,dalam kes aku hari ni kena pada pekerja kaunter bayaran..kaunter hanya ada dua sahaja dan pada tiap2 hari tak kurang 300 orang dok mai bayaq bil kat kaunter..kaunter plak agak jauh er er lebar la senang cakap terpaksa pekerja mendongak untuk ambil bil dari pelanggan..pastu bila pelangan bagi duit nak plak kena pusing kanan untuk masuk duit dalam drawer khas jadi kalau dalam 1 hari 300 pelanggan maka 300 kali lah dia dok pusing hahahahaha..kalau bertahun2 memangla sakit pinggang sakit belakang dik oiii kakakakaka..kalau macam ni dan boleh sakit disebabkan kerja maka memang wajar beliau mohon tuntutan penyakit khidmat dengan perkeso.

3.La ni untuk tuntutan penyakit khidmat perkeso hanya guna 1 borang sahaja iaitu boring 34..dalam tu ada laporan perubatan ambik dan suh doctor yang merawat hangpa isi laporan perubatan tu..pastu hantarla ke pejabat perkeso..kes kemudian disiasat dan selepas disiasat pesakit/pemohon/penuntut akan dirujuk ke Jemaah Doktor Khas (JDK)depa2 ahli JDK inilah akan putuskan hangpa mendapat penyakit khidmat atau sebaliknya..jika ada depa ni lah yang akan beri % cacat kekal penyakit khidmat tersebut hehehe sekian untuk hari ni hehehe

7 ulasan:

  1. As salam,saya mengalami slip dic dan telah membuat tuntutan penyakit khidmat keputusannya 0% lepas itu saya buat rayuan keputusannya pun 0%,soalan saya kalau sakit slip dics berulang boleh saya membuat tuntutan baru atau kena tunggu 3thn untuk membuat tuntutan ulangkaji

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam tuan azizul moga2 sihats elalu hehehe
      1.Slip Disc ni banyak penyebabnya tuan...hmmm ada disebabkan kerana kerja dan ada juga factor lain contohnya factor kehidupan dan gaya hidup kita..factor pemakanan kemalangan jalan raya jatuh pokok pun salah satu faktornya hehehe

      2.Ape pun boleh dibuat tuntutans emula selepas 3 tahun tak jadi masalah tuan,apa yang PENTING slip disc itu benar2 berpunca dari pekerjaan kita lakukan sehari hari...hm seringkali saya bagi contoh pekerja yang sentiasa bekerja angkat bebanan berat contohnya pekerja angkat tong gas tiap2 hari lama2 mengalami sakit slip disc itu adalah benar..dan banyak lagi la tuan hehehe sekadar contoh aje tu hehehe

      3.Jangan putus asa tuan JIKA BENAR tuan mengalami slip disc di sebabkan kerja Inshallah akhirnya tuan akan peroleh juga..Namun baisanya doctor yang merawat tuan akan maklum apa sebab sebenar slip disc berlaku...terkini ada juga disebabkan terlampau kerap mengambil minuman berais

      wasalam tuan

      Padam
  2. Bos.
    Sy didapti mengalami slip disc pd Aug 2016 disbbkan tergelincir semasa melawat premis customer sewaktu bekerja.
    Sy banker bahagian field visit collection.
    Rawatan susulan sy dibuat semula pd awal feb 2017 sah l5/s1 seperti sebelumnya di hospital yg sama.
    Sy disarankn utk claims socso.
    Sy bjumpa dgn pegawai socso sarankan sy claim tuntutan khidmat drp kemalangan. Sbbnya kejadian tu lambat dh 6 bulan yg lepas. Prosesnya akan susah. Majikan pun akan di fine n sbgainya.
    Sy dinasihati oleh peg fisio agar tuntutan lebih baik pd kemalangan.
    Katanya slip disc atas alasan memandu tidak kukuh jika diberikan.
    Pemanduan adalah aktiviti normal.
    Kerja sy mmg hari2 di luar utk lawatan premis clients yg berhutang.
    Katanya.. jika tuntutan atas kemalangan peratusnya lebih kuat diterima berbanding penyakit khidmat.
    Ni atas pengalaman yg beliau ketahui drp pesakitnya.
    Apakah saranan/nasihat drp tuan ttg kes sy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bossss sorry lambat reply jangan marah bosss :)
      1.Nasihats aya jangan sesekali buat tuntutan penyakit khidmat!!!!ini kerana tuan berlaku kemalangan DITEMPAT KERJA!!!pasai apa nak buat tuntutan penyakit khidmat??nasihat yang tuan terima itu TIDAK BETUL!!!

      2.Saya nasihatkan tuan buat tuntutan kemalangan ditempat kerja..jangan risau tentang kompaun itu...paling banyak pun rm1 ribu aje majikan kena..boleh di rayu pun hahahaha lagipun kalau alsan kukuh depa tak kompaun pun

      3.Tuntutan Penyakit khidmat adalah tuntutan penyakit BUKAN KEMALANGAN bro hehehe penyakit khidmat ini susah nak terima bro..dan ianya disebabkan kerja2 yang kita lakukan bertahun tahun contohnya kena slip disc sebab kerja terlalu berat pada setiap hari contoh hari2 angkat tong gas betatus tong naik atas lori hahahaha..itu logiknya dan bukan senang nak dapatkan tuntutan penyakit khdimat ini apatah lagi pihak doctor telah ada maklumat kemalangan bro..jangan cuba2 cari susah hehehe

      buat segera tuntutan kemalangan dan bukannya tuntutan penyakit khidmat kerana ia cukup rumit dan bro beum tentu dapat!abaikan nasihat yang karut itu.

      wasalam

      Padam
  3. Maaf bos.
    Sy masih ada beberapa persoalan.
    Seperti kenyataan di atas.. slip diwc sy berpunca drp tergelincir.
    Akan tetapi.. sy tidak declare pd panel klinik n hospital.
    Masih bolehkan sy tuntut atas kemalangan?
    Sy berjumpa dgn dr.. alasan sy tergelincir tsebut adalah perkara yg remeh utk di beritahu kerana tidak melibatkan pihak ke2 n ke3.
    Pemeriksaan ke2 sy baru sy tahu berhak utk mbuat tuntutan socso.
    Dr mgatakan pd laporan perubatan tidak boleh diletakkan tarikh kemalangan sy kerana tiada ulasan sy drp awal. Malahan majikan sy mengetahuinya.
    Kukuhkah alasan ni diguna pakai ileh sy semasa siasatan dan bagaimana peratusan atas tuntutan sy atau apakah yg perlu sy lakukan?

    BalasPadam
  4. Sy bekerja di kilang buat solar di kulim hi tech park dh dekat hampir 9 thun .kje sy ang kat solar berat 12 kg 1 panel 1 jam 200 panel.sebab body sy besar sy x diubah di mana mna tempat kje lain .jd masalahnya sekarang sy dh jd pingang meletup dh hampir 5 bulan dan x pernah jumpa doctor sakit pun than ja cuma pergi megurut sja.jadi tu waktu bekerja .selepas 5 bulan sakit ni menular lg teruk dan x boleh than bru jumpa doctor dan jln rawatan 40 hari mc dan 60 hari light duty.mslh nya skrng majikan sy tak terima dia ckp penyakit sy jd luar kerja adakah sy buleh clim socso

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro jeffben hahaha semoga cepat sembuh bro kalau sakit pinggang dan pinggan meletup sengsara wooooo..

      1.Dari apa yang diceritakan seperti diatas tu pada saya ia jelas adalah berkaitan KERJA!!!maka saya nasihtkan bro jeff untuk membuat tuntutan kepada pihak perkeso melalui tuntutan PENYAKIT KHIDMAT!!!

      3.Habaq kat majikan kalau tak faham sila mai baca kat blog saya ni kikiki..boleh buat tuntutan sapa kata tak boleh dan nasihats aya pada pihak majikan kes tuntutan Penyakit Khidmat ini ia lain dan berbeza sama sekali dengan jenis tuntutan kemalangan,pi la ke pejabat perkeso Kulim dan minta borang 34 Perkeso untuk tuntut penyakit khidmat INshallah pihak Perkeso Kulim akan bagi borang,depa baik2 belaka habaq hazri dari perkeso kluang kim salam hahahaha..kes2 penyakit khidmat memang mengambil masa yang lama untuk sakit dan ia normal sebab ia kesan jangka masa panjang!!!!kadang kala majikan tak faham sebab tu mereka kata bukan sebab kerja..kalau hari2 kerja berat memang sakit la jawabnya..apa pun yang akan putuskan bro mengalami penyakit khidmat adalah pihak JEMAH DOKTOR KHAS (JDK) bukan perekso yang tentukan dan bukan pihak majikan yang tentukan.

      4.Ok bro kalau tak faham lagi tido bawah rumah sat inshallah bangkit sat gi faam la apa uang aku habaq ni hahahaha

      wasalam

      Padam