Ahad, 8 Januari 2017

petugas kaunter sakit belakang/slip disc claim tuntutan penyakit khidmat dengan perkeso

1.Hari ni ke Opis Syarikat Air Johor (SAJ) hehehe bukan nak bayar bil air,bukan juga nak tengok awek2 cun kat sana kikiki..tapi siasat satu kes tuntutan penyakit khidmat prolapse lumbar disc/slip disc bla bla bla seangkatan dengannya sakit belakang senang cakap hahahaha..bla bla bla banyak cakap pun tak guna kalau tak paham kakakakaka bagi sakit belakang baru paham hahaha..sakit belakang ni banyak yang kena la ni ada disebabkan factor kerja dan ada yang bukan..pehh 3 jam jugak la dok kat opis SAJ ni kikiki
2.Sakit belakang/slip disc disebabkan kerja ada banyak sebab antaranya factor ergonomic bla bla bla duduk di kerusi tak betul,buat kerja yang berulang ulang bla bla bla pusing sana pusing sini berulang ulang lama2 sakit belakang kikiki,dalam kes aku hari ni kena pada pekerja kaunter bayaran..kaunter hanya ada dua sahaja dan pada tiap2 hari tak kurang 300 orang dok mai bayaq bil kat kaunter..kaunter plak agak jauh er er lebar la senang cakap terpaksa pekerja mendongak untuk ambil bil dari pelanggan..pastu bila pelangan bagi duit nak plak kena pusing kanan untuk masuk duit dalam drawer khas jadi kalau dalam 1 hari 300 pelanggan maka 300 kali lah dia dok pusing hahahahaha..kalau bertahun2 memangla sakit pinggang sakit belakang dik oiii kakakakaka..kalau macam ni dan boleh sakit disebabkan kerja maka memang wajar beliau mohon tuntutan penyakit khidmat dengan perkeso.

3.La ni untuk tuntutan penyakit khidmat perkeso hanya guna 1 borang sahaja iaitu boring 34..dalam tu ada laporan perubatan ambik dan suh doctor yang merawat hangpa isi laporan perubatan tu..pastu hantarla ke pejabat perkeso..kes kemudian disiasat dan selepas disiasat pesakit/pemohon/penuntut akan dirujuk ke Jemaah Doktor Khas (JDK)depa2 ahli JDK inilah akan putuskan hangpa mendapat penyakit khidmat atau sebaliknya..jika ada depa ni lah yang akan beri % cacat kekal penyakit khidmat tersebut hehehe sekian untuk hari ni hehehe

33 ulasan:

  1. As salam,saya mengalami slip dic dan telah membuat tuntutan penyakit khidmat keputusannya 0% lepas itu saya buat rayuan keputusannya pun 0%,soalan saya kalau sakit slip dics berulang boleh saya membuat tuntutan baru atau kena tunggu 3thn untuk membuat tuntutan ulangkaji

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam tuan azizul moga2 sihats elalu hehehe
      1.Slip Disc ni banyak penyebabnya tuan...hmmm ada disebabkan kerana kerja dan ada juga factor lain contohnya factor kehidupan dan gaya hidup kita..factor pemakanan kemalangan jalan raya jatuh pokok pun salah satu faktornya hehehe

      2.Ape pun boleh dibuat tuntutans emula selepas 3 tahun tak jadi masalah tuan,apa yang PENTING slip disc itu benar2 berpunca dari pekerjaan kita lakukan sehari hari...hm seringkali saya bagi contoh pekerja yang sentiasa bekerja angkat bebanan berat contohnya pekerja angkat tong gas tiap2 hari lama2 mengalami sakit slip disc itu adalah benar..dan banyak lagi la tuan hehehe sekadar contoh aje tu hehehe

      3.Jangan putus asa tuan JIKA BENAR tuan mengalami slip disc di sebabkan kerja Inshallah akhirnya tuan akan peroleh juga..Namun baisanya doctor yang merawat tuan akan maklum apa sebab sebenar slip disc berlaku...terkini ada juga disebabkan terlampau kerap mengambil minuman berais

      wasalam tuan

      Padam
  2. Bos.
    Sy didapti mengalami slip disc pd Aug 2016 disbbkan tergelincir semasa melawat premis customer sewaktu bekerja.
    Sy banker bahagian field visit collection.
    Rawatan susulan sy dibuat semula pd awal feb 2017 sah l5/s1 seperti sebelumnya di hospital yg sama.
    Sy disarankn utk claims socso.
    Sy bjumpa dgn pegawai socso sarankan sy claim tuntutan khidmat drp kemalangan. Sbbnya kejadian tu lambat dh 6 bulan yg lepas. Prosesnya akan susah. Majikan pun akan di fine n sbgainya.
    Sy dinasihati oleh peg fisio agar tuntutan lebih baik pd kemalangan.
    Katanya slip disc atas alasan memandu tidak kukuh jika diberikan.
    Pemanduan adalah aktiviti normal.
    Kerja sy mmg hari2 di luar utk lawatan premis clients yg berhutang.
    Katanya.. jika tuntutan atas kemalangan peratusnya lebih kuat diterima berbanding penyakit khidmat.
    Ni atas pengalaman yg beliau ketahui drp pesakitnya.
    Apakah saranan/nasihat drp tuan ttg kes sy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bossss sorry lambat reply jangan marah bosss :)
      1.Nasihats aya jangan sesekali buat tuntutan penyakit khidmat!!!!ini kerana tuan berlaku kemalangan DITEMPAT KERJA!!!pasai apa nak buat tuntutan penyakit khidmat??nasihat yang tuan terima itu TIDAK BETUL!!!

      2.Saya nasihatkan tuan buat tuntutan kemalangan ditempat kerja..jangan risau tentang kompaun itu...paling banyak pun rm1 ribu aje majikan kena..boleh di rayu pun hahahaha lagipun kalau alsan kukuh depa tak kompaun pun

      3.Tuntutan Penyakit khidmat adalah tuntutan penyakit BUKAN KEMALANGAN bro hehehe penyakit khidmat ini susah nak terima bro..dan ianya disebabkan kerja2 yang kita lakukan bertahun tahun contohnya kena slip disc sebab kerja terlalu berat pada setiap hari contoh hari2 angkat tong gas betatus tong naik atas lori hahahaha..itu logiknya dan bukan senang nak dapatkan tuntutan penyakit khdimat ini apatah lagi pihak doctor telah ada maklumat kemalangan bro..jangan cuba2 cari susah hehehe

      buat segera tuntutan kemalangan dan bukannya tuntutan penyakit khidmat kerana ia cukup rumit dan bro beum tentu dapat!abaikan nasihat yang karut itu.

      wasalam

      Padam
  3. Maaf bos.
    Sy masih ada beberapa persoalan.
    Seperti kenyataan di atas.. slip diwc sy berpunca drp tergelincir.
    Akan tetapi.. sy tidak declare pd panel klinik n hospital.
    Masih bolehkan sy tuntut atas kemalangan?
    Sy berjumpa dgn dr.. alasan sy tergelincir tsebut adalah perkara yg remeh utk di beritahu kerana tidak melibatkan pihak ke2 n ke3.
    Pemeriksaan ke2 sy baru sy tahu berhak utk mbuat tuntutan socso.
    Dr mgatakan pd laporan perubatan tidak boleh diletakkan tarikh kemalangan sy kerana tiada ulasan sy drp awal. Malahan majikan sy mengetahuinya.
    Kukuhkah alasan ni diguna pakai ileh sy semasa siasatan dan bagaimana peratusan atas tuntutan sy atau apakah yg perlu sy lakukan?

    BalasPadam
  4. Sy bekerja di kilang buat solar di kulim hi tech park dh dekat hampir 9 thun .kje sy ang kat solar berat 12 kg 1 panel 1 jam 200 panel.sebab body sy besar sy x diubah di mana mna tempat kje lain .jd masalahnya sekarang sy dh jd pingang meletup dh hampir 5 bulan dan x pernah jumpa doctor sakit pun than ja cuma pergi megurut sja.jadi tu waktu bekerja .selepas 5 bulan sakit ni menular lg teruk dan x boleh than bru jumpa doctor dan jln rawatan 40 hari mc dan 60 hari light duty.mslh nya skrng majikan sy tak terima dia ckp penyakit sy jd luar kerja adakah sy buleh clim socso

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro jeffben hahaha semoga cepat sembuh bro kalau sakit pinggang dan pinggan meletup sengsara wooooo..

      1.Dari apa yang diceritakan seperti diatas tu pada saya ia jelas adalah berkaitan KERJA!!!maka saya nasihtkan bro jeff untuk membuat tuntutan kepada pihak perkeso melalui tuntutan PENYAKIT KHIDMAT!!!

      3.Habaq kat majikan kalau tak faham sila mai baca kat blog saya ni kikiki..boleh buat tuntutan sapa kata tak boleh dan nasihats aya pada pihak majikan kes tuntutan Penyakit Khidmat ini ia lain dan berbeza sama sekali dengan jenis tuntutan kemalangan,pi la ke pejabat perkeso Kulim dan minta borang 34 Perkeso untuk tuntut penyakit khidmat INshallah pihak Perkeso Kulim akan bagi borang,depa baik2 belaka habaq hazri dari perkeso kluang kim salam hahahaha..kes2 penyakit khidmat memang mengambil masa yang lama untuk sakit dan ia normal sebab ia kesan jangka masa panjang!!!!kadang kala majikan tak faham sebab tu mereka kata bukan sebab kerja..kalau hari2 kerja berat memang sakit la jawabnya..apa pun yang akan putuskan bro mengalami penyakit khidmat adalah pihak JEMAH DOKTOR KHAS (JDK) bukan perekso yang tentukan dan bukan pihak majikan yang tentukan.

      4.Ok bro kalau tak faham lagi tido bawah rumah sat inshallah bangkit sat gi faam la apa uang aku habaq ni hahahaha

      wasalam

      Padam
  5. salam tuan.sya nk tya mn yg lebih bgus tuntutan khimat pekerjaan atau kemalanngan semasa bkerja

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam,
      1.Tuan tuntutan ini dua jenis faedah/jenis tuntutan yang berbeza sama sekali jadi ianya bukan pilihan tuan!

      2.Dengar kata mudahnya ia bergantung pada jenis atau punca kejadian berlaku..kalau kemalangan di tempat kerja atau perjalanan pergi balik kerja sudah pasti MESTI CLAIM dibawah tuntutan KEMALANGAN!dan jika penyakit diperolehi disebabkan kerja seharian dan berpunca dari kerja contohnya jika hangpa kita bekerja dalam suasana mesin yang bising pada setiap hari lama kelamaan pendengaran kita menjadi pekak MAKA IA MESTI DICLAIM BAWAH PENYAKIT KHIDMAT DAN TIDAK BOLEH DICLAIM BAWAH TUNTUTAN KEMALANGAN hahahaha banyak orang keliru disini tuan.

      wasalam

      Padam
  6. Assalamualaikum encik..sy mengalamai prolapsed lumbar disc S1/L5 & L4/L5 sejak 3thn lepas masa tu sy kerja kat company lama lg sebagai front office kat hotel first world tp sakit sy jd teruk bila mula keja sebagai call centre exec kat bank yg mana juga memerlukan sy duduk untuk tempoh lbh 8 jam sehari.Masa keja kat company lama pun keja sy sebagai front office kat hotel tu memerlukan sy duduk lebih 8 jam sehari sebab sy kena handle hotel check in customer lebih 100 org sehari dan sy dah keja selama 6thn lebih kat situ bahkan sebagai front office sy kena pakai high heels yg jugak merupakan salah satu punca sakit belakang.Tapi bila sy buat tuntutan penyakit khidmat JDK kata penyakit sy xde kaitan ngan kerja sy sb nye sy dah sakit slip disc lebih 3thn tp sy company baru 3thn. JDK bg surat kata keja front desk xde risiko slip disc?JDK x bg peluang sy cerita kat diaorg mcm mana keja sy dulu.Boleh ke sy buat rayuan lagi encik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam mis velvet semoga cepatla sihatnya hehehe
      1.Boleh puan..sudah tentu boleh buat rayuan ke Jemaah Doktor Rayuan Khas..caranya sila ke pejabat Perkeso tempat puan berurusan dan bagitahu kat depa nak buat rayuan ke JDR untuk kes penyakit khidmat yang ditolak..nanti depa akan bagi borang untuk puan isi maka puan isilah boring tersebut dengan penuh kecintaan hehehe gurau mis hahahaha..selepas isi dan tunggulah pihak perkeso akan panggil puan untuk hadiri Jemaah Doktor Rayuan Khas hehehe

      Padam
    2. My personal opinion, slip disc jangan lah hanya berdasarkan angkat2 berat sahaja, dengan teknologi sekarang, duduk menghadap computer lama di tempat kerja tu memang boleh jadi risiko, so JDK tak boleh la narrow down kata front desk work, office work menghadap computer takde risiko slip dics..saya mengambil pengalaman kawan saya, permohonan beliau juga ditolak JDK, bila refer pegawai SOCSO, katanya JDK akan consider slip disc yang angkat2 berat, kalau yang duduk menghadap computer jarang diluluskan

      Padam
    3. Saya pun ada buat tuntutan penyakit khidmat slip disc disebabkan long hour working with computer tapi tidak diluluskan. Menurut jemaah dr, sakit saya macam orang kerja kilang. Dr tidak percaya penggunaan komputer dan duduk sahaja boleh menyebabkan slip disc sedangkan dr pakar yang merawat menghalang saya menggunakan komputer kerana ia adalah punca kepada sakit yang saya alami. Confuse..

      Padam
  7. assalam tuan,

    saya antara y claim socso berikutan kemalangan tempat kerja. kerja sebagai teknikal dan melibatkan kerja berat.

    kene slip disc dan claim socso, dah selesai dgn jemaah doktor d hospital kulim.

    persoalan saya;
    -apa y d maksudkan % dari jemaah doktor?
    contoh saya doktor delare 9%, apa y d maksudkan 9% tu?

    -andai selepas 2-3 tahun, masihkah saya layak untuk claim atau ia hny 1 time claim sahaja?

    -andai selepas ni saya berhenti kerja, masih layak utk saya claim socso?

    -2011 saya kemalangan dn pernah claim socso, adakah ia akan ada kaitan dgn claim sy yang terbaru?

    minta pencerahan dr pihak tuan, terima kasih banyak atas perkongsian ilmu tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam terima kasih tuan sudi masuk blog saya ni
      1.Persen yang diberi Pihak Jemaah Doktor adalah merujuk kepada % kecacatan kekal yang x kan pulih hehehe 9% itu dalah CACAT KEKAL YANG BILA2 PUN TAK KAN PULIH maka pihak perkeso akan buat bayaran berdasarkan persen yang diputuskan Jemaah Doktor itu.

      2.Kecacatan kekal itu memang bersifat kekal oleh sebab ia tak kan pulih maka tiada lagi claim boleh dibuat atas kecederaan YANG SAMA kecuali ADA KEMALANGAN BARU!

      3.Namun begitu selepas 3 tahun kalau lah kecederaan kekal itu BERTAMBAH TERUK dari BIASA maka tuan boleh membuat Ulangkaji semula dengan pihak perkeso dan boleh dirujuk semula ke Jemaah doctor..caranya sila mohon dengan pejabat Perkeso yang tuan berurusan sebelum ini.

      hehehe harap tuan faham ayats aya ni belit2 sikit hahahaha

      wasalam maaf lambat reply sikit tuan.

      Padam
  8. Alhamdulillah
    Terima kasih tuan penjelasan...

    Cuma kalau sebelum ini saya pernah claim kemalangan jalan raya ke tempat kerja & kecederaan d lutut

    So, ia ada kaitan demgan claim kecederaan sekarang ke tuan?

    Moga tuAn sihat wal’afiat bersama keluarga tersayang
    Ameenyarabbal alamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin reima kasih puan atas doa..selagi saya sihat selagi tu saya kongsikan bab2 perekso ni hahaha nak kongsi ilmu lain saya tak tahu.

      2.Puan jika selepas ni berlaku apa2 kemalangans emasa kerja atau pergi/balik kerja boleh claim macam baisa dengan Perkeso tiada masalah!IA ADALAH CLAIM YANG BERBEZA puan!

      3.Kemalangan jalan raya walau berlaku banyak lai dan kecederaan hamper sama ia TETAP BOLEH CLAIM dengan Perkeso ITU HAK KITA tak jadi masalah dan tak menggangu mana2 claim yang kita buat puan hehehe perekso sentiasa Prihatin hehehe

      wasalam

      Padam
  9. Assalamualaikum En,
    Saya sekarang mengalami penyakit saraf, penyakit ni saya terkena secara tiba-tiba datang mengejut.Punca penyakit pun doktor tak dapat kesan, tpi doktor yang bagitahu penyakit saraf je,saya masuk wad selama 13 hari dan doktor merawat masukan ubat kat saya.mc smp skg 3 bulan lbh. 10 tahun lepas saya kerja swasta boleh di katakan hari-hari mengangkat barang yang agak berat dan skg dah kerja kerajaan,
    saya pergi pejabat perkeso dia bgt layak untuk mohon claim, skg saya dah hantar dokumen kat perkeso
    i) layak ke saya dapat pampasan penyakit saya ni
    ii) boleh x saya bgt jemaah doktor kemungkinan penyakit saya ni efect dari saya kerja swasta 10 tahun dulu,sbbnya saya lihat rakan saya ramai yang kena sakit pinggang dan belakang walaupun masih berkhidmat.

    terima kasih en.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam semoga tuan wan cepat pulih!!!
      1.saya kurang jelas apakah selepas tuan wan berhenti kerja 10 tahun baru tuan wan mengalamis akit saraf??kalau selepas 10 tahun bekerja baru mengalami sakit biasanya ia telah tidak terpakai untuk penyakit khidmat dimana penyakit khidmat ini berkuatkuasa/terpakai dalam tempoh 36 bulan selepas berhenti kerja yang terakhir itu..(rakan2 lain yang terbaca jawapan saya kalau ada tersalah tolong betulkan sebab saya ingat2 lupa akan Akta tersebut)

      2.Apa pun ia terpulang atas budi bicara dan pemeriksaan oleh pihak Jemaah Doktor Khas(JDK) yang akan memutuskan Tuan wan mengalami sakit saraf itu berpunca dari kerja atau faktor2 lain selain dari kerja.

      3.Biasanya dalam medical report pihak Doktor ada menulis di bahagian diagnosis PUNCA sakit tuan..kalau doctor menyatakan NOT RELATED to WORKPLACE mana amat tipis la untuk disahkan mengalami penyakit khidmat,YA memang tuan wan sakit namun sakit itu BUKAN disebabkan kerja.

      4.Apa pun saya doakan tuan wan Berjaya...kita usaha selebihnya serah pada Allah s.w.t melalui doa dan tawakal.

      wasalam

      Padam
  10. Salam encik..nama saya nizam..sy nak tanya penyakit sy slip disc ..di sebabkan selalu angkat barang berat semasa bekerja..boleh ke sakit saya nevdi kotogorikan penyakit khidmat? T kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam..tuan boleh mohon dibawah tuntutan penyakit khidmat..Inshalah pihak Jemaah Doktor Khas akan menentukan sama ada ianya berpunca dari kerja atau sebaliknya..

      2.Cubalah tuan ianya PERCUMA!

      Padam
  11. salam,

    saya nak tanya bil masa warded boleh ke claim dgn perkeso? sekian terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam
      1.Jika kemalangan itu berlaku ketika bekerja,ketika perjalanan pergi atau balik kerja atau dalam waktu rehat dibenarkan dan telah disahkan sebagai BENCANA KERJA oleh pihak PERKESO maka sudah tentu bil semasa menerima rawatan di wad boleh di claim/di tuntut dengan pihak Perkeso..bil2 itu kita namakan BAYARAN GANTI BELANJAN BGB.

      wasalam

      Padam
    2. ok terima kasih. bagaimana dgn penyakit khidmat? boleh claim jugak ke bil masa warded?

      Padam
  12. Salam tuan . Saya bekerja di sebuah kilang di kulim hi tech. Kerja saya ada berberapa process . Ada yg perlu duduk dan ada hari perlu ulang alik dan tunduk ambik product didalam freezer. Saya didapati mengalami slipped disc Di tulang L5 L4 dan telah menjalani pembedahan laser untuk merawat sakit itu dan diberi cuti rehat hospital selama 36 hari . Alhamdulillah penyakit semakin baik . Soalan saya . Jenis tuntutan manakah boleh dituntut saya di perkeso

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam tuan,semoga tuan cepat sembuh.
      1.Berdasarkan apa yang tuan ceritakan tadi saya berpendapat tuntutan Penyakit Khidmat paling sesuai untuk tuan pohon,mohonlah dengan perkeso pada kadar segera..

      2.Ambil borang tuntutan penyakit khidmat di mana mana pejabat perkeso terdekat dan laporan perubatan penyakit khidmat di hospital yang tuan dapatkan rawatan untuk slip disc tersebut dan hantarlah ke pejabat perkeso terdekat.

      wasalam

      Padam
  13. Salam.. saya ihsan..saya nak tanye.. saya mengalami slip disc kerana mengangkat barang Yang berat Dan saya baru sahaja berhenti bekerja.. bolehh saya claim socso???

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam bro Ihsan..bro boleh buat tuntutan dibawah penyakit khidmat sekiranya bro pada setiap hari kerja angkat berat dan lama kelamaan sakit belakang.

      2.Namun seandainya bro mengalami sakit belakang secara langsung/kemalangan bro kena claim dibawah tuntutan kemalangan caranya maklum pada pihak majikan dengan mengisi borang 34 Perkeso..so mana satu scenario sakit belakang bro Ihsan?kemalangan atau penyakit khidmat?

      Padam
  14. Assalamualaikum bro,

    Saya pegawai kastam dan saya disahkan mengalami penyakit extrapulmonary tb yang mana tb tersebut menyerang tulang belakang saya dan telah melakukan major operation pada T8, T9. Penyakit disebabkan saya terdedah dengan persekitaraan kerja disebabkan pemeriksaan warga asing. Sebanyak 10 skru telah dipasang bagi menampung tulang belakang saya. Berapakah percent huk sekurang kurang nya untuk kes ini? Saya telah melakukan tuntutan ex gratia untuk penyakit khidmat dan proses sangatlah lembap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam tuan Kastam tabik tuan ..semoga tuan cepat sembuh.
      1.Untuk makluman tuan PERKESO hanya untuk kakitangan dan pekerja di sector swasta sahaja tuan,Jika tuan pegawai Kastam maka tuan tak de kaitan dengan Perkeso dan tuan tidak mencarum dengan Perkeso maka perkeso tidak melindungi tuan.

      2.Mungkin tuan tersalah faham hehehe..Caruman PERKESO dan perlindungan PERKESO hanya untuk pekerja di sector swasta sahaja tuan,sektor kerajaan tak de Perkeso tuan dan tak de kaitan langsung dengan caruman Perkeso.

      wasalam

      Padam
  15. Assalamualaikum...
    Tuan empunya blogger ni dari mana? Sy ada few questions yg nk ditanya... Blhkah personal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam saya insan kerdil sahaja tuan..saya menulis pun tak seberapa..ilmu tak banyak lagi..cuma saya sampaikan apa yang ssedikit sebanyak saya tahu aje hehehe

      2.Mohon tuan ke mana mana pejabat perkeso terdekat dis eluruh Negara Inshallah mereka sedia membantu tuan.

      Padam