Khamis, 16 Februari 2017

tuntutan kemalangan perkeso adalah perkara biasa pegawai perkeso hadir ke rumah/hospital

1.Jangan risau jika hangpa terlantar di rumah kerana terlibat dalam kemalangan berkaitan kerja,tak kiralah kemalangan nak ke tempat kerja ke,balik kerja ke,atau sedang bekerja ke usah kuatir dan usah bimbang jika hangpa dihubungi pihak Perkeso untuk ditemuduga dan diambil pernyataan untuk siasatan..habaq ja kat depa hangpa sakit ada kat rumah Inshallah pegawai terbabit akan berkunjung ke rumah hangpa...hangpa tunggu aje kat rumah..hehehe itulah Perkeso sentiasa prihatin..tapi tu lah nak puaskan hati semua pihak bukan mudah hahaha lagi2 yang tak faham depa main bantai aje kah kah kah tapi takpa itu tak jadi masalah kat sini aku sedaya upaya akan bagi segala info setakat yang aku mampu dengan harapan banyak lagi orang2 kita tahu hak2 mereka bila mana ditimpa kemalangan dan musibah berkaitan kerja hehehe panjang intro malam ni hahaha..
2.Apa yang paling penting dan mustahak adalah hangpa selepas kemalangan tu kena habaq kat majikan cepat2 jangan dok tunggu sihat dulu baru nak habaq kat majikan masa tu sudah lambat la..bila lambat majikan pulak lambatla nak hantar Laporan Kemalangan kat Perkeso bila lambat majikan hantar nanti hangpa salahkan Perkeso lambat selesaikan kes wakakakaka tu lah yang biasa berlaku jenuh nak habaq jenuh nak jelaskan tangtu jugak dok salahkan Perkeso hahahahaha..tapi takpa dah kalih dah ehhh hahahaha..sebaik baiknya tanya dulu diri sendiri bila habaq kat majikan dan bila majikan hantar laporan kakakaka nah situlah jawapannya kikikiki..bukan nak cepat2 tuding jari bla bla bla lambat kakaka bla bla bla mengadu kat media kah kah kah..
3.Cara paling senang bila terlibat dalam kemalangan ni lepas habaq kat majikan kalau kemalangan jalan raya kena la report polis..jangan tunggu sihat dulu baru nak buat report polis antara sebab paling banyak kes lambat adalah lewat nak buat laporan polis tentang kemalangan jalan raya sama ada nak balik kerja atau pergi kerja hehehe ada banyak sebab depa dok main2 lambat buat lapor polis ni..ada kata nak tunggu sihat dulu ada yang dok berperang sebab lesan tak dak hahahaha mana2 pun laporan polis WAJIB dibuat!bab saman polis tu hangpa bayaq la kikikiki yang penting tuntutan hangpa dengan Perkeso dapat diselesaikan dengan cepat,lagi satu Peta Lakar..astik tertinggal aje benda ni bukan payah pun hangpa buat aja lakaran arah perjalanan semasa nak pi kerja tu atau semasa nak balik kerja tika kemalangan lah..senang aje ehhh ini pun satu hal kadang2 bila kita kuiri minta peta lakar ni mau berminggu minggu majikan nak balas hahaha mau kes tak lambat!!!hahaha bila lambat respon maka lambatla kes selesai bila lambat selesai lambat la bayar loooooo hahaha mudah nak faham kikikiki..dalam blog aku nak ada post2 yang cukup lengkap aku dok habaq cara nak buat tuntutan supaya dapat membantu percepatkan proses tuntutan cara yang betul kikiki hangpa cari kompem ada lah!
4.Hehe berbalik pasal isu lawatan pegawai Perkeso ke rumah atau ke Hospital atau mana2 tempat yang pesakit terlantar tak jadi hal ia sudah pasti akan membantu hangpa dan mempermudahkan urusan hangpa sebenarnya hahaha jangan dok takut jangan dok kalut depa ni tak minta apa2 pun depa ni tak minta untuk di hiding dengan makanan atau air minuman pun hahahaha takpa ehhh sebab depa bekerja bukan nak pi makan angin hahahaha..geng lebih puas hati sebenarnya jika dapat melawat dan mengambil pernyataan pesakit di depan mata hehehe ambil plak tanpa menyusahkan depa keluar dari rumah/hospital aduhhh perkhidmatan macam mana lagi hang dambakan hahahaha wahai pencarum perkeso kikiki..Perkeso tak susah proses tuntutannya jika kita di PIHAK YANG BETUL itu saja..tak salah jika kita tak tahu untuk bertanya..aku amat suka orang bertanya ni kita boleh salur maklumat yang betul..kalau kita tahu dan faham peraturannya kita tak kan sumpah seranah yang bukan2 dan menabur cerita yang bukan2 seakan akan tuntutan Perkeso itu amat rumit dan payah sehingga melahirkan katakutan pada pencarum untuk membuat tuntutan perkeso..itu satu bidaah yang sungguh menyedihkan jika ada yang termakan dan mempercayainya!
 
 
 
 
 
 

73 ulasan:

  1. salam...adik saya kemalangan masih di rawat di hospital n dia masih tak stabil..mcmn nak buat ripot polis n klim perkeso

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam semoga adik bro cepat sembuh!
      1.Sila maklum pada pihak majikan terlebih dahulu berkenaan kemalangan yang menimpa adik bro
      2.Laporan Polis perlu dibuat SEBAIK SAHAJA ADIK sihat dan boleh memberi laporan pada pihak polis.
      3.Keluarga boleh juga membuat laporan polis awal untuk adiknya sebagai laporan polis sokongan.
      3.Untuk claim perkeso semuanya MAJIKAN YANG PERLU BUAT bukannya keluarga bro atau bro

      wasalam

      Padam
    2. Salam tuan,harap dapat bantuan nasihat daripada tuan.

      Saya telah mendapat kecederaan akibat kerja harian saya.

      Kecederaan dalaman di tapak kaki, pada kedua belah kaki (plantar facities)

      Kecederaan ini sudah hampir 1 tahun.
      Akibat kecederaan ini, saya tidak dapat bertugas di lapangan.
      (Pembaca meter air selangor).
      Hanya bertugas light duty di pejabat.
      Akibatnya pendapatan saya kurang sebanyak rm 1500 selama 7 bulan ni.
      Kerana jika bekerja di tapak, saya menerima insentif & elaun miliage.

      Saya telah membuat tuntutan pada perkeso, mereka memasukkan ini dalam ketegori penyakit khidmat.

      Dan saya telah berjumpa dengan Jemaah doktor Hospital klang.

      Selang 2 minggu, menerima surat socso, mengatakan pihak mereka telah menolak tuntutan saya, dan mereka mengatakan ia bukan penyakit khidmat.

      Sedangkan
      Kesakitan ini berpunca dari aktiviti kerja saya.
      Membuat bacaan & menghantar bil2 air kesetiap rumah.

      4-6 jam berjalan kaki setiap hari semasa membuat tugasan ini.
      Dan perlu memakai safetyboot.

      Jadi saya keliru sekarang.
      Adakah kecederaan yg saya alami ini tidak boleh dibuat tuntutan?

      Jika boleh, bagaimana caranya..

      Faizuddin dasuki

      Padam
    3. waalaikumusalam din,
      1.Ada beberapa sebab kadangkala tuntutan penyakit khidmat gagal,adakalanya LAPORAN PERUBATAN yang dikeluarkan oleh pihak Hospital yang merawat din ada kalanya tidak sangat membantu..(itu agakan saya sahaja)hehehe...sebab kebanyakkan tuntutan penyakit khidmat selain dari siasatan pegawai perkeso ia juga bergantung kepada laporan perubatan yang din kemukakan,Pihak Jemaah Doktor Khas wajib membaca laporan perubatan itu..kalau laporan perubatan itu tidak membantu sudah pasti berlaku PENOLAKAN.

      2.Nasihat saya saudara din jangan putus asa..Din boleh kemukakan RAYUAN kes tuntutan din ini KES JEMAAH DOKTOR RAYUAN (JDR)sila buat rayuan ke JDR ini dengan SEGERA din

      wasalam

      Padam
    4. assalammulaikum
      tumpang tanya
      untuk mndaptkan borang 8a siapa yg perlu utk dptkan borang tersebut?samada pihak majikan sndri yg dptkan borang tersebut atau org ditimpa kemalangan sndri yg perlu dptkan borang tersbut?trima ksih bos..��

      Padam
  2. Assalamualaikum

    Saya kemalangan kat tempat kerja, terjatuh pump anggaran 150kg hempap ibu jari kaki kanan. Pemeriksaan dapati tulang jari kaki patah. Sekarang saya terlantar kat rumah dapat MC 22 hari.

    Kemalangan berlaku pada 1/3/17 dan sekarang dah 10/3/17.
    Majikan saya masih belum buka file dekat socso.

    Soalan saya,
    1. Berapa lama masa yang ditentukan socso untuk kemukakan tuntutan?
    2. Apakah jenis tuntutan yang saya boleh buat?

    Terima kasih
    Harap tuan balas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam bro,
      Saya doakan bro cepat sembuh dan dapat kembali bekerja untuk menyara keluarga tercinta :)
      1.Kemalangan yang berlaku di tempat kerja adalah menjadi tanggungjawab pihak majikan untuk melaporkan pada pihak perkso dengan kadar segera..lagi cepat cepat lapor pada pihak perkeso lagi baik dan lagi cepat pihak perkeso membuat proses bayaran HUS/MC.

      2.Biasanya majikan akan mengambil masa 1 bulan hehehe itu normal bro..kalau lebih 3 bulan kita kasi kompaun itu majikan hahaha biaq depa rasa macam mana sengsaranya pekerja yang diabaikan kikiki..kompaun rm1 ribu..

      3.Bro mula2 minta majikan buat tuntutan HUS(Hilang Upaya Sementara)dahulu dimana kita akan bayar cuti sakit bro dan bro juga boleh tuntut bil2 perubatan dengan pihak perkeso setelah kes bro disahkan sebagai bencana kerja!

      3.Bila bro telah sihat dan JIKA ada cacat kekal contohnya Ibu jari kaki kanan tadi tidak boleh bengkok maka bro buatlah tuntutan HUK(Hilang Upaya Kekal)dengan bahasa mudahnya buat tuntutan CACAT KEKAL hehehe

      wasalam

      Padam
    2. Assalamulaikum

      Saya ada sedikit kegusaran.
      Sekiranya perkeso bayar untuk tuntutan mc, bolehkah company tolak daripada gaji?

      Contoh;
      Gaji 3000
      Socso bayar 1500
      Jadi 3000 - 1500 = 1500
      Hanya 1500 company akan bayar untuk gaji.

      Padam
  3. Salam tuan.

    Peta lakar tu, kita kena buat sendiri ya? So kalau kita kena buat sendiri, perlu sama ke dengan peta lakar yg ada pada pihak polis & peguam?

    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam bro,
      1.Peta lakar tu kita buat la bro..cumnya untuk peta lakar bagi perkeso ia lebih detail dari peta lakar polis hahaha..

      2.Peta lakar tersebut hendaklah menunjukkan arah perjalanan bro dari mana hendak ke mana dan tempat kemalangan mesti ditandakan hehehe senang aje bro dalam blog ni saya ada bagi contoh bro cuba cari pasti jumpa hehehe

      wasalam

      Padam
  4. salam sejahtera
    saya ingin bertanya. adakah HUK dibuat setelah tamat MC yang diberikan doktor dan untuk memohon tuntutan HUk adakah melalui majikan juga atau pekerja sendiri bole menghantar permohonan.

    BalasPadam
  5. betul tu tuan...HUK hanya boleh dibuats etelah habis MC dan HUK boleh dibuat oleh pekerja sendiri no problem hehehe

    BalasPadam
  6. Salam saya ingin bertanya tuntutan perkeso jika ingin pergi ke tempat kerja saya yang buat atau majikam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam bro majikan la buat bro dah kemalangan dok diam2 rumah la hahahaha..

      2.Sdalah kewajiban majikan untuk lapor kemalangan yang menimpa pekerjanya pada pihak Perkeso tak lapor maka majikan boleh dikenakan kompaun dan pekerja boleh membuat aduan ke pejabat Perkeso terdekat

      wasalam bro selamat hari raya hahaha

      Padam
  7. assalam..maaf bertanya..
    anak saya kemalangan meninggal ..beliau dari kedai mkn kdian dlm pjlan pulang ke rmh dn mahu masuk kerja ..
    boleh uat tuntutan tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam tuan mohon maaf banyak2 lambat respon banyak sangat soalan dari rakan2 kita yang lain
      1.Saya kurang faham sedikit persoalan yang tuan ingin sampaikan,pertamanya Arwah kerja di mana?apakah ia dicarumkan dengan pihak perkeso?sebenarnya untuk membuat tuntutan dengan pihak perkeso berkaitan perjalanan ke tempat kerja ia sudah pasti bermula dari rumah dan terus ke tempat kerja dan jika berlaku kemlaangan maka ianya SAH bercana kerja tanpa apa apa lencongan.

      2.Dalam kes ini saya tak pasti perjalanan arwah bermula dari mana dan hendak kemana saya berharap tuan boleh perincikan agar saya boleh memberi sedikit pandangan

      Padam
  8. Saya x de lesen boleh ker claim pkeso...saya kemalangan slpas keje...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam puan Ros..
      1.No problem puan boleh buat tuntutan dengan pihak PERKESO walaupun puan tiada lessen memandu namun LAPORAN POLIS kemalangan perlu dan wajib dibuat juga..puan kemalangan semasa dalam perjalanan balik kerja ke?Setiap kemalangan jalan raya perlu laporan polis tak jadi masalah walau tiada lessen namun laporan polis perlu puan buat.

      wasalam

      Padam
  9. Assalam. Abang sy kemalangan dgn kereta. Patah jari kaki pd dua2 kaki..doc masukkan besi dan d jangka 6-8 bln bru boleh berjalan. Persoalan skrg abg sy keje kampung dan dlu pernah mencarum perkeso semasa kerja pengawal keselamatan. Blh ke ang saya membuat tuntutan. Report polis dah buat. Abg sy berumur 50 thn. Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam kim salam kat abang semoga beliau cepat sembuh!
      1.Kemalangan abang saudara/ri tiada kaiatan dengan kerja makan tiada tuntutan boleh dibuat dibawah skim bencana kerja perkeso.

      2.Walaubagaimanapun sekiranya memerlukan pemulihan/bantuan alat pemulihan/fisioterapi saudara/saudari boleh membuat semakan dnegan pejabat perkeso terdekat untuk menyemak kelayakan caruman abang saudara/ri sama ada layak untuk membuat tuntutan pencen ilat atau sekadar memperoleh bantuan ilat cubala saudara/ri bantuan ilat boleh dipohon sekurang kurangnya mempunyai 12 caruman.bantuan ilat ini ia mengikut pengesyoran Jemaah doctor kalau dapat kemudahan rehabilitasi sudah cukup2 baik!

      Padam
  10. Assalamualaikum.. Baru2 ni Abang saudara saya kemalangan selepas waktu bekerja..pada masa yg sama dia baru saja bekerja 1 minggu Di sebuah syarikat.. boleh ke dia membuat tuntutan socso?? Mohon penjelasan sikit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam bubu hehehe
      1.Abang saudara kemalangan masa balik kerja ka bubu hehehe best lak sebut nama bubu ni bahahaha..

      2.Bubu kalau kemalangan tu masa perjalanan balik kerja boleh aje bubu claim dengan pihak perkeso,minta majikan isi borang 34 dan hantar ke pejabat perkeso.BOLEH CLAIM!

      Padam
  11. Assalam bro..boleh ke buat tuntuntan socso bagi yg baru bekerja seminggu lpstu kemalangan? Dan kmlgn brlaku selepas waktu bekerja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam bro yoooo da sihat ka bro..hope cepat sihat lah..
      1.Boleh bro kalaus ehari bekerja pun boleh!!!Namun kemalangan tu kena berlaku dalam perjalanan balik kerja,semasa bekerja atau perjalanan dalam waktu rehat dibernarkan atau kemalangan yang berkaitan kerja...heheh bro kemalangan masa nak pi mana????

      2.Kalau kemalangan masa balik kerja bro boleh minta pihak majikan isi borang 34 perkeso dan hantar ke perkeso terdekat dengan segera!!!hahaha hantaq aje lah borang nanti depa siasat

      wasalam

      Padam
  12. Assalamualaikum.. sy hendak bertanya, sy bru kemalangan moto jatuh sendiri waktu nk ke kerja.then skrg mc selama sebulan disebbkan jari patah.tp sy tak ada lesen,n moto pon nama sy sendiri..betulke xdapat nak mohon socso sekiranya tiada lesen?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam bro..semoga cepat sihat!!!
      1.Tntutan perkeso tetap boleh dibuat walaupun tiada lessen motor bro..sapa yang pandai2 cakap tak boleh buat tuntutan perkeso/socso kalau kemalangan tak de lessen???itu maklumat yang SALAH!!!

      2.Tuntutan kemalangan boleh buat tak jadi masalah!bro buat aje laporan Polis kemalangan tu dan bayar aje saman polis tu habis cerita hehehe socso tetap boleh claim tak jadi masalah!!!jangan dok dengar maklumat yangs alah dari sumber yang tak tahu apa2..hahaha

      wasalam

      Padam
  13. Assalammualaikum, saya nak tanya, suami saya kemalangan semasa balik dr tempat kerja pada awal tahun ni, dan tangan retak, pada tapak tangan,dan telah dapat tuntutan socso.

    Tadi pagi dia jatuh motosikal lagi, semasa nak pegi kerja, baru balik klinik kesihatan untuk xray, jari patah pulak. Dia diarah untuk rujuk ke hospital. Bolehkah dia dapat tuntutan perkeso lagi sebab ni dah kali kedua dia kemalangan tahun nie.

    Tq so much...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam puan ayu cun..semoga suami puan cepat pulih Allah huakbar ada rezeki kasi jual itu motor asyik kemalangan aje hehehe
      1.PUan TIADA MASALAH LANGSUNG sila puan maklumkan pada suami puan beliau LAYAK buat tuntutan dengan pihak perkeso itu hak beliau siapa yang boleh menafikannya!!!

      2.Saya dan pihak perkeso amat mengalakkan tuntutan segera dari pihak suami puan hehehe..sebab beliau memang layak itu hak beliau dan kemlangan itu berlaku semasa nak ke tempat kerja untuk makluman pihak perkeso tiada HAD berapa kali kemalangan itu lah perkeso prihatin..kemalangan la berpuluh kali sekali pun untuk ke tempat kerja atau balik kerja atau semasa bekerja ia BOLEH CLAIM!!!!

      wasalam puan :)
      Jangan malu2 jangan segan2 ITU HAK KITA
      Claim aje dengan PERKESO
      PERKESO PRIHATIN!!

      Padam
  14. salam bro..nak tnye.sye dlm pjlnn nk pgi kje..lepas tu kmlgan dan mglami tgn ptah..cuti diberi mc slame 1 bulan stgah..brapakah gaji yg spatutnya dibyar dan siapa yg mmbyr majkan atau pekeso..dan bgaimana nk buat tuntutan

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam bro hahaha
      1.Semoga cepat sembuh..majikan perlu lapor kemalangan terdebut pada pihak perkeso dengan mengemukakan borang 34 hahaha ini bukan kerja bro ini kerja majikan maka biar depa yang isi borang dan hantar ke perkeso..bro rehat cukup2 da tenangkan fikiran hehehe makan ubat ikut waktu hehehe kalau majikan enggan lapor atau tak nak buat maka sila buat aduan segera pada pihak perkeso.

      2.Tentang bayaran tu tunggu kes disahkan bencana kerja baru perkeso bayaran bro

      Padam
  15. salam saya nak tanya saya kemalangan lepas balik kerja on the way ke rumah nenek di melaka bole ke buat tuntutan sokso?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam bro hahaha kemalangan dengan apa bro langgar lembu ka?
      1.Bro kerja kat mana?balik kerja tu balik ke kampong lepas kerja ka?atau esoknya cuti hujung minggu bro?apakah rutin bro selalu pulang ke rumah nenek selepas balik kerja?

      2.Nasihat saya bro hantar aje dulu tuntutan dengan pihak Perkeso biar pihak perkeso putuskan ianya boleh atau tidak hehehe..kalau bro habis kerja terus pulang ke rumah nenek inshallah ia boleh!!!Namun kalau habis kerja maka bro pulang ke rumah bro dulu dan lepas tu baru nak pulang ke rumah nenek maka ia TAK BOLEH!!!

      wasalam

      Padam
  16. Salam,nk tanye HUS boleh tuntut lepas habis MC ke atau lepas naik keje.. Saya bru lps operate bahu sbb xsiden kt tmpat keje

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam bro..semoga cepatlah bro sihat hehehe
      1.Bro seringkali saya nyatakan bahawa tugas untuk membuat tuntutan kemalangan pekerja adalah tugas dan tanggungjawab PIHAK MAJIKAN..bro rehat aje looooo

      2.PIhak majikan perlu SEGERA membuat tuntutan kemalangan dengan mengisi borang 34 Perkeso dan hantar segera ke pejabat perkeso dengan melampirkan cuti sakit sekurangnya 4 hari,puck card bulan kemalangan dan slip gaji enam bulan ke belakang sebelum bulan kemalangan!!!

      3.Habaq kat majikan bro jangan duk tunggu bila sihat dan bila habis MC baru nak claim PERKESO tu dak lambat sangat dah tu tuan oiiii hehehe..mintak majikan segera lapor kemlangan pada pihak PERKESO..SEGERA

      Padam
  17. Salam.
    Saya baru berkerja dalam 2hari. Majikan belum sempat daftar sosco semasa saya kemalangan.
    Putus hujung ruas jari telunjuk kanan. Maka adakah saya dilindungi dan layak claim sosco?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam bro..semoga cepat sembuh bro.
      1.Sudah pasti pihak PERKESO melindungi Bro hehehe..bro layak mendapat tuntutan dan faedah dengan pihak perkeso!

      2.Minta majikan lengkapkan boring tuntutan kemalangan iaitu boring 34 dan segera hantar boring tersebut ke pejabat PERKESO terdekat!!!

      Padam
  18. Assalamualaikum...

    Keje gomen blh claim socso ke boss?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam tuan,
      Hehehe terima kasih bertanya tuan..Perkeso hanya melindungi pekerja dis ektor swasta dan badan berkanun yang wajib membuat caruman dnegan pihak Perkeso..untuk pekrja badan kerajaan/awam ianya TIDAK dilindungi Perkeso hehehe..

      wasalam

      Padam
  19. Assalamualaikum..sy nak tanya sikit.sy nie jari putus kne mesin sewaktu berkeje.setiap kilang mesti ade insuren kilang kn..socso sy pon di lambat2 kn..macam mane sy nk buat bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam Bro..semoga bro cepat sembuh..
      1.Nasihat saya kalau kilang bro lambat buat tuntutan ke Perkeso ada lebih baik bro jumpa HR Kilang Tanya depa dah hantar ke belum laporan kemalangan pada pihak Perkeso..kemalangand alam kilang paling lambat kena hantar dalam tempoh sebulan kalau tak depa kena kompaun!!!

      2.Kalau depa lambat dan tak buat jugak maka lebih afdal bro hadir ke Perkeso terdekat dan buat aduan...heheh bila aduan dibuat mau tak mau depa kena selesaiakan dalam tempoh 7 hari bro kikikiki

      Padam
  20. Saya sudah pulang kerja dan telah sampai di rumah ,beberapa jam kemudian saya keluar ke kedai, dalam perjalanan pulang ke rumah (50m dari rumah) sy kemalangan dan patah tulang pipi, boleh kah sy membuat tuntutan socso?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuntutan Perkeso dalam kes tuan tidak layak memandangkan perjalanan tuan dari tempat kerja telah sampai ke rumah,Perkeso hanya melindungi pekerja melibatkan perjalanan balik kerja dan pergi kerja dan semasa bekerja sahaja,dalam kes tuan perjalanan tuan telahs elesai untuk perjalnan pulang dari kerja dengan tuan telah sampai di rumah,Perbuatan tuan keluar semula dari rumah adalah atas sebab peribadi maka ia tidak boleh untuk membuat tuntutan degan Perkeso.

      terima kasih

      Padam
  21. Assalamualaikum . Pada 11/8/18 Saya Eksiden Menuju ke Rumah masa balkk kerja bertembung dengan basikal . Dia pecah kepala saya patah kaki dan keting.Boleh Ke Claim ?umur Saya 18 .Gaji 1000 .kerja 8 bulan .Majikan Dah buat borang perkeso tapi belum Hantar rasanya .Mc Leaves Saya Dah Habis Digunakan sebab Bulan lepas saya masuk sebab tibi . Baru je Sehari kerja .terus eksiden . Betul la orang ckp malang tak berbau . Ni mesti saya dapat mc 3-4 bulan dari doktor.nanti majikan cakap mana boleh guna sebab dah habis . Boleh ke dia buat Gitu ?boleh ke claim mc 3-4 bulan dari perkeso HUS eh ?Apa stepnya seteruznya ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam hehehehe la ni macam2 kemalangan bro dengan basikal tu biasa kikiki yang luar biasa kemalangan langgar landak pun ada bro hahahaha..landak tak mati rileks aje si langgar patah kaki hahaha..

      2.Jangan risau bro Insaallah boleh aje claim dengan pihak Perkeso jika sekiranya majikan ada daftar dengan Perkeso hehehe no problem!So inshallah bro rehat sambil makan ubat yang diberi pihak doctor..dan tugas majikan akan menghantar laporan kemalangan pada pihak Perkeso dengan mengisi borang 34..sila beri pada majikan mc/cuti sakit yang bro terima dan juga laporan Polis kemalangan tersebut.

      3.Pihak Perkeso akan buat siasatan bila menerima laporan kemalangan ini dan jika sah perjalanan itu balik kerja dengan tiada lencongan Inshallah Perkeso akan membayar cuti sakit bro hehehe..

      wasalam,

      Padam
  22. Assalamualaikum tuan.

    Suami saya kemalangan semasa kerja. Terputus jari kelingking pada 8/7/2017. Sehingg sekarang pihak perkeso masih belum memberi sebarang respons. Brp lama tuntutan ini boleh diselesaikan. T.kasih tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam semoga puan dan suami dalam keadaan sihat sentiasa,
      1.Puan mengikut tarikh kemalangan yang puan nyatakan diatas iaitu pada 8.7.2017 adalah terlalu lama..agak mustahil perkeso belum memproses tuntutan suami puan secara logiknya..saya cukup risau jika berlaku beberapa situasi:
      I)Apakah majikan suami puan telah lapor kemalangan pada pihak Perkeso??saya cukup risau jika majikan kata ada lapor pada perkeso namun rupanya TIDAK lapor!!!situasi itu kerap berlaku puan..

      ii-Saya juga risau dokumen tidak sampai pada perekso..atas faktor2 sama ada boring dipos atau sebgainya..

      iii.situasa ke 3 adalah lagi merisaukan ada kes suami yang claim dah dapat akan tetapi habaq kat isteri tak dapat lagi..banyak berlaku termasuk satu kes di batu pahat yang viral tempoh hari.

      2.Puan situasi diatas hanya sekadar situasi yang kerap berlaku sahaja tak semestinya betul,NASIHAT SAYA PUAN SEGERA KE PEJABAT PERKESO YANG MENGURUS TUNTUTAN SUAMI PUAN DAN SILA BERJUMPA PEGAWAI YANG MENGURUSKAN TUNTUTAN SUAMI PUAN DAN TANYA STATUS TUNTUTAN SUAMI PUAN.

      saya amat berharap puan reply semua kepada blog sya setelah uan dapat maklumat kes semua puan itu.

      sekian terima aksih

      Padam
  23. Salam..saya nk tumpangttanya .. PadaP15/6/18..saya jatuh di tmpat kerja . Dan memenyebabkan.. Kecederaan.. Elbow dislocation.. Mc 33hari. . HUS.. Sudah terima. Tapi Sampai sekarng tangan saya tidak boleh lurus sepenuhnya... Bolehkah saya buat HUK.. Adakah saya perlu berjumpa doktor lagi..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam bro boleh buat tuntutan Hilang Upaya Kekal (HUK)pi ambik borang HUK(hilang Upaya Kekal) kat pejabat Perkeso..pastu dalam borang tu ada laporan perubatan..maka belilah laporan perubatan dengan hospital yang merawat bro tuuu..kena guna format laporan perubatan yang ada dilampirkan bersama borang HUK tadi.

      2.Bila dah dapat laporan perubatan maka hantarlah ke pejabat Perkeso yang bro berurusan semasa HUS.

      wasalam

      Padam
  24. ASSLM,maaf nk tnya,pekerja sy kemalangan semasa dia buat kerja luar(outstation) die putus ibu jarisedikit,doctor ckp klau dlm masa seminggu luka tak kering die akan potong ,jadi mcm mna ye sy nk buat tuntutan,,sbb ni bukan kemalangan jln raya,,ni kemalangan semasa betulkan tayar lori,,kene buat report ke,,apa perkara pertama yang sy perlu buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam puan..bagus puan ni majikan Prihatin!
      1.Puan minta pekerja buat laporan polis,kena buat sebab ia berlaku bukan dalam premis jangan risau laporan polis biasa sahaja X KENA SAMAN punyer puan hehehe..bayaq RM2 sahaja.

      2.PUan bolehlah mengisi borang 34 tuntutan kemalangan perkeso hehehe jangan lupa lengkapkan sebaik mungkin dan disertakan bersama :
      i.puch card atau rekod kedatangan bulan kemalangan kalau kemalangan bulan jun maka puch card atau rekod kedatangan kerja bulan jun la kena fotostat
      ii.MC/Cuti sakit original pekerja.
      iii.Slip gaji enam bulan sebelum bulan kemalangan hehehe kalau kemalangan bulan JUN jadi slip gajinyanya enam bulan ke belakang bermula bulan MIE hehehe.
      iv.Salinan IC pekerja

      2.Siap semuanya cepat2 hantar ke pejabat perkeso JANGAN SESEKALI TUNGGU HABIS MC...KENA HANTAR SEGERA!

      wasalam

      Padam
    2. ni kejadian pertama,blur pulak sbb mmg xtaw...call hotline perkeSo xde y angkt pun ...stress gila...boleh tak punch card tu tulis sj ..sbb mesin rosak...jadi punch card mereka smua sy tulis tngn je..diterima ke...asalkn ada sign majikan kn...apa akan terjadi kalau saya hntr slpas mc habis ye..lepass semua lengkap terus hntr ke pjbt perkeso ye...berapa lama masa diperlukan ye untuk proses tuntutan...borng 34 je kan borng y perlu diisi???hbis apa beza HUK dgn HUS???

      Padam
    3. Hahahaha..hotline dengan blog saya lagi bagus blog saya kot hahahahahahaha..jangan marah puan just gurau aje ehhh..
      1.Jangan tangguh2 puan hehehe bila pekerja bagi MC/cuti sakit dapat aje 4 hari MC WAJIB hantar SEGERA!jangan dok tunggu nanti kena kompaun plak :)

      2.Puch Card tulis tangan kalau rosak tak jadi masalah puan hehehe hantar aje Inshallah Perkeso terima seadanya kikiki

      3.PUan isi BORANG 34 SAHAJA...jangan dok isi borang lain puan hehehe borang 34 pun Puan ISI BAHAGIAN KEMALANGAN SAHAJA dalam blog saya ni ada saya ajar satu persatu puan cari kompem ada hehehe

      3.puan HUK tu merujuk (Hilang Upaya Kekal)HUK ni hanya boleh dibuat bila mana pekerja tu ada cacat kekal dan ianya boleh dituntut selepas HUS(Hilang Upaya Sementara/bayaran MC/cuti sakit)telah selesai puan hehehe

      wasalam
      kim salam kat pekerja kemalangan tu puan
      habaq dia Perkeso sentiasa Prihatin pada nasib yang menimpa pencarum nya hehehe :)

      Padam
    4. perlukan gambr jrinye skli tak..hehehe...nt pgwai perkeso akan dtg mlwt kt rumah ke...dgr cerita mcm tu..hbis klau mc dah hbis die boleh dtg kerja balik tak mcm biasa..sbb mc dah hbis?

      Padam
    5. E.CIK, dekat seksyen J kan pekerja kena isi,jadi dekat para 5 tu kena isi tak tnggungan,kne ad ic ahli keluarga dan sijil nikah ke,ataw xpy isi...isi para 1,6 & 7 je

      Padam
    6. ye bahagian J pekerja isi dan perlu di tanda tangan ni oleh pekerja hehhehe nama anak bini tu khas untuk melibatkan kematian aje..so tak yah isi hehehe ic anak bini tak yah juga hehehe

      Padam
    7. hahahaha gambar jari x yah la hantar puan hehehe..betul nanti kita akan buat siasatan..atau kalau tiada keraguan kita bayar aje puan

      Padam
  25. encik,borang ni majikan ke y kne hntr..atau pkerja tu sndri..mkcik sy ckp kne pkrja tu sndri sbb nk cop jari die jugak la apa la...ke die nndatgn je da ckup

    BalasPadam
    Balasan
    1. Majikan kena hantar Puan,borang 34 yang lengkap disertakan dokumen2 seperti MC/cuti sakt,puch card,slip gaji serta boring J yang ditanda tangan pekerja serta salinan IC pekerja perlu dihantar oleh pihak Majikan ke Perkeso..JANGAN DOK SURUH PEKERJA YANG PATAH KAKI itu hantar boring tuntutan ke perkeso itu tak betul puan hahaha dengan nasihat saya jangan dengan nasihat MAK CIKpuan kikiki..

      wasalam

      Padam
    2. haha..biaselah..org tua..ckp nk menang je..kikiki...mc pkrja sy dismbung lg 22 hri...

      Padam
    3. hahahaha..:)dah hantar belum puan..hantar opis mana tu kikiki

      Padam
    4. bos sy ckp hntr ms mc nk hbis nt/...haha,,lantak la...klo lmbt die y kne kompaun bukn sy..kikiki..hntr segamat patutnye..paling dekat

      Padam
    5. hehe maafkan saya puan jika beginilah sikap bos puan maka ia adalah seorang majikan yang sering saya cakapkan sebagai majikan tidak bertanggungjawab dan angkuh!

      Padam
  26. Assallammualaikum. .Saya nakntanya soalan...semasa kemalangann di tempat kerja.saya telah dibawa ke hospital ipoh... Xtray.dan betul kan tulang saya yang telah lari.. Elbow dislocation.. Saya kena jumpa doktor semula pada seminggu selepas iTu dan dapat mc 30hari...kemudian bos saya sruh saya pergi dapat kan Rawatan di kpj ...
    Fisioterapy .. 11 kali jumpa doktor 2 kali di kpj...DIMANA SAYA PERLU AMBIL MEDICAL REPORT UNTUK HUK..maaf bertanya...terima kasih kabutar diesel. . Yg byk merungkai persoalan .. Dan menjawap tiap solan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam tuan maaf tuan lambat reply,semoga tuan cepat sembuh!!!
      1.Bagi kes tuan saya nasihatkan tuan mengambil Laporan Perubatan di hospital Ipoh kerana rawatan awal tuan di sana dan proses pembetulan tulang yang lari pun dibuat disana dengan kata lain doctor yang rawat tuan di hospital Ipoh lebih tahu keadaan kecederaan tuan di peringkat awal!!!

      2.Walaubagaiamanapun sebagai sokongan semasa tuan nak je Jemaah Doktor tuan juga boleh bawa bersama laporan perubatan dari KPJ sebagai rujukan sokongan.

      3.Apa pun di peringkat claim HUS(Hilang Upaya Sementara) MC/cuti sakit pihak perkeso tak memerlukan laporan perubatan..laporan perubatan hanya di perlukan pada peringkat HUK sahaja tuan..sebaik tuan dah habis dibayar MC baru lah tuan boleh mohon HUK

      wasalam tuan

      Padam
  27. Slm. .sy ade buat claim HUK 4thn lps. .skrg ni masih sakit dan sy nak buat ulangkaji semula. .ape dokumen yg diperlukan ya. .la ni sy da berhenti tmpt lama dan br 1 thn di tmpt br. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam hang Jebat hehehe pehhh nama hebat kikiki
      1.Tuan kena pastikan Tarikh Jemaah Doktor (JD) semasa tuan claim HUK dulu dah sampai 3 tahun,bila dah sampai 3 tahun dari Tarikh JD(Jemaah Doktor)barulah boleh buat Ulangkaji semula.

      2.Berkenaan Ulangkaji ni banyak kali saya nyatakan ia dibuat kerana Cacat Kekal yang tuan alami BERTAMBAH TERUK dari cacat kekal semasa ke JD(Jemaah Doktor ) kali PERTAMA dulu...cacat kekal memang ia tak akan pulih selamanya sebab itu Perkeso beri % untuk cacat kekal sebab ia cacat selamanya dan tidak akan pulih.JIKA SEKIRANYA CACAT KEKAL yang dialami itu SEMAKIN TERUK barulah ulangkaji boleh dilakukan.

      3.Nak buat ulangkaji tak susah tuan hanya kemukakan Laporan Perubatan TERKINI tuan dan isi boring ulangkaji yang boleh didapati di mana mana pejabat perekso berhampiran tuan.

      wasalam tuan Jebat :)

      Padam
  28. Terima kasih encik karbutar diesel di atas penerangan yg diberikan. .sblm ni % kecederaan sy dibahagikan kepada 3 mengikut bahagian yg cedera tu..kemudian br ditambah menjadi satu. .2 bahagian tu da rasa ok tapi yg satu bahagian lagi je sakit sampai sekarang. .xpelah sy Cuba je dpt x dpt belakang cerita. ..pasal LP terkini tu kita terus dptkan di unit Rekod dan tggu siap atau perlu jumpa doktor untuk pemeriksaan dan x-ray ke dulu. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 tuan..ye tuan cubalah inshallah ada rezeki dapat tuan lagi pun ulangkaji HUK adalah HAK KITA dan ianya percuma tuan saya doakan tuan berjaya Inshallah.

      2.Laporan Perubatan terkini tuan..maknanya bukan laporan perubatan masa tuan gunakan untuk claim HUK kali pertama dulu tu..sebab kita nak tengok kecacatan kekal itu bertambah teruk atau kekal seperti dulu tuan.

      Wasalam

      Padam
  29. Terima kasih atas doa tuan ya. ..camne nak dpt kan LP terkini tu ..kena jumpa doktor dulu ke camne. ..

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum encik Kabutar.. Sekadar bertanya ya.. Berapa lama masa yg diambil oleh pihak Perkeso utk selesai urusan bayaran tuntutan kepada pencarum.. Samada HUk atau HUs.. Tuntutan utk bayaran MC telah diterima.. Borang utk persetujuan jumlah terima uti HUs pon telah dikembalikan kepada Perkeso.. Cuma masih menunggu check nya shj.. Perkeso mmg hebat kerana tuntutan MC sangat pantas.. Opss maaf sy mewakili kakak saya kerana kebetulan sy juga yg menguruskan uruaan kakak sy sbb dia belum berkahwin lagi.. Tksh..

    BalasPadam