1.Salam geng..Alhamdulilah semalam sempat jugak aku sertai satu operasi yang dinamakan 'OPS KESAN' Ops Kesan ini satu Operasi khas untuk mengesan majikan yang masih gagal dan tidak mendaftar perusahaan/perniagaan mereka dengan pihak Perkeso walaupun perusahaan/perniagaan mereka telah mempunyai sekurang-kurangnya satu pekerja di perusahaan/perniagaan tersebut. Operasi ini sebenarnya telah acap/kerap kali dilakukan sama ada di peringkat nasional mahupun peringkat daerah, namun masih adaaaa sahaja majikan yang masih 'culas' dan masih selesa dengan sindrom 'rela' menunggu dan sedia 'mengamit' penguatkuasa untuk berkunjung ke premis mereka barulah mula menunjukkan ciri-ciri seakan-akan berminat untuk mendaftar perusahaan mereka dengan pihak Perkeso dan bermula lah episod memberi pelbagai alasan untuk mengelak di kompaun atas kesalahan tersebut..kadang kala ada lucunya dengan pelbagai alasan yang di reka-reka oleh mereka ini hahaha..ada kalanya kesian dibuatnya..namun apa yang lebih penting mereka harus sedar dan faham betapa mereka sebagai majikan perlu bertanggungjawab melindungi pekerja mereka itu..yang penting,bukannya takut pada kompaun yang dikeluarkan oleh pihak Perkeso..mereka harus sedar jika tidak mencarum Perkeso apa akan jadi pada pekerja mereka jika berlaku apa jua 'kecelakaan' dalam perjalanan balik atau datang kerja atau semasa bekerja..siapa tahu malang berlaku tanpa memberi apa2 signal..hehehe..begitu juga jodoh ada kala hadir tanpa diduga hahaha..
2.Dalam Operasi yang dilakukan dari jam 10 pagi hingga 5.00 petang itu telah berjaya memeriksa 99 premis perniagaan dan dari jumlah itu didapati 15 majikan masih gagal mendaftar perusahaan mereka dengan pihak Perkeso, kegagalan majikan untuk mendaftar perusahaan mereka dengan pihak Perkeso sedikit sebnyak mengecewakan aku dan rakan-rakan seperjuangan sebenarnya..jauh disudut hati tertanya tanya juga aku apa lagi mereka mahukan..setelah pelbagai info di beri,pelbagai promosi dibuat,hebahan saban tahun dilakukan dan setiap masa dibuat sesi penerangan termasuklah memberi penerangan kepada pemimpin masyrakat setempat namun adaaa sahaja yang masih ingkar pada tuntutan perundangan..bahkan diperkenalkan bulan 'Pemutihan' untuk mereka pemilik-pemilik perniagaan yang belum mendaftar dengan pihak Perkeso 'menyerah diri' lantas mendaftar perusahaan mereka tanpa dikenakan apa-apa tindakan dalam bulan 'pemutihan' tersebut namun ruang dan kesempatan yang diberi tidak diambil dan dimanfaatkan sepenuhnya..sayangnya..untuk memberi dan mereka-reka alasan dengan mendakwa mereka 'tidak tahu' yang perusahaan mereka perlu mendaftar dengan pihak Perkeso merupakan satu alasan yang amat amat memalukan dan bukanya satu alasan yang selamat untuk mengelak dari dikenakan tindakan..di era serba canggih ini ada lagi alasan sebegitu rupa..apa yang menyedihkan ada juga memberi alasan tiada masa untuk mendaftar perusahaan/perniagaan mereka dengan pihak Perkeso hahaha alasan itu lagi kejam..kejam mereka pada pekerja mereka sendiri..kemalangan berlaku tidak pernah menunggu masa dan tidak pernah akan bertanya dahulu sebelum berlakunya kemalangan..aku suka dan amat suka untuk bersembang dengan insan memiliki fikiran sebegini hahaha unik dan klasik sekali hahaha..
3.Jauh di sudut hati setiap kali adanya Operasi sebegini aku seringkali berdoa dan berdoa agar setiap kawasan yang aku lawati dan setiap perusahaan yang di periksa hendaknya bebas dari majikan yang tidak mendaftar perusahaan dengan Perkeso, dengan kata lain pi sahaja kawasan Operasi semua dah daftar dengan Perkeso pehhh dapat dibayangkan betapa tenangnya rasa hati dan jiwa ini geng hahaha..sejuk suasana rasanya..nyaman udara rasanya hehehe..masakan tidakkk..bukan matlamat kami untuk mengejar kompaun..bukan jumlah kompaun yang kami dambakan..apakah kamu fikir kami suka dan melonjak kegembiraan apabila boleh keluarkan kompaun?? tidak tidak sama sekali geng..untuk mengeluarkan kompaun pada kamu? 1001 rasa menikam di jiwa..gundah gulana jadinya..apatah lagi disaat untuk menghulurkan kompaun pada kamu??hahaha namun apakan daya jika kalian yang mahukannya, apakan daya jika kalian yang menanti dan menunggu untuk itu..apatah lagi jika kalian yang dambakannya ..mahu tidak mahu terpaksa jua kami memberi apa yang kalian minta..kompuan hanyalah pengikat tanda'cinta'..yang cintanya kamu akan melekat pada Perkeso selagi adanya manusia yang bernama pekerja hehehe..ikatan cinta itu tak akan putus selagi kalian mempunyai pekerja..akhirnya bukan alasan demi alasan yang merepek yang kalian berikan untuk mengelak dari mendaftar dengan pihak Perkeso namun renung dan pikul lah amanah yang ada pada bahu kamu..fikirkan lah nasib para pekerja kamu jika berlakunya perkara2 buruk keatas diri meraka..apa nasib anak bini meraka?pehhh renung jauh2 geng dibenak fikiranmu pasti akan ada jawapan..bukanya mereka cipta alas an demi alasan..
4.Hahaha walaupun bukan kompaun yang kami dambakan dalam setiap operasi namun apakan daya jika sudah suratan..kamu yang dambakan maka kami dengan berat hati terpaksa memberinya..dalam operasi yang berakhir jam 5.00 petang tersebut 15 kompaun yang berjumlah rm10500 telah dikeluarkan kepada majikan/perusahaan/perniagaan yang mendambakan kompaun ini hehehe yang gagal mendaftar perusahaan mereka dengan Perkeso walau telah diberi sebulan tempoh pemutihan!kalau dah minta terpaksa lah kita bagi nak buat macam mana hehehe..setiap kompaun yang dikeluarkan hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari dan jika gagal tindakan mahkamah akan menyusul..alangkah bestnya jiwa duhaiiii jika majikan faham akan tanggungjawab mereka..aku masih berharap dan berharap satu hari nanti pasti ia akan menjadi reality..jom kita mulakan dengan mimpi indah dahulu hahaha..
salam bang,boleh sye bertanya?
BalasPadamsye kemalangan 22/12/2015,patah kaki,patah tgn,buta mata belah kiri..sye dh apply kt perkeso utk hilang upaya kekal dan dh dpt kputusan jemaah doktor,utk mata sye dpt 20% utk kaki dn tgn sye dpt 24%..soalan sye
1)apa yg sye perlu buat lepas dh dpt kputusan jemaah doktor ni?
2)brape lme tempoh utk dpt pampasan ni ?
(maaf ye,bukn sye teruja atau tamak utk dpt pmpasan ni,sekadar bertanye)
wasalam hehehe..
Padam1.No problem bro..tunggu surat dari perkeso sampai dan isi boring setuju terima keputusan Jemaah Doktor tersebut...surat tu ada bersama surat keputusan Jemaah Doktor yang di pos ke rumah bro tu.
2.Tak lama kemudian bila bro hantar surat setuju terima keputusan Jemaah doctor tu dalam masa 14 hari terima la ceknya nanti jika tak da apa2 masalah hehehe
3.Itu hak bro hahaha TAK TIMBUL bab2 tamak bro kikiki