Selasa, 4 Julai 2017

Bila Cuti sakit dah lebih 180 hari@claim socso

1.Hahaha lama jugak aku cuti raya tahun ni geng kikiki naik aje kerja terus selesaikan kes2 yang belum selesai..tak dak masa nak santai2 dah ni..banyak lak tu kes2 kemalangan jalan raya time2 dekat raya ni..apa nak buat kita selesai satu persatu hehe..
2.Dalam 4 kes yang aku pi siasat hari ni ada satu kes yang melibatkan cuti sakitnya lebih 180 hari..macam biasala lah bila capai MC pekerja capai 180 hari kita kena pi siasat tengok pasai apa tak pulih2 lagi kecederaan yang dialaminya..lama tu cuti sakitnya..dan biasanya kalau kes2 melibatkan cuti sakit yang lebih 180 hari ni kita biasa akan minta Laporan Perubatan dari Hospital yang merawat pekerja yang mengalami kemalangan ni..dan biasanya pekerja ini akan dirujuk ke Jemaah doctor untuk menilai sama ada pekerja ini telah mencapai status MMI atau sebaliknya hehehe..tu bidang kuasa Jemaah Doktor kita pihak Perkeso tak dak campur tangan bidang kuasa depa..apabila Jemaah Doktor putuskan pesakit dah capai MMI maka depa akan nilaikan terus berapa percent tahap cacat kekal pesakit ni..alahhh senang cakap rujuk terus ke HUK lah hehe HUK tu maknanya Hilang Upaya Kekal atau bahasa mudahnya cacat kekal hehehe..
3.Ada pekerja yang cukup risau apabila MC mereka telah capai MMI dan pekerja masih terlantar sakit...jangan risau geng..selagi Jemaah Doktor putuskan belum mencapai MMI maka pihak Perkeso akan membayar juga cuti sakit hangpa tu KECUALI bila mana Jemaah Doktor putuskan hangpa sebenarnya telah pulih dan telah mencapai MMI maka time tu hangpa akan terus dinilai dan diberi per sen cacat kekal maka lepas per cen cacat kekal di beri makanya tiada lagi cuti sakit akan dibayar selepas tu hahaha kalau hangpa tak paham mohon makan lemang raya banyak2 wakakakakaka..sila la berkunjung ke pejabat perkeso terdekat untuk maklumat lanjut kikikiki..

4 ulasan:

  1. kalau mc lebih dri 180 hari.. jemaah doktor akan dtg melawat smpai ke rumah ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah lebih 180 hari biasanya pegawai perkeso akan pi rumah dan akan minta laporan perubatan biasanya masa tu kebanyakkan pesakit dah sihat :)

      Padam
  2. mc saya belum cukup 180 hari tapi dah diholdkan dulu mcnya .. mc yg dah dibayar 116 hari baki yg belum dibayar 68 hari .. diholdkan kan dulu sementara tunggu laporan perubatan ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo betul la tu cik putih sebab laporan perubatan diperlukan nak tengok cik putih dah sihat ka belum atau dah boleh buat taksiran ka belum,kalau dah boleh buat taksiran kekal, maka depa akan buat la taksiran kekal tu masa tu depa buat la cik putih ku sayam hehehe.

      2.Jangan risau cik putih kalau tak dak apa2 depa bayaq baki mc tu dan terus buat taksiran kekal lagi bagus.

      wasalam

      Padam