Ahad, 10 September 2017

Tuntutan Kemalangan Pemandu Teksi Pertama di Johor dengan PERKESO

1.Salam geng..Hari ini ke stesen teksi dan kereta sewa Kluang,bukan pi sorang tapi pi bersama my Bos..pi sana bukan nak pi cari teksi nak pi melancong, bukan nak tempah teksi nak ronda sana sini kikiki bukan nak pi tengok awek dok tunggu teksi kikiki tapi pi sana untuk sampaikan ‘cek’ bayaran Hilang Upaya Sementara (HUS) atau senang cakap bayaran MC lahhh..kepada Encik Mustakim bin Jalel pemandu teksi yang telah terlibat dalam kemalangan semasa bekerja..semasa dok bawa teksi lahh..kebetulan Encik Mustakim ni jugak Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Daerah Kluang..depa pandu teksi kita panggil bekerja la tu bukan main2 tau penat wooo kerja mandu teksi ni hangpa tak cuba tak tahu hahaha kena bangla Vietnam naik teksi mampuih dok berperang tak faham bahasa nak murah tambang la bla bla bla kikiki.. aduhhh melarat kok lain dah aku ni..hehe hangpa jangan tak tahu PERKESO kini telah mewujudkan Skim khas untuk melindungi dan menjaga kebajikan pemandu-pemandu teksi di negara ini..sedap dengar kan ‘steatment’ tuhhhh kikiki..betul2 melindungi kebajikan pemandu yang ditimpa ‘bencana’ semasa bekerja Inshallah melalui kewujudan Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri percayalah ia akan banyak membantu dikala kalian dilanda musibah kemalangan semasa bekerja..sat gi aku habaq noo..skim ni baru aje berkuatkuasa pada 1 Jun 2017 yang lalu…baru lagi dan masih belum dapat dihadam oleh geng2 dan Otai2 pemandu teksi lagi sebab ia benda baru kakaka benda baru biasala..lama2 ok la tuuu..kalau bini baru Inshallah hari2 hadam kah kah kah..Inshallah bini baru wakakakaka..kita boleh kah kah kah..ehh ini bukan bini baru TAPI ini SKIM BARU hahaha..tidur luar aku silap2 malam ni kikiki..
2.Adehh berbalik pada citer pi stesen teksi Kluang tadi..Alkisahnya Encik Mustakim bin Jalel ini adalah Pemandu teksi dari kumpulan yang terawal mendaftar dan mencarum dengan pihak PERKESO melalui Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri ini, yakni sebaik sahaja Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri ini diperkenalkan dan dikuatkuasakan pada 1 Jun 2017  beliau terus mendaftar dan membuat caruman dengan PERKESO dan nak di jadikan cerita selesai pendaftaran dan pembayaran caruman, pada 30.6.2017 beliau ditimpa kemalangan semasa sedang bekerja menghantar pelanggan dari stesen teksi Kluang hendak ke terminal bas Larkin huh gedebommmm kat lebuh raya utara selatan masa nak pi Larkin tuuu beb..mujur kemalangannya tidak melibatkan kecederaan yang teruk..mujur luka2 biasa ja hehehe namun dapat jugak la merasa 7 hari cuti sakit hehehe..dan sebenarnya kes ini adalah kes kemalangan Pertama melibatkan claim/tuntutan dibawah skim ini namun beliau pada masa itu mengambil sedikit masa untuk mengemukakan dokumen jadinya lambat pi hantar kat PERKESO jadi ia menjadi tuntutan kedua di Malaysia dibawah skim ini dan pertama di Johor di bawah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri..hehehe masuk statistic dah Encik Mustakim ni kikiki kedua pun kedua lahhh hahaha..kalau boleh kita semua memang tak mahu kemalangan nihhh namun apa nak buat..ia datang tanpa kita jemput woooo..alih2 merasa katil hospital kikiki.
3.Alhamdulilah sebaik menerima permohonan tuntutan pihak PERKESO segera memprosesnya dan bayaran segera telah pun dibuat!!!Dapat juga rasa bayaran cuti sakit dari PERKESO walaupun 7 hari sahaja kikiki..jumlah bayaran tok sah habaq la duit orang kah kah kah..Namun cuba hangpa bayangkan kalau tiada caruman dibuat dengan pihak PERKESO dan jika kemalangan itu mengundang kecederaan yang teruk, yang parah..atau menyebabkan kematian apa akan jadi????sapa nak tangung anak bini nanti?Alhamdulilah dengan adanya skim ini jika berlaku kecederaan teruk mana sekalipun pihak PERKESO akan menguruskannya..pemandu teksi boleh buat tuntutan sepertimana pekerja lain..boleh tuntut claim MC boleh tuntut cacat kekal boleh tuntut bil perubatan dan jika melibatkan kematian waris pemandu teksi ini akan menerima Pencen sepertimana skim yang lainnya…samaaaaaa tapi di bawah skim yang berbedaaa haha..tak faham mai la jumpa aku habaq sampai faham kikiki..sama aje geng situasi kemalangan dengan skim yang lain iaitu kemalangan pi kerja balik kerja semasa bekerja..hehehe nak panjang lebar nanti lain kali aku tulis lagi secara detail.
4.Hahaha panjang lebar aku dok citer ni bukan apa aku nak minta hangpa war war kan agar pak cik2 hangpa yang memandu teksi, abang2 hangpa yang memandu teksi, kawan2 hangpa yang memandu teksi habaq la kat depa mencarumlah dengan PERKESO tak rugi baq hang..caruman PERKESO rendah sahaja ikut kemampuan kita..ada 4 jenis caruman pilihan hehehe senang cakap la..bahasa mudahnya ada RM157.20 setahun ada RM232.80 setahun ada RM442.80 setahun dan pilihan Maksimum caruman bagi skim ini RM592.80 setahun..bayaq setahun terus dan hangpa terus dilindungi…akak2 yang ada suami pandu teksi tu habaq la kat suami abang abang kalau abang sayang saya mencarumlah dengan PERKESO hehehe..sebab apa kalau jadi apa2 kat abang..PERKESO sedia membantu hahahaha..betul ni tak tipu sikit pun!!!habaq tauuuu..
5.Cara nak daftar jangan dok pening kepala hangpa pi aje ke pejabat PERKESO terdekat hehehe Inshallah depa akan bantu sebantu bantunya jangan dok risau jangan dok takut pi aje…kebanyakkan depa hensem2 macam aku waaaakah kah kah kah..pi la..hangpa tak kan menyesal kikikiki..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan