1.Salam geng harap hangpa semuanya dalam keadaan sihat dan ceria selalu dan jika ada yang terlibat dalam 'bencana kerja' harap2 banyak bersabarrr dugaan tu geng.. semoga cepat la pulih seperti sedia kala hehe.. Ohh ya semalam aku dijemput oleh pihak NIOSH wilayah Selatan untuk sampaikan ceramah berkaitan PERKESO dan faedah2 yang disediakan pihak PERKESO di Seminar Kesedaran Keselamatan &Kesihatan Pekerjaaan Di Sektor Pelancongan yang diadakan di Hotel Seri Malaysia Mersing Johor. Seminar ini adalah anjuran pihak NIOSH dan juga pihak Jabatan Pelancongan Negeri Johor. Alhamdulilah terima kasih pada pihak penganjur yang sudi dan tak jemu2 menjemput kami dari Perkeso untuk berkongsi maklumat yang sememangnya amat berguna untuk para peserta seminar tersebut.
2.Sejujurnya begitu ramai lagi antara kita yang masih tidak tahu,tidak faham dan tidak mahu mengambil tahu hal hal berkaitan PERKESO dan faedah2 yang disediakannya hmm rugi geng sejujurnya hangpa semua wajib tahu! Begitu banyak program2 pencerahan telah diadakan, seminar, sesi perkongsian ilmu, sesi ceramah kepada pemimpin masyarakat setempat, promosi media elektronik/cetak dan media bentuk baru namun ia seakan akan masih lagi tidak memberi impak yang sepertimana di harapkan..yaaa ada perubahan namun masih ramai yang tidak tahu!Hahaha kalau dalam ceramah yang biasa aku hadiri kalau tidak dihujani pertanyaan demi pertanyaan maka ia sesuatu yang AMAT ganjil hahaha..yang biasa pastinya akan dihujani dengan pelbagai soalan2 yang cukup menarik daripada peserta..kompem dan amat biasa tidak cukup masa!! Namun itu tidak menjadi masalah bahkan itulah yang kami sentiasa harapkan bertanyalah sebanyak mungkin ketika mempunyai kesempatan dan dihidang dengan kesempatan sebegini kerana kami tidak tahu apa yang kamu tidak tahu haha..jadi tanyalah dan terus bertanya..sudah pasti kami tidak akan jemu untuk menjawabnya..macam kat blog aku ni laaaa walaupun beratus kali dok tanya soalan yang sama aku dok setia jawab jugak hahaha..
3.Tahniah sekali lagi untuk pihak penganjur..para peserta seminar kali ini yang terdiri daripada Pengusaha2 Resort yang terlibat aktif dalam sector pelancongan yang pada aku rata-ratanya masih lagi tidak faham dan tidak tahu berkenaan faedah2 yang disediakan oleh pihak PERKESO..pehh banyak geng depa dok Tanya macam2 soalan masa aku dok ceramah...jangan risau Inshallah kami akan cari tuan2 nanti untuk kita 'khatam' bab2 PERKESO ni Inshallah akan ada tindakan susulan nanti..sebenarnya apabila kita menyampaikan ceramah berkenaan PERKESO ia memakan masa berjam jam hehehe 1-2 jam adalah masa yang normal diberi untuk sesi ceramah kami namun ia biasanya tidak pernah CUKUP hahaha..sebab banyak sangat faedah2 yang disediakan pihak PERKESO yang harus diceritakan sedalam dalamnya pada mereka ini agar mereka faham hak2 mereka dan sebarkan kepada kakitangan jabatan masing2 dan sebarkan kepada kawan2 dan sanak saudara agar ia sentiasa berkembang! kikiki semalam 1 jam 1/2 hanya sempat cerita dua faedah yang disediakan pihak PERKESO sahaja masa tak cukup hahaha..pastu dihujani soalan demi soalan, sebenarnya berpuluh-puluh slide lagi tak sempat nak citer hahahaha...kalau nak citer semua mahu bawa ke petang belum tentu akan habis!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan