1.Salam geng..harap semua hangpa dalam keadaan sihat sejahtera..pehh lama juga tak update niii hehehe..hari ni baru ada sikit kelapangan bolehla update sikit..minggu lepas banyak sangat aktiviti geng,bercampur dengan busy kerja tu pasai lama tak masuk sini..Ok geng 2 hari lepas aku ada siasat satu kes tuntutan/claim Perkeso berkenaan jatuh di tempat kerja semasa bekerja..kes macam ni tak rumit untuk buat tuntutan dengan pihak Perkeso cukup senang dan amat mudah urusannya..cukup dokumen lengkap semua kejap aje dah leh bayaq..jangan dok dengaq yang dok kata susah la payah la birokrasi la, tu semua orang dengki kat hangpa aje..dengki hangpa nak dapat duit la tuuu..hahaha tak faham pi la opis Perkeso depa akan habaq dan ajaq sampai hangpa faham Inshallah!Semua khidmat tu adalah PERCUMA!
2.Pak cik ni bekerja sebagai pengawal keselamtan di sebuah loji kumbahan,ye la sebagai pengawal keselamatan memang tugas beliau kena ronda2 sekitar loji setiap setengah jam,ronda kawasan luas takkan nak jalan kaki kan kan hehehe naik motorsikal la geng hehehe apabila dok tenga2 menjalankan tugas rondaan tu tiba-tiba biawak besar muncul tiba2 ditengah laluan dan pak cik ni tak sempat elak langgar la biawak tu dan makanya jatuhlah pak cik tu di kawasan loji..jatuh atas jalan dalam kawasan loji senang cakap hahaha..nasib tak baik terseliuh buku lali..hehe biawak punye penangan kikiki
3.Dengan dibantu petugas loji pak cik ni dihantar balik ke rumah dan dari rumah anak2 bawa ke hospital dapat 4 hari cuti sakit...dan bersambung sambung hingga lah buku lali kakinya pulih!!!OK kes macam ni memang bencana kerja sebab ia berlaku semasa bertugas dan ada kemalangan berlaku iaitu jatuh motorsikal,maka setelah ada cuti sakit 4 hari boleh lah claim dengan perkeso di amana pihak majikan perlu mengisi borang 34 dulunya isi borang 21 kini dah tuka looooo..Apa yang diperlukan semasa hendak hantar tuntutan ini adalah cukup senang..hangpa isi borang 34,sertakan kad pengenalan,kad kedatangan bulan kemalangan,slip gaji enam bulan sebelum kemalangan,cuti sakit yang original, dan kalau ada laporan polis sertakan sekali hehehe senangkan kan..Alhamdulilah pak cik ni dah dapat pun bayaran sempatla buat berbelanja untuk sambut depabavali hahaha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan