1.Salam geng..hope hangpa sihat la semua hehehe,la ni banyak sangat kemalangan semasa nak pi kerja..hangpa hati2 la elok2 bawa keta atau motor tu semoga selamat sampai dan selamat balik dari kerja tanpa mengalami apa-apa kejadian kemalangan jalan raya. Ohhh ya sebut pasai 'kemalangan' hangpa tau dak jika hangpa melangkah keluar nak pi kerja tiba-tiba2 terlibat dalam 'kemalangan' maksud aku kemalangan yang 'unik' hahaha contohnya baru keluar rumah nak pi kerja dah jatuh tergolek depan rumah..boleh ka claim dengan Perkeso/Socso?atau dalam kes aku hari ni pekerja ni baru turun tangga (rumahnya ada tangga macam rumah aku kat kampong tu la bukannya tangga dalam rumah tapi luar rumah heheh)nak pi kerja dengan naik bas kilang yang ambik depan rumahnya..Nampak bas sampai dia pun kelam kabut turun tangga rumah nak pi naik bas kilang nak jadi citer salah langkah dan jatuh kat tangga tu hahaha boleh claim dengan Perkeso/Socso ka?tau dak?hahahaha...
2.Nasihat aku jika berlaku sebegini betul2 kes yang berlaku semasa hendak ke tempat kerja maka boleh lah minta pihak majikan mengemukakan borang 34 kemalangan dengan pihak Perkeso/Socso hehehe Inshallah Perkeso akan buat siasatan dan jika terbukti kemalangan itu berlaku semasa hendak ke tempat kerja Inshallah biasanya diluluskan..ada lah bab2 akan disiasat..Inshallah jika betul berlaku hangpa tidak akan dikecewakan.Pesan aku jika berlaku perkara begitu hantar sahaja tuntutan degan pihak Perkeso jangan segan2 hehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan