Isnin, 23 Oktober 2017

tuntutan penyakit khidmat perkeso depa main belasah aje tuntut!

1.Salam geng macam biasa harap hangpa semua sihat hahaha..aku macam ni la kalau larat aku masuk la update apa patut kat sini..hahaha kalau tak larat mau berminggu minggu baru update  blog ni kikiki..Oh ya geng hari ni aku siasat dua kes tuntutan penyakit khidmat perkeso..betul la geng la ni macam2 jenis penyakit depa nak dan cuba tuntut dengan perkeso khususnya di bawah tuntutan penyakit khidmat..macam ni la geng aku sebenarnya dah banyak kali dok bagitahu yang tuntutan penyakit khidmat ini adalah tuntutan bilamana hangpa dapat penyakit yang berkaitan dengan kerja atau senang cakap disebabkan kerja! yang hangpa duk lakukan sehari hari hahaha!!yang selebih dari tu harap tak payah la mohon sebab pihak doctor tahu dan sudah pasti keputusan akan mengecewakan kita pastu mula la dok kata perkeso senang aje tolak permohonan bla bla bla bayar bertahun tahun kah kah kah apa pun tak dapat..padahal kita sendiri telah tahu akan sakit kita itu bukan berpunca dari kerja tepuk dada tanya selera orang kata hahaha..
2.Aku selalu dok bagi contoh yang cukup senang hangpa nak faham..hehe kalau kita kerja hari-hari dalam suasana yang bising lama lama kita mengalami kurang pendengaran atau pekak nahhhh itulah contoh penyakit khidmat yakni berpunca dari kerja dan hang boleh la claim degan pihak perkeso dibawah tuntutan penyakit khidmat!!!hah senang kan?ooooo kalau pekak secara semula jadi maaf lah bro mana la nak boleh claim dengan perkeso..kalau buat jugak kompem tolak bro dan mula la kata perkeso bla bla bla kah kah kah itu yang baisala..
3.Dalam kes hari ni dua dua kes aku siasat tuntutan penyakit khidmat yang langsung tiada kaitan degan kerja!!!satu kes hernia dan satu kes janser Ovari!!!!apa kaitan kerja dok opis tiba2 boleh dapat kanser Ovari dan claim dengan pihak perkeso melalui tuntutan penyakit khidmat????adoiiiii itu memang tak dapat la..apa punca nya?mana punca nya????begitu juga hernia ia biasanya berlaku secara semula jadi mana nak dapat penyakit khidmatnya..kalau kita bekerja pengawal keselamatan tuba tiba kena hernia???kemon la geng hahaha sudah pasti ia bukan penyakit khidmat!apa pun bila mana hangpa hantar permohonan pihak perkeso baik depa akan bertindak adil dan siasatan akan dibuat dna tetap rujuk ke Jemaah Doktor Khas untuk memberi kata putus tapi logiknya tak dapat la bro macam tu..sifirnya mudah penyakit yang terbit/berpunca dari kerja yang kita dok lakukan hari hari!!!!mudah sangat nak faham kikikiki..
4.Namun begitu setiap tuntutan adalah hak kita tiada sesiapa boleh menglahang kita buat tuntutan degan pihak Perkeso hahaha walaupun tuntutan itu amat tidak logic sekalipun ia tetap di proses dan dilayani dengan baik.Inshallah!!!

30 ulasan:

  1. Salam, tuan

    Sy baru settle jmpa jemaah doktor, lps pemeriksaan, doktor ada bg taw jemaah yg lain sakit klasifikasi kelas 1.. apa mksd tu ye.. blh tuan jelaskan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalam tuan hahaha TAHNIAH TUAN KEDAH FINAL PIALA MALAYSIA hahaha untunglaaaaa...
      1.Saya sedikit tidak faham tentang soalan yang tuan utarakan kikiki..maksud saya tuan pi Jemaah Doktor@JD tu untuk mendapatkan taksiran Hilang Uapaya Kekal ka apa tuan?

      2.Nanti tuan habaq reply balik ya

      wasalam

      Padam
  2. Salam

    Saya nak tanya sekira nya penyakit chiari malformation boleh claim under pencen ilat

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam semoga tuan/puan sihat sentiasa
      1.Untuk makluman tuan/puan untuk membuat tuntutan Pencen Ilat ini ada syarat kelayakan dari segi caruman dan umur belum mencapai 60 tahun.

      2.Mana mana sahaja penyakit yang menyebabkan KEUZURAN yang serius yang menyababkan pesakit tidak mampu lagi untuk bekerja sampai bila2 boleh untuk memohon pencen Ilat,senang cakap apa apa sahaja penyakit!!!

      3.Cumanya bila kita hantar kita perlu lampirkan Laporan Perubatan yang boring itu kita boleh ambil di mana mana pejabat PERKESO terdekat!dan bila dah hantar keputusan itu bergantunglah pada keputusan Jemaah Doktor (JD)yang akan putuskan layak mendapat Pencen Ilat atau sebaliknya.

      4.So kalau tuan/puan rasa penyakit yang tuan/puan alami itu kronik maka mohon saha tuan/puan setiap permohonan dengan pihak perekso adalah PERCUMA.

      wasalam

      Padam
  3. Assalamualaikum Tuan,

    sy ad sedikit pertanyaan. suami saya mengalami sakit pinggang dan keesokan harinya ketika dia sedang bekerja mengangkat panel berat,terus pinggang suami sy tidak dpt bergerak. dia dihantar ke klinik kilang dan menerima suntikan namun tidak hilang sakit. seterusnya suami di masukkan ke hospital dan doktor sahkan dia mengalami slip disc.

    2minggu kemudian baru suami saya tahu yang dia boleh claim socso tetapi pihak kilang tidak mahu claim bawah kemalangan kerana tiada report dibuat oleh supervisor ke bahagian keselamatan dalam tempoh 24jam. oleh itu pihak kilang menyuruh claim di bawah penyakit khidmat. untuk makluman, suami saya mmng bekerja di kilang yg perlu mengangkat barang berat melebihi 30kg.

    Soalan saya adkah suami saya layak claim di bawah penyakit khidmat dan apakah dokumen sokongan yang diperlukan.

    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam puan,hope suami puan cepat pulih!!!
      1.Untuk makluman puan ada dua situasi yang kita kena faham dan ramai orang KELIRU berkenaan kes sebegini..hehehe sebenarnya tak susah nak faham pun hehehe

      2.Begini puan jika sekiranya situasi BRERLAKU KEMALANGAN maka ia PERLU di claim dibawah tuntutan Kemlangan!!!yakni contohnya ketika suami puan sedang angkat panel berat seorang diri tiba2 pinggang sakit dengan mengejut berbunyi krek krek kat tulang seperti patah hehehe tu adalah kemalangan dan perlu diclaim bawah tuntutan kemalangan semasa BEKERJA!!!atau sedang bekerja tiba2 jatuh terduduk jatuh punggung dulu dengan kuat atas aras tinggi maka sakit dan terus kena slip disc itu KEMALANGAN dan kena claim bawah tuntutan kemalangan.

      3.Namun sekiranya suami puan telah ada sakit pinggang sebab sentiasa terdedah pada kerja kerja berat maka sewajarnya buat tuntutan dibawah tuntutan Penyakit Khidmat!!!sebabnya sejarah sakit pinggang suami puan mungkin telah ada tercatat di mana mana Hospital!!!

      4.Jangan kuatir tuntutan Penyakit khidmat tak rumit puan cukup senang..puan x payah buat apa2 ini KERJA majikan yang kena isi borang tuntutan penyakit khidmat tersebut!!!CUMA SUAMI PUAN PERLU MOHON MEDICAL REPORT sahaja dengan Hospital yang suami puan sentiasa mendapatkan rawatan untuk sakit pinggang tu hehehe mohon medical report perlu guna borang KHAS yang telah disediakan oleh pihak Perkeso dalam borang yang telah majikan ambik tadi tu..

      4.Ok tak ni puan...hehehe kalau tak faham mai sini lagi saya boleh terangkan agar puan faham dengan lebih baik..saya ulangi jika ia kemalangan perlu claim kemalangan! dan jika kejadian itu berpunca dari akibat kerja yang berat yang tiap2 hari kerja berat lama lama kesan pun tiba seperti slip disc maka ia perlu di tuntut bawah Penyakit Khidmat!!!Kalau suami puan tengah kerja tiba2 parcel berat jatuh atas belakang dan terus tak boleh bergerak itu kemalangan,kalau suami puan jalan2 nak turun tangga tiba2 jatuh itu kemalangan,ketika suami puan sedang angkat parcel berat 30 kilo tiba tiba terbungi krek dulu nya tiada sakit pinggang tiba2 dengan angkat barang berat itu terus krek bunyi tulang ITU KEMALANGAN hehehe

      wasalam puan

      Padam
  4. Salam tuan, kes sakit pinggang sy dirujuk dibawah kes rayuan, sedangkan sy tdk membuat apa2 rayuan... Blh tuan terangkan, sbb apa kes sy diltk sbgai kes rayuan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam tuan,
      1.Apakah tuan buat tuntutan penyakit khidmat untuk slip disc?

      2.Berkemungkinan kes tuan dirujuk ke rayuan tu saya kurang pasti apakah rayuan tu ianya JDR (Jemaah Doktor Rayuan)?Jika JDR pihak Perkeso atau tuan berhak buat rayuan atas pelbagai sebab..antaranya tuan tidak puas hati atau pihak perkeso memerlukan keputusan yang jelas atau ingat menyemak % maka ia dirujuk ke JDR(Jemaah Doktor Rayuan)

      3.Apa pun untuk maklumat sahih dan lagi memuaskan hati elok rasanya tuan berkunjung ke pejabat Perkeso yang menguruskan kes tuan..pada saya seperti yang saya nyatakan kat ats tadi tu hehehehe

      wasalam pulun Kedah pulun biar jasa jadi kenangan hehehe

      Padam
  5. Salam tuan.. sy amir... sy ada dpt surat drpd socso yg menyatakan sy dpt 5% dlm surat tu.. tp keputusan tu xsure lagi.. sbb bergantung pada keputusan HQ plak.. agk2 tuan, 5% selalunya brp ye depa byr...😅😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam Alhamdulilah bos hahaha 5% banyak dah tu bos..hehe jumlah dapat berapa tu tak leh bagi tahu kat sini la hahaha ia bergantung pada gaji bos dan factor umur bos..Alhamdulilah 5% berbaloi!

      wasalam

      Padam
  6. Tp sy call pihak socso.. depa ckp xsure lagi % tu.. sbb tggu jwpn dri HQ.. mkna kata keputusan ni blm muktamad lagi la kn...

    BalasPadam
  7. Mcm bos ckp faktor umur.. lagi muda lagi bnyk or lagi tua umur lagi bnyk...😅😅😅

    BalasPadam
  8. Salam tuan.. sy ada dpt surat dari socso, ada nyatakan %, tp dlm surat tu tulis, keputusan blm muktamad lagi.. HQ nk review dlu

    BalasPadam
  9. sy mengalami arthritis rheutmatoid sejenis penyakit radang sendi boleh ke sy memohon pencen ilat ?
    Sy dh lama tak bekerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syarat kelayakan untuk membuat tuntutan pencen Ilat adalah syarat kelayakan caruman dan umur belum mencapai 60 tahun.

      2.Puan boleh buat semakan kelayakan tersebut di mana mana pejebat Perkeso terdekat dan jika memenuhi syarat kelayakan itu maka puan boleh mohon lah pencen Ilat tersebut..namun apa jua keputusan permohonan ia ADALAH DITENTUKAN OLEH PIHAK JEMAAH DOKTOR(JD)

      Padam
  10. salam..
    saya baru lepas.operate trigger fingger.masih dlm mc leave .
    saya difahamkan.sya boleh cube utk wat tuntukan khidmat.
    saya sudah submit.form.pada hr to.fill up.
    andai kata majikan tidak mahu bekerjasama..apa yg perlu sya buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam puan,
      1.Semoga puan cepat sembuh..seandainya kerja puan banyak mengunakan tangan maksud saya kerja2 yang berulang pada setiap hari..sama ada juru taip,atau kerja kilang yang tugasannya memerlukan puan mengunakan jarak secara ekstrem berulang kali setiap hari 8 jams ehari lama2 mengalami penyakit trigger finger itu maka sudah pasti puan boleh memohon tuntutan Penyakit Khidmat!!!itu HAK kita sebagai pencarum maka buat lah tuntutan!Inshallah selepas hantar tuntutan itu maka puan akan dirujuk ke Jemaah Doktor Khas (JDK) maka merekalah yang menentukan keputusan nya..

      2.Apa sebab majikan tak nak bekerjasama pula hahahas epatutnya mereka menyokong pekerja buat tuntutand engan perkeso SEKIRANYA TUNTUTAN ITU BUKAN TUNTUTAN PALSU..majikan tak dikenakan apa apa bayaran pun untuk buat tuntutan penyakit Khidmat!semuanya percuma...kalau mereka tak nak jugak hantar laporan tu..boleh sahaja buat aduan ke pejabat PERKESO Inshallah Perkeso akan ambil tindakan.

      wasalam

      Padam
  11. Assalamualaikum tuan.
    Maaf mengganggu.. Saya dh lama berhenti kerja.. Tahun terakhir saya bekerja pd 2012..alasan berhenti sbb saya sering berada dlm keadaan tidak sihat.. Namun pd 2013 saya disahkan mengalami ventricular ectopic sejenis penyakit berkaitan jantung.. Mei 2017 saya sudahpun menjalani pembedahan di hospital Serdang dan kini menjalani rawatan susulan juga disana.. Sedangkan saya tinggal berdekatan Ipoh.. Ada sahabat mencadangkan saya menuntut bantuan dr perkeso.. Boleh tuan membantu cara dan kelayakan? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam saya doakan tuan pulih hendaknya..aminn
      1.Tuan boleh saya tahu berapa umur tuan sekarang?Nasihat saya jika umur tuan belum mencapai umur 60 tahun elok sahaja tuan berkunjung ke mana mana pejabat perkeso terdekat untuk membuat semakan kelayakan Permohonan Pencen ILAT..untuk makluman tuan pkelayakan permohonan pencen ilat adalah kelayakan caruman 24/40 dan umur belum mencapai 60 tahun.

      2.Sila tuan ke mana mana pejabat perkeso terdekat untuk buat semakan kelayakan dulu tuan dengan membawa IC tuan.

      wasalam

      Padam
  12. Alhamdulillah terima kasih atas doa tuan.. InshaAllah saya akan berkunjung ke pjbt perkeso berdekatan.. Untuk makluman tuan, Saya berumur 35tahun..seorang surirumah sekarang ni..

    BalasPadam
  13. As salam Tuan

    Saya ada sedikit pertanyaan.

    Bagaimana saya nak buat tuntutan hilang upaya kekal jika penyakit yang saya alami tidak termasuk dalam laporan perubatan yang diberi semasa menghadiri temuduga jemaah doktor

    Untuk makluman tuan saya telah mengalami kemalangan ketika pulang dari tempat kerja dan dimasukkan ke hospital kerana patah bahu

    Saya juga telah diluluskan tuntutan hilang upaya sementara dan telah menghadiri temuduga jemaah doktor untuk tuntutan hilang upaya kekal

    Akibat kemalangan itu juga ibu jari kaki saya mengalami masalah untuk dibengkokkan dan rasa sakit ketika ditekan. Doktor yang merawat saya mengatakan itu masalah urat dan akan hilang dalam masa 2-3 bulan tetapi sudah hampir 6 bulan masalah sakit tersebut masih tidak hilang

    Adakah saya layak untuk membuat tambahan tuntutan hilang upaya kekal dam kes saya. Jika layak apa prosedur yang perlu saya buat

    Terima kasih tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam tuan Dzul,
      1.Dari apa yang saya baca saya anggap tuan dzul telah hadir ke Jemaah Doktor (JD) dan mungkin telah diputuskan mengalami Hilang Uapaya Kekal (HUK) dan mungkin telah diberi taksiran % hehehe ini agakan saya sahaja tuan :)

      2.Jika telah diputuskan % dan tuan telah bersetuju dengan % itu dan bayaran telah dibuat pada tuan maka tuan ada lagi peluang untuk membuat ULANGKAJI semula tentang kecacatan kekal tuan 3 tahun kemudian,masa itu tuan boleh kemukakan laporan perubatan baru yang pastinya MASUKKAN sekali kecatatan yang tuan nyatakan TAK termasuk dalam Laporan perubatan AWAL..saya jugak musykil macam mana pihak doctor tak masukkan kecederaan tuan dalam Laporan Perubatan yang dikemukakan pada pihak JD???apakah hospital yang merawat tuan berlainan??maksud saya ada 2-3 hospital?

      2.Jika tuan belum lagi ambil duit HUK atau belum lagi bersetuju dengan % yang diberi maka tuan berpeluang rujuk kes tuan ke Jemaah Doktor Rayuan (JDR)nahhh masa ni boleh kemukakan laporan perubatan sokongan tuan yang baru tersebut hehehe..

      wasalam

      Padam
  14. Assalamualaikum,sy ingin bertnya jika kita kemalangn di ofis tp tidak ke klinik mendptkan MC (gunakan annual leave) bolehkah sy buat claim dengan socso sbb baru2 ni operation lutut setelah keadaan menjadi teruk

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam semoga puan cepat sembuh,
      1.Seperti selalu saya nasihat pembaca blog saya..jatuh sahaja di tempat kerja x kirala cedera ringan atau teruk cepat2 lah ke Hospital mendapatkan rawatan untuk dapatkan cuti sakit dan rekod adanya rawatan pada hari kemalangan..APAKAH puan ke HOspital atau ke Klinik selepas kejadian jatuh di tempat kerja???

      Padam
  15. Salam. Kes suami di putus kan 16 peratus di bwh Dr Jemaah. Bagaimana pun pihak socso merayu utk semak kes ini kembali.sdgkan suami berjalan 14 thn utk kes ni dgn 2 kali kes di tolak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam puan,

      Semoga suami puan diberi kesihatan yang baik Inshallah.

      2.Puan saya tak faham sangat sebenarnya suami puan buat tuntutan apa puan?

      3.Saya pelik sangat ni puan tuntutan apa sampai 14 tahun tu?harap puan reply komen saya puan Inshallahs aya cuba jawabnya

      wasalam

      Padam
  16. Salam sejahtera..kawan sy disahkn hiv positif
    Bolehkn dia buat tuntutan pencen ilat Dan umur dia 45tahun skg

    .

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam sejahtera bro..saya doakan kawan bro diberi kekuatan!

      1.Saya sarankan kawan bro ke pejabat perkeso terdekat untuk buat semakan kelayakan Pencen Ilat..pun begitu setahu saya bila disahkan HIV positif kita masih boleh bekerja dan bila disahkan mengidap AIDS barulah kita tidak berupaya lagi untuk bekerja JIKA SAYA SILAP MAAFKAN SAYA BRO..namun macam saya katakana tadi mohon kawan bro buats emakan kelayakan Pencen Ilat ke mana mana pejabat perkeso terdekat HIV dan AIDS boleh dibuat tuntutan Pencen Ilat bro..cuma yang tentukan dapat atau tidak adalah pihak Jemaah Doktor (JD) yang akan memeriksa kawan bro itu

      thanks bro sampaikan salam sejahtera saya padanya bro

      Padam