1.Rasa
macam baru sahaja menulis di blog rupanya dah 16 tahun. Kadang kala sempat
update kadang kala setahun hanya berapa kali sahaja update nya, banyak halangan
sungguh dari segi masa dan capaian internet dan lain-lain. Bermula tahun 2010
menulis sekadar mengisi masa dan juga perkongsian maklumat dan lebih kepada
simpanan pengalaman boleh lihat masa bersara nanti. Satu Ketika dulu penulisan
blog memangla popular menjadi pihan pembaca namun la tidak lagi kot, banyak yang
mencari di media social lain yang pelbagai Facebook dan macam-macam lagi la.
Akan tetapi saya masih setia disini!
2.Inshallah
esok 1 Januari 2026 masuk tahun ke 17 nyawa blog ini. Tidak mengapa akan
menulis dan terus menulis bila ada masa sahaja. Maklumlah blog sekadar suka-suka
bukan ada nilai komersial apa pun. Namun Inshallah akan meneruskan perkongsian
maklumat kerja saya setiap masa terluang.
3.Kalau
nak diikutkan tahun 2025 ni hari-hari ada sahaja maklumat yang hendak
dikongsikan maklumlah setiap hari ada sahaja benda baru dan maklumat baru
hendak disampikan, pelbagai program dan libat urus pelbagai info saban hari
aaaaaa sesibuk PMX jadinya tahun ni hahaha. Mana taknya ceramah setiap hujung
minggu tak kan mis!ada Sahaja programnya itu hari minggu!hari kerja tak payah
kata la haha.
4.Apa
pun saya mencintai pekerjaan ini..saya bekerja sambil menuai pahala
Inshllah.Niat saya pulang ke kampung halaman pun niatnya untuk membantu
masyrakat disini.Depa nak ikut tak nak ikut itu depa punya pasai lah,janji kita
telah sampaikan maklumat yang betoi dan membantu semua pencarum PERKESO yang
memerlukan Inshallah.Ya saya masih di Skuad PERKESO Prihatin!!!





Tiada ulasan:
Catat Ulasan