Sabtu, 27 Disember 2025

ALHAMDULILAH TERIMA KASIH POKKIE TRANSPORT

 

1.Saya berpindah ke Kelantan dari Johor sejak tahun 2019. Namun baru Rabu lepas barulah betul-betul pindah barang-barang dalam rumah hantar Ke Kelantan. Kadang sebab hati dan kenangan terlampau banyak di tempat ‘lama’ tu yang jadi barang-barang masih tak ‘berpindah’ tempat walaupun tuan barangnya dah 7 tahun berpindah tempat ‘baru’.Nasiblah rumah sendiri tak perlu bayar sewanya,lagipun pantang cuti sekolah kami balik kampung ke Johor tanpa pernah gagal!!!

2. Namun kali ni betul-betul 'tanam' azam dalam hati haha apa jadi mesti bawa keluar barang-barang ni, bawa balik pulang ke kampung kedua di Kelantan haha, Lagipun dah lama terperap di Johor barang-barang takut rosak dibiarkan tanpa guna dan dijaga.Akhirnya bawa la balik..huhuhu barang sahaja balik kami tetap balik kampung ke Johor seperti biasa bila cuti panjanggg hahaha!

3.Alhamdulilah urusan dipermudahkan dek kerana terjumpa Pokkie Transport yang begitu baik dan bagus, call Sahaja terus setuju datang seorang anak muda yang cukup rajin,datang ambil barangan kami bersama ayah dan ibunya! Alhamdulilah servis anak muda ini terbaik!

4.Bagusnya Pokkie Transport ni beliau angkat barangan kita dengan cermat dan baik, saya hantar barang ‘pulang’ dulu sementara saya masih bercuti dan kekal di Johor. Barangan tiba di Kelantan Pokkie Transport terus hubungi dan siap hantar gambar bukti barang-barang disusun begitu baik,maklumlah nak susun dalam rumah tuannya tiada sebab saya masih di Johor,saya dah pesan siap-siap letak Sahaja di garaj sudah memadai. Alhamdulilah susunan kemas dan amat teratur, saya pulang just angkat dan atur sahaja. Alhamdulilah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan