1.Khamis lalu [18/12/2025] merupakan hari terakhir Nur Qaisara Humaira [team Humaira 1] menamatkan pembelajaran di Sekolah Menangah Sains Gua Musang setelah selesai menduduki Peperiksaan SPM,last paper nya 15/12/2025. Anak Sulong ini sentiasa berpindah randah sekolah mengikut saya dan Ibunya bertugas, dengan perpindahan saya ke Kelantan tahun 2019 setahun kemudian diikuti Ibunya juga ikut sama pindah. Tapi saya di Kota Bharu, manakala anak-anak dan Ibunya menetap di Gua Musang haha masa tu Ibunya mengajar di Sekolah Sri Wangi 2.
2. Boleh tahan juga Nur Qaisara Humaira ni, Januari 2012 pada usia 4 tahun beliau dah cukup matang dah aktif nak belajar sangat jadi saya hantar Sahaja ke Tadika Didik Harmoni Kluang, mengapa Tadika itu jadi pilihan?sebab dari kecil beliau minat Bahasa Cina dan Bahasa Inggerisjadi saya hantar beliau kat situ.
3.Hantar anak Tadika usia 4 tahun di Tadika tersebut menyebabkan rutin saya masa tu sibuk hahaha..Ibunya pada masa itu mengajar di Sekolah Kebangsaan Ulu Remis Layang-Layang Johor, jadinya tiappagi sayala siapkan si Nur Qaisara Humaira ni,usia 4 tahun susah jugak nak bangunkan dia,pastu mandikan dia pastu pakaikan pakaian dia pastu turun dari rumah kena beli bekal makanan siap-siap untuk dia makan kat Tadika sebab makanan kena bawa sendiri maklumlah Tadika Cina kan.
4.Belajar la beliau di Tadika tu hinggalah selesai haha..dipendekkan cerita habis tadika masuk Sekolah Kebangsaan Ulu Remis..sekolah dalam ladang sime darby Ulu Remis Layang-Layang Kluang Johor..Lepas tu pindah lagi ke Sekolah Kebangsaan Bukit Benut juga sekolah dalam ladang Sime Darby Bukit Benut Kluang..lepas tu pindah lagi ke Sekolah Kebangsaan Sri Wangi 2 Gua Musang sampaila belajar di Sekolah Menengah Sains Gua Musang..kasi ringkas cerita sekadar kenangan haha..nak tulis Panjang mau sampai pagi esok..ini baru kisah Humaira 1,ada 3 lagi Humaira hahaha
5.Kini
beliau selesai menduduki Peperiksaan SPM, sentiasa saya berdoa yang terbaik
untuk Humaira 1 ini, dalam diam tak pernah saya tinggalkan solat hajat untuknya
setiap kali mengiringi Langkah beliau ke dewan peperiksaan.
masa kecil
dulu gigih sungguh dia belajar tulisan cina..
Simpan buat
kenangan..







Tiada ulasan:
Catat Ulasan