Rabu, 8 Julai 2015

Sebelum raya@Aku harap dapat selesaikan semua kes tuntutan socso/perkeso kalian::


1.Salam geng dekat2 nak raya ni busy sikit geng tak sempat nak update blog dah ni hehehe..time dekat nak raya jugaklah banyak kes2 yang nak kena selesaikan secepat yang boleh dengan harapakan jika kes2 yang disiasat itu kes betul2 melibatkan tuntutan socso/perkeso dan disahkan bencana kerja maka bolehlah bayaran dibuat secepat mungkin sebelum menjelang hari raya..sekurang kurangnya dapat jugaklah pekerja yang kemalangan ini menyambut hari raya dengan duit socso/perkeso..harapan begitulah sebab tu penat ke tak larat ke kena siasat jugak kes kemalangan paling tidak 3 kes dalam sehari..itu aje yang mampu nak tolong.

2.Banyak majikan apabila berlakunya kejadian kemalangan jalan raya melibatkan perjalanan pekerja mereka dalam situasi pergi dan balik kerja yang melibatkan pekerja yang kemalangan tadi mendapat cuti sakit (MC) depa tak kan bayaq gaji pekerja kerana melepaskan tanggungjawab itu 100% pada pihak perkeso…jika begitulah hangpa buat kat pekerja, hangpa kena la hantar awal laporan kemalangan (BORANG 21) tu jangan la sampai berbulan2..nanti pekerja nak makan apa???tang ni aku tak setuju ni..(er er er pening sikit ayat aku ni wakakakakaka..) dengan kata lain jika pekerja terlibat dalam kemalangan jangan duk tanguh tanguh lagi hantar secepat mungkin laporan kemalangan pada pihak perkeso/socso..kerja tak payah pun ehhhh dan banyak kali aku dok ajar..carilah sendiri kat blog aku ni hahaha

3.Pasal tu setiap kes kemalangan yang dirujuk pada aku..seboleh-bolehnya aku nak siasat dan selesaikan dengan cepat..setidak tidaknya boleh membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung pekerja yang terlibat dengan kemalangan ni..er er itu pun jika kemalangan betul2 dalam kerja la..lau tak aku tolak juga.Namun dalam bulan2 puasa ni kadang2 faktor kepenatan juga menguasai diri..hehehe maklumlah aku yang soal siasat dok tanya macam2 aku tulis repot aku juga dok bawa keta pusing sana pusing sini penat wooo..macam tu la penyisat socso hahaha penat beb,mana2 kerja memang penat tapi kita mencintainya kerja lama2 biasa la tu Cuma bulan puasa ni cabaran sikit hahaha..time nak menulis dan time soal siasat tu kalau kena dengan pekerja yang cakap banyak pot pet pot pet jenuh nak melayan hahahaha dan masa yang sama nak buat karangan tulis hasil siasat ni mana nak layan borak lagi mana nak fikir ayat nak tulis lagi mana nak susun soalan nak tanya lagi hahahaha dugaan..kena pulak kalau menulis kat rumah pekerja yang tiada meja hm hm penat dan payah sikit…nak tulis terbongkok bongkok jadinya..

Jumaat, 3 Julai 2015

kemalangan semasa bercuti bukan bencana kerja@claim socso/perkeso

 
1.Dua hari lepas aku ke Ladang Arami Jaya Nitar dan Ladang Arami Jaya Terosot Mersing..macam biasala siasat kes kemalangan melibatkan tuntutan perkeso/socso..kedua dua Ladang Arami Jaya ini terletak agak jauh juga dari satu sama lain hehe..Ladang Arami Jaya Nitar untuk kelapa sawit dan Ladang Arami Jaya Terosot Khas untuk penanam getah..
 
 
2.Ladang Arami jaya Nitar senang aje aku nak cari dan masuk ke ladang tu...tapi untuk masuk ke Ladang Arami Jaya Terosot aku sesat wakakakaka...terpaksa panggil pekerja depa ambik aku kat jalan besar bawak pi masuk ladang getah tu...baru 2 tahun ladang terosot dibuka untuk tanaman getah kalau tak silap..luas jugakla
 
 
3.Berbalik pada kes yang aku siasat ni agak simple..kemalangan atas urusan peribadi..kena plak pada hari beliau sememangnya mengambil cuti rehat dan tidak bekerja..Jika kemalangan berlaku semasa tidak bekerja dan sudah pasti tidak melibatkan perjalanan pergi/balik kerja atau perjalanan yang tidak berkaitan kerja maka sudah pasti kes tuntutan itu ditolak dan tidak menetapi Seksyen 24 Akta Keselamatan Sosial Pekerja AKSP 1969. Ingat senario kemalangan jalan raya yang boleh di claim/di buat tuntutan perkeso/socso adalah melibatkan situasi kejadian kemalangan jalan raya semasa bekerja contohnya posmen hantar surat terlibat kemalangan hehehe, situasi kemalangan semasa dalam perjalanan pergi dan juga balik kerja, perjalanan yang berkaitan dengan kerja contohnya kena arah pi meating ka,jumpa pelangan ka bla bla bla dan kemalangan semasa hendak ke tempat makan dan balik makan dalam waktu rehat dibenarnya hehehe kalau hangpa mengular bukan time rehat tak terima kakakaka cedera katak la jawabnya hahaha..bab2 ni ada aku huraikan panjang lebar dalam post2 terdahulu cari sendirilah.
 
 
4.Er er sepatutnya jika kes2 yang dah terang2 bukan bencana kerja yang tiada kaitan dengan kerja tak payah hantorla borang tuntutan kemalangan ke pejabat socso/perkeso..kalau hantor jugak terpaksolah den pi siasat jugak walaupun da kompem2 tahu kes itu tidak diterima sebagai bencana kerja.Hehehe kes siasat ni hari2 ada geng :) kalau da hantar kertas siasatan kena lengkapkan juga walaupun dah tahu kes itu bukan berkaitan kemalangan yang membolehkan tuntutan perkeso/socso dibuat.
 
 

Rabu, 1 Julai 2015

soal jarak tidak timbul asalkan benar dan logik@claim perkeso/socso


1.Pernah ada pekerja yang bertanyakan soalan kepada aku..”jika sekiranya beliau tinggal di negeri lain dan bekerja di negeri lain dan sering berulag alik pada setiap hari untuk ke tempat kerja..jika dalam perjalanan ke tempat kerja dan terlibat dalam kemalangan adakah pihak perkeso melindunginya?”jawabnya cukup mudah sudah pasti pihak perkeso melindunginya seandainya betul beliau sering ulang alik pada setiap hari untuk ke tempat kerjanya dan kemalangan pada laluan/jalan yang betul. Untuk makluman Seksyen 24 Akta keselamatan soasial pekerja 1969 (AKSP 1969) tiada halangan untuk pekerja dan tiada jarak di tetapkan. Rujuk keratan pernyataan Akhbar my Big BOSS bagi ni hahahahaha...

2.Sebagai contohhhh.jika pekerja tersebut tinggal di Negeri Sembilan dan tiap2 pagi berulang alik ke tempat kerjanya di Kuala Lumpur/sepang dan sebagainya jika terlibat dalam kemalangan sudah pasti ianya di lindungi perkeso tidak kirala dengan kenderaan apa yang beliau gunakan untuk ke tempat kerja,contoh lain jika pekerja tinggal di ipoh ke tempat kerja di KL,tinggal di Sg petani kerja di p.pinang,tinggal di Melaka kerja di Muar johor hahahaha banyak contoh lah!!!tak jadi masalah..boleh claim perkeso jika kemlangan dalam perjalanan pergi atau balik kerja..pastikan kediaman yang kita tinggal itu kediaman tetap kita la..tak kirala rumah sewa ke kuarters ke janji tiap2 malam kita tidur kat situ..

3.La ni jarak perjalanan tak heran sangat..tambah2 adanya LRT,ketetapi laju bas lagila senang ulang alik ke tempat kerja walau jaraknya jauh..perjalanan Ipoh–KL pun ambil masa dah sejam kan kan..sempat ehhh nak ulang alik ke tempat kerja.

Isnin, 29 Jun 2015

Pesakit diabetes bekerja dan kemalangan di tempat kerja@claim perkeso/socso

 
1.Hari ni aku siasat kes kemalangan di tempat kerja..sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit..kes ini agak rumit juga melibatkan pesakit diabetes/kencing manis yang ditimpa kemalangan di tempat kerja..umum mengentahui pesakit kencing manis agak sentisif pada luka..luka sikit aje terus jadi besar merebak jadinya...itu diabetes tahap kronik la tu...kerana luka kecil boleh menyebabkan anggota badan kena potong beb..banyak dah kes sebegini aku jumpa..
 
 
2.Dalam kes yang aku siasat ini cukup simple...pekerja tengah dok lakukan kerja pembersihan/housekeeping di dalam kawasan kilang sawit tup2 kaki terpijak dawai besi..pakai kasut pun leh tembus plak.. tu la silap juga tak pakai safety bot...serpihan dawai besi tadi masuk ke dalam kaki..patah didalam kaki serpihannya..lalu terpaksa buat pembedahan untuk keluarkan serpihan itu...dah la pekerja ni dah ada kencing manis..kesannya cukup bahaya geng..luka merebak pergelangan kaki terpaksa dipotong...haru haru..apakah kes sebegini kes perkeso? ya jika adanya kejadian sebegini di tempat kerja ianya sudah pasti kes perkeso dan boleh dibuat tuntutan dengan pihak perkeso...itulah untungnya kalian mencarum dengan perkeso..tak susah untuk menuntut hak kita yang benar2 hak!!!yang bukan hak kita tuntut macam mana pun tak kan dapat time tu jangan nak salahkan sape2 hahahaha..itu bukan hak kita kan kan..
 
 
3.Er er yang tak best hari ni nyaris kena gigit anjing celaka betul...dah tau orang nak pi rumah tambat jauh2 anjing tu..dah la anjing garang adowwla..ini rumah kedua yang aku pi hari ni..dua ekor anjung sambut aku depan pintu adowla..ni la antara cabaran..kalau yang pompuan kompem tak mau masuk rumah aku ngasa..garang beb..kalau terlepas tali alamak aku pulak la yang claim dengan socso.

Ahad, 28 Jun 2015

Masuk Ladang Selai@Kes tuntutan socso/perkeso

 
1.Hari ni aku masuk ke Ladang Selai..Ladang Selai adalah Ladang Kelapa Sawit milik kumpulan Kulim Berhad..oleh kerana nak masuk Ladang so macam biasa seawal pagi aku dah kena gerak..bukan apa malas nak bawak kenderaan laju2 hehehe..masuk ladang banyak jugak cabaran bagi yang tak mahir memandu macam aku ni kakakaka..dah la mata rabun jauh..vrommmm ambil kenderaan Jabatan dulu...hehehe masuk lading kalau guna keta viva aku alamak hancur leburla geng..tak balik raya aku tahun ni karang kakakaka..
 
 
2.Jalan Ladang biasalah bukannya semua berturap..untuk ke Ladang Selai pun sama..jalan masuk mengunakan jalan paloh-jalan ladang tereh (berturap)-jalan  hendak masuk Ladang Selai (Tanah merah) perjalanan bagi yang tak pandai memandu macam aku ni adalah dalam 45 minit kakakaka..boleh jugak sampai 1 jam hahaha tengok kedaanlah..untuk sampai ke Ladang Selai jika melalui Jalan Paloh-Jalan Ladang Tereh-Ladang Selai pasti kena melalui 2 pemeriksaan keselamatan Ladang..pertama Pondok Kawalan Keselamatan Ladang Tereh dan kedua Pondok Keselamatan Ladang Selai hehehe bukan calang2 boleh lepas kawalan depa ni :)
 
 
3.Vrommmm bawa kereta Toyota Fortuner sememangnya best jika melalui jalan sebegini melantun kiri melantun kanan yeahhhh hehehe..dalam hati bila nak sampai bila nak sampai hahahaha bawak keta sorang2 dikala bulan ramadhan ni kadangkala mengantuk beb dan agak memboringkan..tambah2 masuk ladang sorang2 sebegini..tapi kalau bulan biasa tak pa hahahaha..macam2 leh tibai sebelum sampai ladang..hohoho dalam sebulan banyak kali jugakla masuk ladang..tengok pada kes la..jap ada jap tak dak
 
 
4.Dalam 45 minit lebih baru sampai ke destinasi yang hendak dituju..pi opis Ladang Selai dulu..macam biasa semak kes tuntutan kemalangan perkeso/socso...buat sikit soal siasat..tengok dokumen apa yang berkaitan...vrommmmm ke rumah pekerja yang kemalangan pula..sememangnya jauh macam mana jarak sekalipun kami pasti akan sampai ke tempat kalian..tiada alasan untuk itu beb...vrommm..dari jauh kelihatan pekerja yang sepatutnya aku jumpa telah menunggu di depan pintu..beliau terlibat dalam kemalangan kerena ketika menunggang motorsikal untuk balik ke rumahnya tiba2 seekor biawak besar melintas jalan wacaaaaaaaa terkejut geng..lalu akak ni elak dan terus hilang kawalan motorsikalnya lalu motorsikal dan penunggangnya menghemtam pokok kelapa sawit di tepi jalan gedebanggggggg...pengsan kat situ jugak!!!sian akak ni teruk juga kecederaanya..
 
 

Selasa, 23 Jun 2015

Masuk kedai nombor ekor hohoho@siasat kes tuntutan socso:)

1.Salam geng..dalam bulan2 puasa sebegini kadang2 terasa malas plak nak jenguk blog ni kakakaka bukan pa kadang2 baru je buka terus mata jadi lali hahaha maknanya nak tidoq la tu..zzzzz
 
 
2.Puasa tak jadi halangan keje mesti on macam biasa jugak geng..mana2 kerja sekalipun kena pulak yang jadi buruh binaan lagila..cuaca yang panas adehhh tak tertahan rasanya..dalam bulan puasa sebegini biasanya aku paling maksima pun bawa 3 kes sahaja dalam sehari..3 kes tapi kalau kena siasat kes banyak tempat jadi 6 tempat jugak kena lawat dalam satu hari pehhhh boleh tahan jugak penat geng..
 
3.Hari ni salah satu kes yang aku siasat adalah kes kemalangan jalan raya melibatkan pekerja syarikat jualan tiket nombor ramalan sportoto hahahaha..senang cakap pekerja kedai jual nombor ekor lah..dek kerana beliau pekerja dan majikan mencarum beliau pada perkeso maka sudah pasti kejadian kemalangan tersebut dilindungi seandainya melibatkan perjalanan pergi dan balik kerja..macam biasala..
 
 
4.Bila melibatkan pekerja kedai nombor ekor ni terpaksa jugakla masuk ke kedai jual nombor ekor itu untuk selesaikan kes tuntutan kemalangan pekerja ini hehehe ini bukan kali pertama aku masuk kedai2 nombor ekor untuk siasat kes kemalangan pekerja mereka namun setiap kali nak masuk pasti sudah banyak mata memandang walaupun kita pergi atas urusan rasmi hahahaha tak sedap hati pun ada kakaka..
 
 
5.Bila masuk ambil stetment majikan buat siasatan kemalangan sesi tu pulak buat dalam kaunter pehhhh hahahahaha kompem time tu kalau orang melayu dating nak beli nombor depa akan u turn balik umah kakakakaka ada pun yang u turn sebab depa ingat aku pegawai jabatan agama bekali wakakakakakakka..macam macam
 
6.Kerja lah apa pun pastikan majikan mencarum diri kalian dengan perkeso Inshaallah tak rugi :)