1.Salam Geng berdasarkan pengalaman aku memang ada benarnya..sejak akhir-akhir ini ramai kawan2 kita yang mengalami masalah kurang pendengaran dan ada yang hilang pendengaran akibat terdedah kepada suasana kerja yang cukup bising, antaranya yang bekerja di kilang2 mosaic,kilang kelapa sawit dan seumpamanya..Apa yang harus hangpa lakukan jika mengalami masalah ini disebabkan kerana kerja????ho ho ho seperti yang aku dok cerita setiap masa hangpa boleh lah buat tuntutan dengan pihak PERKESO kerana penyakit yang disebabkan kerja sebegini kalian boleh buat tuntutan degan pihak PERKESO dibawah skim tuntutan Penyakit Khidmat!!!!sekali lagi aku ulang ia adalah tuntutan penyakit khidmat!!! senang aje pi pejabat PERKESO terdekat ambil boring 34 dan isi di ruangan tuntutan Penyakit Khidmat hahaha tak susah tak payah pun dan semua urusan ini ADALAH PERCUMA!
Rabu, 13 September 2017
Ahad, 10 September 2017
Tuntutan Kemalangan Pemandu Teksi Pertama di Johor dengan PERKESO
1.Salam geng..Hari ini
ke stesen teksi dan kereta sewa Kluang,bukan pi sorang tapi pi bersama my Bos..pi sana
bukan nak pi cari teksi nak pi melancong, bukan nak tempah teksi nak
ronda sana sini kikiki bukan nak pi tengok awek dok tunggu teksi
kikiki tapi pi sana untuk sampaikan ‘cek’ bayaran Hilang Upaya
Sementara (HUS) atau senang cakap bayaran MC lahhh..kepada Encik Mustakim bin Jalel pemandu
teksi yang telah terlibat dalam kemalangan semasa bekerja..semasa dok bawa teksi lahh..kebetulan Encik Mustakim ni jugak Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Daerah Kluang..depa pandu teksi kita
panggil bekerja la tu bukan main2 tau penat wooo kerja mandu teksi ni
hangpa tak cuba tak tahu hahaha kena bangla Vietnam naik teksi
mampuih dok berperang tak faham bahasa nak murah tambang la bla bla
bla kikiki.. aduhhh melarat kok lain dah aku ni..hehe hangpa jangan
tak tahu PERKESO kini telah mewujudkan Skim khas untuk melindungi dan
menjaga kebajikan pemandu-pemandu teksi di negara ini..sedap dengar
kan ‘steatment’ tuhhhh kikiki..betul2 melindungi kebajikan
pemandu yang ditimpa ‘bencana’ semasa bekerja Inshallah melalui
kewujudan Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri percayalah ia akan
banyak membantu dikala kalian dilanda musibah kemalangan semasa
bekerja..sat gi aku habaq noo..skim ni baru aje berkuatkuasa pada 1
Jun 2017 yang lalu…baru lagi dan masih belum dapat dihadam oleh
geng2 dan Otai2 pemandu teksi lagi sebab ia benda baru kakaka benda baru biasala..lama2 ok
la tuuu..kalau bini baru Inshallah hari2 hadam kah kah kah..Inshallah bini
baru wakakakaka..kita boleh kah kah kah..ehh ini bukan bini baru TAPI ini SKIM BARU hahaha..tidur luar aku silap2 malam ni kikiki..
2.Adehh berbalik pada
citer pi stesen teksi Kluang tadi..Alkisahnya Encik Mustakim bin Jalel ini adalah Pemandu teksi dari kumpulan yang terawal mendaftar dan mencarum dengan pihak
PERKESO melalui Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri ini, yakni sebaik sahaja Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri ini
diperkenalkan dan dikuatkuasakan pada 1 Jun 2017 beliau terus mendaftar dan membuat caruman dengan PERKESO dan nak di jadikan
cerita selesai pendaftaran dan pembayaran caruman, pada 30.6.2017
beliau ditimpa kemalangan semasa sedang bekerja menghantar pelanggan
dari stesen teksi Kluang hendak ke terminal bas Larkin huh gedebommmm kat lebuh raya utara selatan masa nak pi Larkin tuuu beb..mujur
kemalangannya tidak melibatkan kecederaan yang teruk..mujur luka2 biasa ja hehehe namun dapat
jugak la merasa 7 hari cuti sakit hehehe..dan sebenarnya kes ini
adalah kes kemalangan Pertama melibatkan claim/tuntutan dibawah skim ini namun
beliau pada masa itu mengambil sedikit masa untuk mengemukakan
dokumen jadinya lambat pi hantar kat PERKESO jadi ia menjadi tuntutan
kedua di Malaysia dibawah skim ini dan pertama di Johor di bawah Skim
Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri..hehehe masuk statistic dah Encik Mustakim ni kikiki kedua pun kedua lahhh hahaha..kalau boleh kita semua memang tak mahu kemalangan nihhh namun apa nak buat..ia datang tanpa kita jemput woooo..alih2 merasa katil hospital kikiki.
3.Alhamdulilah sebaik
menerima permohonan tuntutan pihak PERKESO segera memprosesnya dan
bayaran segera telah pun dibuat!!!Dapat juga rasa bayaran cuti sakit
dari PERKESO walaupun 7 hari sahaja kikiki..jumlah bayaran tok sah habaq
la duit orang kah kah kah..Namun cuba hangpa bayangkan kalau tiada
caruman dibuat dengan pihak PERKESO dan jika kemalangan itu
mengundang kecederaan yang teruk, yang parah..atau menyebabkan
kematian apa akan jadi????sapa nak tangung anak bini
nanti?Alhamdulilah dengan adanya skim ini jika berlaku kecederaan
teruk mana sekalipun pihak PERKESO akan menguruskannya..pemandu teksi
boleh buat tuntutan sepertimana pekerja lain..boleh tuntut claim MC
boleh tuntut cacat kekal boleh tuntut bil perubatan dan jika
melibatkan kematian waris pemandu teksi ini akan menerima Pencen
sepertimana skim yang lainnya…samaaaaaa tapi di bawah skim yang
berbedaaa haha..tak faham mai la jumpa aku habaq sampai faham
kikiki..sama aje geng situasi kemalangan dengan skim yang lain iaitu
kemalangan pi kerja balik kerja semasa bekerja..hehehe nak panjang
lebar nanti lain kali aku tulis lagi secara detail.
4.Hahaha
panjang lebar aku dok citer ni bukan apa aku nak minta hangpa war war
kan agar pak cik2 hangpa yang memandu teksi, abang2 hangpa yang
memandu teksi, kawan2 hangpa yang memandu teksi habaq la kat depa
mencarumlah dengan PERKESO tak rugi baq hang..caruman PERKESO rendah
sahaja ikut kemampuan kita..ada 4 jenis caruman pilihan hehehe senang
cakap la..bahasa mudahnya ada RM157.20 setahun ada RM232.80 setahun
ada RM442.80 setahun dan pilihan Maksimum caruman bagi skim ini
RM592.80 setahun..bayaq setahun terus dan hangpa terus
dilindungi…akak2 yang ada suami pandu teksi tu habaq la kat suami
abang abang kalau abang sayang saya mencarumlah dengan PERKESO
hehehe..sebab apa kalau jadi apa2 kat abang..PERKESO sedia membantu
hahahaha..betul ni tak tipu sikit pun!!!habaq tauuuu..
5.Cara nak daftar jangan
dok pening kepala hangpa pi aje ke pejabat PERKESO terdekat hehehe
Inshallah depa akan bantu sebantu bantunya jangan dok risau jangan
dok takut pi aje…kebanyakkan depa hensem2 macam aku waaaakah kah
kah kah..pi la..hangpa tak kan menyesal kikikiki..
Sabtu, 9 September 2017
Penyakit Khidmat Claim dengan PERKESO
1.Penyakit Khidmat senang cakap dan dengan bahasa mudahnya merujuk apa sahaja penyakit yang terbit disebabkan kerja yang kta lakukan, penyakit ni bukannya hadir secara semula jadi atau hadir disebabkan warisan turun temurun tapi ia hadir kerna kesan dari pekerjaan yang kita lakukan sehari hari.
2.Dalam blog ini sahaja dah berpuluh kali aku dok ceritakan berkenaan Penyakit Khidmat ni,tapi macam biasalah aku takkan jemu dok cerita benda yang sama dengan harapan dapat membantu hangpa semua.
3.Pelbagai jenis Penyakit Khidmat ni geng..ia berkaitan dengan kerja hakiki yang kita dok lakukan di tempat kerja, ok contohnya jika hangpa kerja di tempat yang bising serti mengendalikan mesin mesin yang besar berbelas belas tahun lamanya kerja lama kelamaan dulu tidak pekak la ni jadi pekak atau hilang pendengaran hehehe tu namanya hangpa dah mengalami Pentakit Khidmat..kalau dah pekak jangan dok tunggu lama-lama hahah claim lah dengan PERKESO pi opis depa ambil borang 34 maka bagi kat majikan ISI kikiki..
4.Dua tiga hari lepas aku ada ke sebuah kilang ayam..senang cakap kilang memproses ayam..kerja berbelas tahun di kilang ayam dok bermain dengan ayam dan kotoran ayam lama kelamaan habis rosak tangan sebab alahan pada bahan buangan ayam dan air dari ayam..habis tangan gatal,sakit berdenyut-denyut bengkak,rosak kuku dan sebagainya ia adalah penyakit khidmat dan boleh buat tuntutan dengan pihak PERKESO!caranya macam aku dok habaq tadi laaah..hangpa pi pejabat PERKESO terdekat ambil borang 34 dan minta majikan isi hehe..
5.Isi borang 34 tu pastikan isi di ruangan tuntutan Penyakit Khidmat sahaja, jangan dok isi tempat lain plak kakakaka...borang 34 tu senang aje ehhhh isi aje kiki..dan dalam tu akan disertakan borang Laporan Perubatan (LP) dan borang Laporan Perubatan tu kena hantar ke Hospital yang selalu hangpa dok terima rawatan..biasanya makan masa 2 minggu bekerja baru pihak Hospital keluarkan laporan Perubatan..pas dapat Laporan Perubatan tu hangpa hantarlah bersama borang 34 tu ke pejabat PERKESO terdekat...pastu tunggulah tak lama kemudian pihak PERKESO akan hantar surat panggil hangpa ke Jemaah Doktor Khas(JDK) Jemaah Doktor Khas (JDK) inilah yang akan menentukan hangpa mengalami Penyakit Khidmat atau tidak hehehe kalau alami Penyakit Khidmat nanti depa bagi la PERSEN(%) kikiki kalau tak alami Penyakit Khidmat maka tak dak apa2 bayaran lah hehehe..
6.Geng kesemua URUSAN ini adalah PERCUMA!!!!!
Khamis, 7 September 2017
Suami di rempuh lori balu tuntut pencen penakat Perkeso
1.Salam geng...maaf banyak2 geng..busy sokmo aku la ni haha banyak soalan2 dari hangpa memang x sempat nak jawab tapi aku cuba jugak jawab walaupun lambat..ampunnnn aku geng, banyak kes tuntutan perkeso nak kena aku selesaikan geng..pastu si blog aku ni plak buat hal hahaha jenuh tak dapat2 nak upload gambaq aduuuh ni baru la dapat tak tahu apa masalahnya..OK Geng..minggu lepas sempat juga aku membantu seorang balu india yang kematian suami akibat di rempuh sebuah lori yang mengundur dari tempat parkingnya dari atas bukit, kesian beliau meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital.
2.Apa yang nak aku habaq kat sini walaupun mati atas apa sahaja 'sebab' jika kita mencarum dengan pihak perkeso dan cukup dari segi kelayakan bulan caruman dan umur belum mencapai 60 tahun hangpa boleh tuntut Pencen Penakat dengan pihak Perkeso..Pencen Penakat ni aku sengaja dok ulang banyak kali sebab masih ramai yang masih kurang faham walaupun banyak dah dok ceritakan kat media..takpa aku takkan jemu cerita walaupun benda yang sama sebab aku yakin hangpa yang dok cari maklumat ni akan ada manfaatnya.
3.Jadi sebaik sahaja tahu akan kejadian tersebut aku pun pergila berkunjung ke kediaman keluarga yang baru kematian suami ni..jadi bila di buat semakan didapati suaminya layak dan memenuhi syarat kelayakan pencen penakat jadi aku tolong isi borang tuntutan pencen penakat kat situ juga dan ambik segala dokumen yang di perlukan kat situ juga masa tu juga selepas semua siap aku bawa balik opis dan selesai hari yang sama!!!!Esoknya boss aku pi hantaq cek Faedah Pengurusan Mayat (FPM)RM2000 kepada balu mendiang ni, balu si mati ini juga akan menerima pencen penakat secara bulanan sehingga beliau meninggal dunia,bagi syer anak2 pula hingga anak2 umur 21 tahun!!!!
4.Macam yang aku dok habaq tiap2 kali kat blog aku ni kalau berlaku sebarang kematian sila la ke pejabat Perkeso buat semakan dulu..tak rugi geng kita buat semakan kat perkeso untuk menentukan sama ada layak atau tidak tuntutan Pencen Penakat.SEMUA URUSAN ADALAH PERCUMA!!!
Khamis, 31 Ogos 2017
Khamis, 24 Ogos 2017
Lima Yatim Piatu Terima Pencen Penakat Perkeso@Kampung Contoh Kahang
1.Lima beradik yatim piatu di kampong Contoh Kahang melahirkan kesyukuran dan berterima kasih tidak terhingga pada pihak Perkeso yang bertindak segera memproses tuntutan Pencen Penakat Arwah Bapa dan Ibu mereka yang meninggal dunia pada baru2 ini. Arwah Bapa dan Ibu mereka meninggal dunia setelah mengalami pelbagai penyakit kronik..Arwah bapa mengidap kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung manakala arwah Ibu pula mengalami sakit kanser usus dan hati tahap 4. Kelima lima beradik tersebut ditemui ketika kunjungan kami ke rumah mereka untuk menyampaikan cek Faedah Pengurusan Mayat (FPM) untuk kematian Arwah Bapa dan kematian Arwah Ibu mereka, dimana setiap satunya FPM (Faedah Pengurusan Mayat) berjumlah RM2000.00, adik beradik yatim piatu ini diwakili abang sulung mereka untuk menerima cek tersebut. Cek disampaikan oleh YB ADUN Kahang (YB Vidya).
2.Kelima lima beradik ini berumur antara 29 hingga 19 tahun..masih tinggal bersama di kediaman yang dibina hasil bantuan pihak Baitulmal..Alhamdulilah..kini mereka boleh menghela nafas lega apabila bukan sahaja menerima Faedah Pengurusan mayat (FPM) dari pihak Perkeso bahkan mereka juga menerima Pencen secara bulanan dari pihak Perkeso iaitu Pencen Penakat, dimana mereka menerima dua Pencen Penakat sekali gus iaitu Pencen Penakat bagi kematian Arwah Bapa dan juga Pencen Penakat bagi kematian Arwah Ibunya..kedua dua pencen itu dimasukkan secara bulanan ke dalam akaun bank Abang sulung mereka yang bertindak sebagai penjaga bagi adik-adiknya.
3.Abang sulung adik beradik yatim piatu yang ketika ditemui juga berjanji akan mengunakan wang pencen Pencen Penakat Perkeso secara berhemah untuk membiayai kehidupan adik beradik mereka.. dan sebahagiannya akan dibelanjakan untuk tujuan Upah Haji bagi arwah bapa dan ibunya..Seringkali di ingatkan Pencen Penakat ini adalah pencen yang diberikan kepada Pencarum Perkeso yang meninggal dunia selain dari kes bencana kerja...kematian dalam pelbagai sebab atau tanpa sebab memenuhi kelayakkan dari segi jumlah CARUMAN dan kelayakkan UMUR belum mencapai umur 60 tahun! Berkunjunglah ke mana-mana pejabat Perkeso terdekat untuk membuat semakan kelayakan pencen Penakat ini sekiranya berlaku apa-apa kematian keatas sanak saudara,sahabat handai atau jiran tertangga! SEMUA URUSAN ADALAH PERCUMA!
Rabu, 23 Ogos 2017
Lagi kes kematian claim/tuntut pencen penakat Perkeso
1.Salam geng hahaha adehhh bulan ni baru sekali aku sempat jenguk ka blog ni kikiki mapuih la..tak sempat geng nak update..takut rasanya nak buka ruangan komen kesian kat hangpa dok tanye..jenuh dok menunggu reply.. sat gi aku cuba jawap sikit2 nooo..la ni banyak sangat kes kemalangan yang nak kena siasat untuk tuntutan kemalangan dengan pihak PERKESO pasai tu tak sempat nak update blog geng..balik malam badan dah penat apa lagi tido la..
2.Dua hari lepas aku siasat kes kematian seorang penunggang motorsikal..muda lagi orangnya..mendiang ni bukannya kemalangan balik dari kerja atau kemalangan yang berkaitan kerja..tapi mendiang keluar pi bandar atas urusan peribadi lah..bila nak balik rumahnya beliau kemalangan dengan sebuah kereta..meninggal dunia kat situ jugak..boleh ka claim dengan PERKESO jika begitu???
3.Apa kaitan mendiang dengan PERKESO seandainya kemalangan itu berlaku bukan dalam situasi balik kerja/pergi kerja/atau perjalanan yang berkaitan kerja?senang cakap mendiang tak kerja hari tu???OK dalam situasi begini tuntutan apa yang boleh dibuat dengan pihak PERKESO seandainya kemalangan itu menyebabkan kematian???
4.Untuk makluman kes mendiang ini disiasat dibawah tuntutan pencen PENAKAT..betul untuk kes bencana kerja memang mendiang tak dapat sebab kemalangan berlaku bukan masa dia kerja..namun apabila semakan mendapati bilangan jumlah caruman pekerja ini layak dan umur juga belum mencapai 60 tahun maka mendiang layak membuat tuntutan dengan pihak PERKESO dibawah tuntutan Pencen Penakat dan waris mendiang iaitu Ibu dan Bapa dan adik2 bawah umur 21 tahun layak mendapat Pencen Penakat secara bulanan..hangpa mesti ramai yang tak tahu kan kan kan..
5.Senang cakap kalau berlaku kemalangan menyebabkan kematian bagi sapa saje yang mencarum/pernah mencarum dengan perkeso maka pi la ke pejabat perekso terdekat buat semakan kot-kot memenuhi kelayakan pencen penakat!!!!! SEGALA PROSES INI ADALAH PERCUMAAAAAAAAA..
6.Berbalik kepada kes mending yang aku cerita tadi..kami dapat maklumat kematian mendiang dari paper metro lepas tu kami buat semakan kelayakan caruman Pencen Penakat maka mendiang layak dan kami ke rumah keluarga mendiang dan segera membantu mengisi borang tuntutan dan selesai hari yang sama esoknya kami bagi cek faedah pengurusan mayat (FPM) berjumlah rm2000 kepada warisnya dan mereka akan menerima pencen secara bulanan!!!!!
Langgan:
Catatan (Atom)























