Jumaat, 25 Januari 2013

1.9 juta baucar saringan untuk program saringan kesihatan perkeso telah selesai dihantar!!!!



Kuala Lumpur: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selesai menghantar baucar saringan kesihatan percuma kepada 1.9 juta pencarum yang layak.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) agensi itu, Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata PERKESO memperuntukkan RM200 juta di bawah skim berkenaan yang baru saja dimulakan dan akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Februari ini. Ujian saringan kesihatan percuma bagi pekerja sektor swasta diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat pada 28 September lalu.Di bawah skim itu, pencarum berumur 40 tahun ke atas layak menjalani ujian saringan kesihatan percuma bagi mengesan penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes, kanser dan masalah jantung. Azman berkata, ujian saringan itu meliputi pemeriksaan fizikal, profail darah, ujian air kencing dan bagi wanita, ujian ‘pap smear’ serta mamogram yang akan dilakukan doktor panel. Beliau menasihatkan mereka yang belum menerima baucar percuma itu menghubungi hotline PERKESO di talian 03-42521258, 03-42524475/76 dan 03-42525089 atau pejabat PERKESO terdekat untuk maklumat.

Pelaksanaan skim dialukan
Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengalu-alukan langkah PERKESO melaksanakan skim itu dalam tempoh empat bulan selepas diumumkan dan berharap agensi berkenaan terus memantau pekerja yang selesai menjalani saringan bagi memastikan mereka sihat sehingga mencapai umur persaraan. - BERNAMA

3 ulasan:

  1. salam bro..banyak betol info berguna demo bagi..tq...
    Bro..ambo ada JDK minggu depan....lepas JDK ni apa plak prosedur dia erk...ambo buat tuntutan penyakit khidmat..minggu depan ni 2nd punya JDK..1st JDK tak buat keputusan..ahli JDK nak buat ujian..ujian hari tu memang ambo positif la..doktor pun sokong jugak..so lepas JDK tunggu lagi ke mcm mane erk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam bro:
      1.Sakit gapo terrrrrr..semogo cepat sihat!!!

      2.Aaaaaa tepat sekali jika tuntutan penyakit khidmat sememangnya dirujuk ke Jemaah doktor Khas..Jemaah Doktor Khas ini akan tentukan sama ada sesuatu permohonan penyakit khidmat itu betul disahkan penyakit khidmat disebabkan kerja atau sebagainya..

      3.Pada saya sebaik sahaja lepas saudara menghadiri jemaah Doktor Khas dan pihak JDK telah buat keputusan maka ia adalah muktamad!selepas ini tiada lagi prosedur yang saudara akan lalui heehehehe..

      4.Pun begitu ia juga bergantung atas hasil siasatan yang terdahulu yang dibuat atas saudara..disitulah akan dapat tahu PUNCA SEBENAR PENYAKIT KHIDMAT yang saudara hidapi...CONTOHNYA JIKA SAUDARA MENGHIDAPI PENYAKIT SEPERTI HILANG PENDENGARAN/PEKAK YE MEMANG JEMAAH DOKTOR SAHKAN ANDA PEKAK AKAN TETAPI PEKAK ITU ADAKAH IA BERPUNCA DARI PEKERJAAN YANG SAUDARA LAKUKAN HARI2????HEHEHEHE mungkin jugak pekak itu dari aktiviti menembak,mungkin juga aktiviti menyelaam dan sebagainya..AKAN TETAPI JIKA SAH LAH KILANG TEMPAT SAUDARA KERJA ITU BISING TERAMAT SANGAT MENCAPAI 160 DISEBEL CONTOHNYA DAN MENYEBABKAN SAUDARA JADI PEKAK MAKA SUDAH TENTU LAH PIHAK JEMAAH DOKTOR KHAS AKAN SAHKAN SAUDARA MENGALAMI PENYAKIT KHIDMAT DAN IA SELARAS DENGAN HASIL SISATAN MAKA PEMBAYARAN AKAN DIBUAT HEHEHEHE..ITU SEBAGAI CONTOH SAHAJA ...AMBO TAK PASTI DEMO SAKIT GAPO TERRRRR ACU ROYAK GAK :)


      Terima kasih sudi singgah blog saya...

      wasalam

      Padam
  2. as salam ! boleh kah sy memohon ujian saringan kesihatan percuma dari pihak tuan sedangkan sy telah berhenti mencarum selama 2 tahun lebih atas sebab majikan sy telah diisytiharkan bankrup.Jika boleh bagaimana caranya untuk sy mendapatkan kupon tersebut dan apakah syarat-syaratnya.tkasih.

    BalasPadam