Rabu, 23 Januari 2013

siasat kes@perkampungan orang asli sedohok

1.Hari ni aku masuk Perkampungan Orang Asli Sedohok di Kahang, suku Orang Asli yang tinggal diperkampungan ini adalah dari suku Jakun, macam biasa aku masuk kampung ni semata mata nak selesaikan satu siasatan kes kemalangan...pehhhh kes ni pun satu hal..mentang2 lah orang asli yang kemalangan depa buat dek jeh..1 tahun baru majikan lapor kemalangan..mangkuk tingkat betul lah lau dapat majikan macam ni!sian kat Orang Asli tuuuu

2.Seperti dijanjikan dalam jam 9.30 pagi aku mula memandu kenderaan menuju ke Perkampungan Orang Asli sedohok...baru sahaja sampai pertengahan jalan menuju ke Kampung Orang Asli itu aku dihubungi penduduk kampung itu mengatakan jalan menuju ke kampung mereka ditengelami air banjir...agak teruk!!!Oleh kerana kes ini agak urgent aku gagahi jugak cuba masuk ke kampung tersebut!Hasrat hati nak selesaikan kes itu secepat mungkin!!!Namun betul lah sepertimana dimaklumkan penduduk kampung yang keluar dari perkampungan Orang Asli sedohok itu yang mana jalan ke kampung mereka di telengami air banjir!!!Akibatnya hehehe tersadaila di pertengahan jalan hahahahahaha tu lah degil sangat!!!!

3.Oleh kerana jalan yang biasa dilalui untuk ke kampung Orang Asli ini tenggelam maka aku hubungi pemuda orang asli yang aku nak temuduga siasat itu lalu beliau maklumkan akan tunjukkan arah jalan lain/hehehehe jalan pintas katanya er er jalan tanah merah berselut...nama je jalan pintas hakikatnya jauh wooooooooo lebih jauh dari jalan biasa dan amat teruk sekali jalannya untuk ke kampung beliau..apa nak buat hentam ajelah...

4.Perjalanan masuk guna jalan pintas yang tak berapa nak pintas ini agak teruk juga!!!nasib aku drive Fortuner...kalau viva kompem terbenam lah jawab nyer hehehehe..perjalanan ambil masa lebih kurang setengah jam...bla bla bla akhirnya sampai jugak ke kampung orang Asli sedohok!!!!kampung yang dilengkapi kemudahan sekolah,dewan rawatan,balai raya dan banyak lagi...kira OK la..kampung orang Asli sedohok ni agak tinggi walaupun jalan masuk ke kampung tu telah banjir dan tenggelamkan jalan tapi kat kampung ni tak dak air....

5.Sampai kat kampung orang asli ni maka aku dijemput naik ke rumah mereka hehehehe..maka bermula lah sesi penyiasatan..makan masa leh tahan lama jugak la hehehehe bla bla bla...akhirnya siap!er er hajat hati nak jumpa Tok Batin kampung ni tapi masa aku masuk tadi selisih di pertengahan jalan rupanya tok batin tadi naik motor keluar kampung hehehehe ke bandar agaknya ..hm hmmelepas nak jumpa tok batin hahahaha..lau sempat jumpa nak jugak minta akar2 kayu hahahhaha
antara kemudahan di sini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan