Khamis, 29 Oktober 2015

Hernia disebabkan pekerjaan amat jarang berlaku@tuntutan perkeso

 
1.Hernia di sebabkan atau berpunca dari pekerja jarang sangat berlaku..sebab itulah kebanyakkan permohonan berkenaan tuntutan penyakit Hernia dengan pihak perkeso biasanya gagal ini kerana penyakit ini tiada kaitannya dengan kerja2 hakiki yang dilakukan oleh pekerja pada setiap hari..betul untuk membuat tuntutan dengan pihak perkeso tak menjadi masalah namun biasanya di peringkat Jemaah Doktor Khas(JDK) biasanya akan ditolak kerana amat jelas Hernia biasanya bukan berpunca dari kerja..kebanyakan tuntutan mengenai Hernia di buat bawah tuntutan penyakit khidmat perkeso..walaubagaimanapun untuk kes2 terpencil ada juga Hernia ini berpunca dari kerja..hehe itu tugas pegawai penyiasat untuk siasat kes tersebut dan pihak Jemaah Doktor Khas akan menilainya berdasarkan kepada Laporan Perubatan yang dikemukakan oleh pihak pencarum.Namun peluangnya amat tipis kerana umum kita tahu Hernia biasanya berlaku secara semulajadi dan tidak kena mengena dengan kerja..
2.Untuk kes yang aku siasat hari ni Hernia yang di alaminya bukan berkaitan dengan kerja..beliau bekerja di kilang membuat pallet..kerja beliau cukup ringgan hanya menolak kayu ke mesin pemotong kayu..kayu tu ringgan dan tidak berat aku dah cuna dan begitulah saiznya..dan akan dipotong mengikut saiz-saiz yang di kehendaki dengan mengunakan mesin..kerja ringan dan tidak perlu angkat bebanan berat ianya tidak menjurus kepada punca Hernia yang dihadapinya..Beliau juga mengakui Hernia yang dialaminya telah pulih 100% hehehe..so dah tak jadi hal la..lagipun dalam berpuluh pekerja hanya beliau sorang je kena Hernia..maka kes ini bukan berkaitan kerja..Hernia semulajadi..Hernia semulajadi maka ianya tiada kaitan dengan kerja biasanya akan ditolak oleh Jemaah Doktor Khas kerana ia tiada kaitan dengan kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan