Isnin, 9 Oktober 2017

Jatuh dari tangga ketika hendak ke tempat kerja@Claim Socso/Perkeso

1.Salam geng..hope hangpa sihat la semua hehehe,la ni banyak sangat kemalangan semasa nak pi kerja..hangpa hati2 la elok2 bawa keta atau motor tu semoga selamat sampai dan selamat balik dari kerja tanpa mengalami apa-apa kejadian kemalangan jalan raya. Ohhh ya sebut pasai 'kemalangan' hangpa tau dak jika hangpa melangkah keluar nak pi kerja tiba-tiba2 terlibat dalam 'kemalangan' maksud aku kemalangan yang 'unik' hahaha contohnya baru keluar rumah nak pi kerja dah jatuh tergolek depan rumah..boleh ka claim dengan Perkeso/Socso?atau dalam kes aku hari ni pekerja ni baru turun tangga  (rumahnya ada tangga macam rumah aku kat kampong tu la bukannya tangga dalam rumah tapi luar rumah heheh)nak pi kerja dengan naik bas kilang yang ambik depan rumahnya..Nampak bas sampai dia pun kelam kabut turun tangga rumah nak pi naik bas kilang nak jadi citer salah langkah dan jatuh kat tangga tu hahaha boleh claim dengan Perkeso/Socso ka?tau dak?hahahaha...
2.Nasihat aku jika berlaku sebegini betul2 kes yang berlaku semasa hendak ke tempat kerja maka boleh lah minta pihak majikan mengemukakan borang 34 kemalangan dengan pihak Perkeso/Socso hehehe Inshallah Perkeso akan buat siasatan dan jika terbukti kemalangan itu berlaku semasa hendak ke tempat kerja Inshallah biasanya diluluskan..ada lah bab2 akan disiasat..Inshallah jika betul berlaku hangpa tidak akan dikecewakan.Pesan aku jika berlaku perkara begitu hantar sahaja tuntutan degan pihak Perkeso jangan segan2 hehe..

Sabtu, 7 Oktober 2017

Program Kembara Kebajikan Muafakat Johor 2017

1.Minggu lalu sempat jugak sertai Program Kembara Kebajikan Muafakat Johor sempena sambutan Depavali yang bakal tiba kikiki..Program ni sebenarnya anjuran Exco Sumber Manusia Negeri Johor hehehe mau tak mau kena follow juga la bila amsuk kawasan jajahan hahaha..untuk kawasan aku depa buat kat Paloh Kluang..pi la sat tunjuk muka kikiki
2.Sayangnya Program sebegini hanya khusus untuk kaum India sahaja..apa salahnya jika libatkan semua kaum kan lebih elok lebih muafakat namanya..dulu tak dak plak Kembara Kebajikan Mauafakat sempena hari Raya Puasa ka Raya Cina ka hahaha..bukan pa lebih elok jika smeua kaum terlibat..aku lebih suka begitu!!!
3.Dalam Majlis ini ada la bantuan2 yang di hulur kepada penerima khususnya dari pasaraya Econsave dan juga pihak Perkeso sendiri..namun di lain kali banyak aspek yang boleh di tambah baik untuk program sebegini..ada la bab yang kena baiki hehehe contohnya kalau la penerima tu dari Perkeso..memangla depa dah layak data cek dari Perkeso...tapi dari pihak Penganjur YB ka tak kan tak dak 1 pun hamper untuk depa ni hahahaha..

Jumaat, 6 Oktober 2017

Jatuh di loji kumbahan semasa bekerja boleh aje claim dengan Perkeso!

1.Salam geng..harap semua hangpa dalam keadaan sihat sejahtera..pehh lama juga tak update niii hehehe..hari ni baru ada sikit kelapangan bolehla update sikit..minggu lepas banyak sangat aktiviti geng,bercampur dengan busy kerja tu pasai lama tak masuk sini..Ok geng 2 hari lepas aku ada siasat satu kes tuntutan/claim Perkeso berkenaan jatuh di tempat kerja semasa bekerja..kes macam ni tak rumit untuk buat tuntutan dengan pihak Perkeso cukup senang dan amat mudah urusannya..cukup dokumen lengkap semua kejap aje dah leh bayaq..jangan dok dengaq yang dok kata susah la payah la birokrasi la, tu semua orang dengki kat hangpa aje..dengki hangpa nak dapat duit la tuuu..hahaha tak faham pi la opis Perkeso depa akan habaq dan ajaq sampai hangpa faham Inshallah!Semua khidmat tu adalah PERCUMA!
2.Pak cik ni bekerja sebagai pengawal keselamtan di sebuah loji kumbahan,ye la sebagai pengawal keselamatan memang tugas beliau kena ronda2 sekitar loji setiap setengah jam,ronda kawasan luas takkan nak jalan kaki kan kan  hehehe naik motorsikal la geng hehehe apabila dok tenga2 menjalankan tugas rondaan tu tiba-tiba biawak besar muncul tiba2 ditengah laluan dan pak cik ni tak sempat elak langgar la biawak tu dan makanya jatuhlah pak cik tu di kawasan loji..jatuh atas jalan dalam kawasan loji senang cakap hahaha..nasib tak baik terseliuh buku lali..hehe biawak punye penangan kikiki
3.Dengan dibantu petugas loji pak cik ni dihantar balik ke rumah dan dari rumah anak2 bawa ke hospital dapat 4 hari cuti sakit...dan bersambung sambung hingga lah buku lali kakinya pulih!!!OK kes macam ni memang bencana kerja sebab ia berlaku semasa bertugas dan ada kemalangan berlaku iaitu jatuh motorsikal,maka setelah ada cuti sakit 4 hari boleh lah claim dengan perkeso di amana pihak majikan perlu mengisi borang 34 dulunya isi borang 21 kini dah tuka looooo..Apa yang diperlukan semasa hendak hantar tuntutan ini adalah cukup senang..hangpa isi borang 34,sertakan kad pengenalan,kad kedatangan bulan kemalangan,slip gaji enam bulan sebelum kemalangan,cuti sakit yang original, dan kalau ada laporan polis sertakan sekali hehehe senangkan kan..Alhamdulilah pak cik ni dah dapat pun bayaran sempatla buat berbelanja untuk sambut depabavali hahaha..

Jumaat, 29 September 2017

Ceramah PERKESO@Seminar Kesedaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Di Sektor Pelancongan

1.Salam geng harap hangpa semuanya dalam keadaan sihat dan ceria selalu dan jika ada yang terlibat dalam 'bencana kerja' harap2 banyak bersabarrr dugaan tu geng.. semoga cepat la pulih seperti sedia kala hehe.. Ohh ya semalam aku dijemput oleh pihak NIOSH wilayah Selatan untuk sampaikan ceramah berkaitan PERKESO dan faedah2 yang disediakan pihak PERKESO di Seminar Kesedaran Keselamatan &Kesihatan Pekerjaaan Di Sektor Pelancongan yang diadakan di Hotel Seri Malaysia Mersing Johor. Seminar ini adalah anjuran pihak NIOSH dan juga pihak Jabatan Pelancongan Negeri Johor. Alhamdulilah terima kasih pada pihak penganjur yang sudi dan tak jemu2 menjemput kami dari Perkeso untuk berkongsi maklumat yang sememangnya amat berguna untuk para peserta seminar tersebut.
2.Sejujurnya begitu ramai lagi antara kita yang masih tidak tahu,tidak faham dan tidak mahu mengambil tahu hal hal berkaitan PERKESO dan faedah2 yang disediakannya hmm rugi geng sejujurnya hangpa semua wajib tahu! Begitu banyak program2 pencerahan telah diadakan, seminar, sesi perkongsian ilmu, sesi ceramah kepada pemimpin masyarakat setempat, promosi media elektronik/cetak dan media bentuk baru namun ia seakan akan masih lagi tidak memberi impak yang sepertimana di harapkan..yaaa ada perubahan namun masih ramai yang tidak tahu!Hahaha kalau dalam ceramah yang biasa aku hadiri kalau tidak dihujani pertanyaan  demi pertanyaan maka ia sesuatu yang AMAT ganjil hahaha..yang biasa pastinya akan dihujani dengan pelbagai soalan2 yang cukup menarik daripada peserta..kompem dan amat biasa tidak cukup masa!! Namun itu tidak menjadi masalah bahkan itulah yang kami sentiasa harapkan bertanyalah sebanyak mungkin ketika mempunyai kesempatan dan dihidang dengan kesempatan sebegini kerana kami tidak tahu apa yang kamu tidak tahu haha..jadi tanyalah dan terus bertanya..sudah pasti kami tidak akan jemu untuk menjawabnya..macam kat blog aku ni laaaa walaupun beratus kali dok tanya soalan yang sama aku dok setia jawab jugak hahaha..
3.Tahniah sekali lagi untuk pihak penganjur..para peserta seminar kali ini yang terdiri daripada Pengusaha2 Resort yang terlibat aktif dalam sector pelancongan yang pada aku rata-ratanya masih lagi tidak faham dan tidak tahu berkenaan faedah2 yang disediakan oleh pihak PERKESO..pehh banyak geng depa dok Tanya macam2 soalan masa aku dok ceramah...jangan risau Inshallah kami akan cari tuan2 nanti untuk kita 'khatam' bab2 PERKESO ni Inshallah akan ada tindakan susulan nanti..sebenarnya apabila kita menyampaikan ceramah berkenaan PERKESO  ia memakan masa berjam jam hehehe 1-2 jam adalah masa yang normal diberi untuk sesi ceramah kami namun ia biasanya tidak pernah CUKUP hahaha..sebab banyak sangat faedah2 yang disediakan pihak PERKESO yang harus diceritakan sedalam dalamnya pada mereka ini agar mereka faham hak2 mereka dan sebarkan kepada kakitangan jabatan masing2 dan sebarkan kepada kawan2 dan sanak saudara agar ia sentiasa berkembang! kikiki semalam 1 jam 1/2  hanya sempat cerita dua faedah yang disediakan pihak PERKESO sahaja masa tak cukup hahaha..pastu dihujani soalan demi soalan, sebenarnya berpuluh-puluh slide lagi tak sempat nak citer hahahaha...kalau nak citer semua mahu bawa ke petang belum tentu akan habis!
 

Rabu, 27 September 2017

Safari Park Bukit Gambang

 
1.Hahaha hangpa pernah pi tak Safari kat Bukit Gambang Resort tu?Hmm seronok ka?hahaha dua minggu lalu aku cuba la pi saja nak tengok best ka tak hahaha layan anak2 ni hah nak tengok binatang la apa la haha..macam biasala nak masuk kena tiket loooo..tiket tu sekali beli aje dan kalau hangpa nak keluar dan masuk balik tak kena tiket dah hehehe sah lakunya satu hari :)
 
2.Ok dah beli tiket maka masuklah kami bahahaha..dalam Safari Park bukit Gambang ni luas jugak beb..bangunan 4 tingkat jenuh lenguh kaki nak jalan nak habaq mai ni hahaha..tu tak termasuk betul2 kawasan Safari yang hangpa akan lihat binatang di lepas bebas..kikiki nak pi situ naik kenderaan khas dia la...kalau jalan tak naik kenderaan dia memang kena makan kat singa la jawabnya bahahaha
 
3.Nak kata banyak binatang tak jugak hahaha nak kata kurang binatang pun tak jugak hm hm boleh la setakat nak rasa pi Safari tu hehehe.Sempat juga la bagi beruang makan hahaha hangpa beli roti yang bersalut madu yang depa jual kat dalam tu maka boleh la bagi beruang makan,selain bagi makan beruang makan hangpa jugak leh bagi rusa makan bahahaha
 
 
4.Tapi dok pusing2 dalam Safari Park Bukit Gambang ni letih dan penat jugak la sebab luas kawasanya berpeluh la beb.. 
 
 
5.Kalau ada masa boleh la cuba pi jalan jalan sini..nak kata best tu tak la sangat tapi boleh la hahaha sambil2 mandi kolam kat Water Park tu..