1.Sabtu lalu aku ke sekolah tempat isteri aku mengajar…macam biasala jika ada program hari sabtu kompem aku follow..lagi pun duk rumah pun tak tahu nak buat pe..lama2 lau dok rumah sorang2 leh jadi batu granit aku..so pi la aku ke sekolah tempat wife aku mengajar tu..macam biasala sebaik hantar wife ke sekolah aku pi lepak sat kat warung makan kat area tu jugak la hehehe tempat aku biasa lepak tuuu..biasanya aku lepak kat kedai ni with anak aku le…but hari ni tak..join kumpulan orang2 tua kakakaka..depa borak tak leh nak masuk line aku eh.
2.Dulu warung makan tu milik tuan Imam..la ni aku dengar khabar dia dah meninggal dunia.Sebut pasal tuan Imam tu aku banyak kali sempat borak dengan dia…termasuklah bedalan terakhir dalam khutbah jumaat.hehehe leh berdesing gak le telinga katanya "kita walaupun berpangkat manager ke kaya ke sesibuk manapun luangkanla masa ke masjid bila seruan azan.. janganla lupa datang"…itulah yang terakhir jumaat dengan dia..tahu2 dia dah meninggal dunia.Dengar khabar anak dia ganti..entahla sejak tuan imam tu meninggal aku tak singgah lagi kat masjid kecil tu.
3.Lepas makan..aku masukla lepak2 kat pondok pengawal keselamatan sekolah tu…jugak tempat biasa aku lepak sambil2 tunggu wife..hehehe pondok gud ni selesa la nak dibandingkan dengan pak gud opis aku kakakaka dalam jam 10.. pagi semua bebudak sekolah dah balik dan semua ibu bapa da ambik anak masing2..tak lama kemudian aku dan pak cik gud tu terkejut de seorang budak sekolah ni er pempuan budak tu..badan besarrrr dia nangis 2(agak2 anak aku nanti badan mcm dia kot)..badan besar hehehe tak elok nangis dik oiii..aku dan gud tu tanya dia nape nangis..dia bagitahu bapak dia tak datang ambik2 lagi..jam 10.30 pagi masa tu.Em dah lewat setengan jam la tu..cian dia..bapak pun satu daaa..sebut pasal pak gud..dia cukup beruntung de pondok yang cukup selesa..tak la macam gud kat opis aku siannn
4.Taklama kemudianbapanya sampaila dengan bermotosikal..tengok je anak dia nangis terus Tanya nape???pak gud tu plak jawap budak ni dah tunggu lama..lantas dengar suara peril dan dengan ketidak puasan hati si bapa lalu menyalahkan guru sekolah itu..”apalah cikgu ni..cikgu pun satu hal nape kata program habis jam 10.30 pagi???pasai tu saya datang 10.30 pagi??dengan nada agak keras juga..lalu terus mengambil anak dia yang masih lagi menangis..nak je aku snap gambar samdol tu biar satu Malaya tahu kebangannya beliau!!!Nasib baik aku bukan cikgu, lau la aku cikgu nak jugak aku jawab..cuba hang Tanya anak hang baik2 sebelum nak menyalahkan orang!!!anak2 orang lain semua dah ambil jam 10.00 pagi ko sorang je datang 10.30 pas tu nak salahkan orang plak..nampak sangat ko tu samdol dan tak settle dari segi otak!maknanya ko punyer telinga pekak badak macam aku kot kakakaka..macam2 dalam hidup ni..ada aje nak salahkan orang..orang macam ni la leh tuduh macam2 pada cikgu kompem punyerla!
5.Bila sibapak tu balik dengan eksennya lalu aku tanya pak gud tu..sape bapak budak tu???dia kata kerani kat @@@@@@ wakakakakakaka sat lagi lau aku pi kat Opis hang siapla…nak jugak aku berkenalan dengan hang kakakaka…hm hm macam nak pi je kat Opis ni..dia tak tahu aku baik dengan TUAN dia kakakakaka…
6.Sebut pasal guru aku kesian sangat kat depa ni..ajar salah tak ajar lagi salah..tak ajar hangpa bukan je ne jawab dengan guru besar but hangpa juga ne jawab dekat Akhirat nanti..itu amanah beb..but sampai bila asyik nak ne maki hamun tuduh nista sampai bila nak ne makan penembuk macam kejadian hari ni kat pasir mas?? Ceritanya begini…aku copy je ni hangpa cari la kat mana2 paper hari ni kompem ada punyer lah!!!!debe pala hotok mu..buat malu kampung aku joh nate ni!debe setara mano la kakah ni yang duk gi tampar guru ni..nak jugak aku tengok..
PASIR MAS – Seorang guru yang baharu tiba di sekolah untuk memulakan tugas cedera di pipi kiri selepas ditumbuk seorang lelaki yang sedang menunggu di pagar sekolah itu pagi semalam.
Azidi Abdullah, 44, mendakwa, lelaki tersebut yang ditemani seorang wanita dipercayai isterinya turut membawa sebilah parang yang dibalut dengan tuala sambil memarahinya kerana menampar pipi anak lelaki mereka yang belajar di tahun empat pada sesi persekolahan Rabu lalu.
Dalam kejadian pukul 7.20 pagi itu, Azidi mendakwa ditumbuk sebanyak dua kali.
“Tanpa sempat berbuat apa-apa, saya terus ditumbuk dan bila minta dia bertenang, dia tumbuk sekali lagi,” ceritanya ketika ditemui bersama isterinya, Azfaneeza Adnan di rumahnya di sini.
Dakwanya lagi, ekoran kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas di sini pada pukul 10.15 pagi.
Guru itu mendakwa, pasangan suami isteri itu sebenarnya salah faham apabila menyangka dia menampar anak mereka di kelas pada Rabu lalu yang menyebabkan murid tersebut tercedera.
7.Atas sebab2 itulah aku sentiasa habaq kat wife aku tok sah duk cubit tok sah duk pulas la bebudak tuuu..bila result kuar lemah ka teruk ka mak bapak datang tanya habaq la kat depa kalau jentik lau cubit nanti depa tampar cikgu plak..pipi cikgu2 bukan tuk ditampar woi kakakaka..gila tul la mak bapak la ni..orang gila pun tak gila macam mak bapak yang duk belasah cikgu..tapi nasib hangpa..lau la jumpa buku dengan ruas..lek2 mana pun cikgu jugak yang kena!kadang2 unta leh cerdik dari manusia daaa..
8.Kot ye pun nak marah aku syor kan kat sekolah de patung depan pintu pagar hok mana ibu bapa nak marah nak lepas geram sila la belasah patung tu kakakaka paling syok letak gamabaq pengetua ka guru besaq ka tu lawan hangpa kakakak maka hemtamla patung tu sepuas dan semahunya..nak lagi best ambil je umbi pokok sawit hangpa bantaila puas2..nak pokok sawit aku leh rekmen dengan pengurus ladang kompem leh punyer :)
9.Aku jugak harap sangat lepas ni cikgu2 bangkitla tak kira pompuan ka laki ka separuh ka...bila mana hangpa dizalimi ditampar diugut maka selain daripa report polis hangpa leh saman depa tuuu jangan takut saman je ribu2 kompem depa kecut punyer!Apa guna ada Kesatuan guru jika guru pun depa tak leh jaga kebajikannya???baik jadi kesatuan kena tampar!
10.Nantila aku sambung lagi bab2 guru ni..sebelum chow er er er akhir kata thanks kat En Amir n keluarga coz sudi menaja coklat kat pemeli aku hari ni memang best woooo.. cayala lu orang memang kombinasi yang baik..aman rumahtangga
thanks jugak buat Ustaz Arip yang sentiasa tanpa jemu memberi tazkirah dalam bab2 agama..wa suka dengan lu tazkirah bab2 tudung yang dipakai oleh.....wakakakaka pehhh berdesing beb!!
itulah...mcm2 karenah org skrng nih...kita pun hihiii
BalasPadam